Dikuasakan oleh Blogger.

Cara Isi Rekod Kesihatan Anak Untuk Daftar Tahun 1

Assalamualaikum
Bismillah

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2021 dan 2022 akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Pendaftaran secara online boleh dibuat di laman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SINI. 

Memandangkan ibu bapa aku tidak berapa tahu cara mendaftar melalui online, jadi aku pun tolonglah daftarkan. Bagi yang pertama kali mendaftar, ada beberapa perkara yang perlu dilengkapkan antaranya ialah rekod kesihatan anak.

Pada bahagian rekod kesihatan anak ini, kita hanya perlu tahu dan faham singkatan penggunaan perkataan bagi setiap suntikan yang pernah dilakukan terhadap anak semasa menerima imunisasi. 

Cara Isi Rekod Kesihatan Anak Untuk Daftar Tahun 1




  • BCG (kotak purple)
  • Hepatitis B (kotak hijau)
  • DTap/DT (kotak kuning) = difteria, pertussis dan tetanus
  • Hib (kotak pink) = haemophilus influenza
  • IPV (kotak biru) = polio
  • MMR (kotak oren) = gabungan vaksin utk measles, mumps dan rubella

Jadi untuk ruangan Difteria, petusis, tetanus, hib dan IPV adalah sama tarikhnya mengikut dos yang diberi.

Untuk ruangan measles, mumps dan rubella adalah tarikh yang sama (iaitu MMR kotak oren).


Imunisasi bagi kanak-kanak yang lewat ke klinik untuk lawatan pertama (tidak pernah diberi imunisasi)


Bagi kanak-kanak ini yang lewat ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin, imunisasi seharusnya dimulakan pada lawatan pertama ke klinik. Cadangan jadual berdasarkan umur bila kanak-kanak tersebut datang ke klinik.




Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit yang boleh dicegah oleh imunisasi. 

Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Imunisasi yang diberikan ialah untuk mencegah penyakit:-

i)   BCG  – (Tuberkulosis/Batuk Kering)

ii)   Hepatitis B

iii)  Diptheria (Sakit Kerongkong)

iv)  Pertussis (Batok Kokol)

v)  Tetanus (Sawan di kalangan bayi baru lahir)

vi)  HiB (angkitan paru-paru/jangkitan selaput otak)

vii) Polio

viii) MMR (Campak/Beguk / Rubella)


Semoga info ini memberi kesedaran kepada ibu bapa diluar sana betapa pentingnya memberi suntikan vaksin kepada anak-anak untuk mencegah pelbagai penyakit. Semoga bermanfaat. 


7 ulasan:

  1. bagus ni ada info mcm ni, hope parents rajin2 google.

    BalasPadam
  2. Anak saya darjah 1.berumur7tahun.anak sptnya kena suntikan imunisasi darjah 1.du klinik kesihatan s.petani Kedah tapi skrang.kami sekeluarga ada di Selangor bagaimana untuk mendapatkan suntikan itu di sini ??.bantu jap

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.