Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)

36
Assalamualaikum
Bismillah

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)

Layari ke laman web SPA9 dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pendaftaran Pengguna

Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan adalah seperti maklumat pemohon, maklumat kata laluan, soalan keselamatan & persetujuan. 

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

Sila rujuk gambar di atas untuk lihat cara-cara mengisi SPA9 dengan betul. Lengkapkan maklumat tersebut :

1. Maklumat Pemohon

  • No. Kad Pengenalan (Tanpa -) *
  • Nama Penuh (Isi mengikut IC anda) *
  • No. Telefon Bimbit *
  • Alamat E-mel *

2. Maklumat Kata Laluan

  • Masukkan Kata Laluan * (Buat kata laluan anda)
  • Sahkan Kata Laluan * (Ulang kata laluan anda)
  • Kod Keselamatan * (Masukkan kod keselamatan yang tertera)

3. Soalan Keselamatan (Untuk tujuan reset kata laluan)

  • Nama Pertama Ibu Pemohon *
  • Negeri Kelahiran Pemohon *

4. Persetujuan

Klik petak kecil untuk persetujuan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
menghantar pendaftaran tersebut. KLIK DAFTAR.

Nota : 
  • Bahagian yang bertanda * wajib diisi. 
  • Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
Pendaftaran Pengguna Baru SPA9

Pendaftaran akaun yang telah berjaya, boleh terus login ke SPA9.
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan anda
  • Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
  • Klik “Log Masuk”
Jika korang adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”

Jika korang ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”

Panduan Mengisi Permohonan SPA9

MAKLUMAT PERIBADI

Klik pada pautan MAKLUMAT PERIBADI dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”. 

Yang mana maklumat belum dilengkapkan, korang hendaklah lengkapkan. Sila isi semua maklmuat peribadi di ruang disediakan. (Rujuk gambar di atas).

Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap diisi. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tiada yang tertinggal sebelum disimpan.





MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK

Pada pautan MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK, sila isi mengikut tahap pendidikan korang masing-masing ya. 

Sila pilih Tahun, Peperiksaan, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+Tambah” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran.

Sila isi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

Sila pilih Tahun Graduasi, Masukkan CGPA (PNGK). Pilih Peringkat Pengajian, Peringkat Kelulusan, Institusi Mengeluarkan Sijil, Institusi Francais Luar Negara, Pengkhususan, Masukkan Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Biasiswa Pengajian. 

Klik “simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan. 

Sekiranya korang dah pernah mendaftar SPA8i sebelum ini, maklumat bagi tahap pendidikan anda akan dimasukkan secara automatik dalam sistem SPA9 yang baharu. 

Jadi sekiranya sebelum ini korang terlanjur letak tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda, maka korang dah tak boleh padam tahap pendidikan tersebut. 


Nota & Arahan:
  • Paparan keputusan Pengajian Tinggi mulai tahun 2010 adalah diperoleh dari Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Pemohon perlu melengkapkan Pengkhususan, Tarikh Kelulusan Senat dan medan kosong yang bertanda *.

  • Bagi maksud pelantikan dalam Perkhidmatan Awam, pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan.

  • Pemohon disarankan terlebih dahulu menyemak pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh melalui Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di pautan https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.

  • Kelayakan akademik yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja akan disenaraikan dalam senarai pilihan Pengkhususan/Institusi Mengeluarkan Sijil.

  • Tarikh kelulusan Senat merujuk kepada tarikh Senat institusi pengajian tinggi pemohon meluluskan penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah anda. Sila rujuk pihak institusi pengajian tinggi mengenai tarikh kelulusan senat pemohon.

  • Sebarang kemas kini maklumat pengajian tinggi hendaklah dikemukakan ke alamat e-mel: spa9@spa.gov.my dan disertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, salinan sijil akademik dan transkrip akademik yang berkaitan untuk bantuan teknikal.

KEBOLEHAN BAHASA

Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa.

1. Pilih Bahasa/Dialek.
2. Pilih Penguasaan Bahasa - Bertutur / Menulis
3. Klik “+Tambah”.


Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini.

CARA MEMILIH JAWATAN YANG SESUAI DALAM SPA9


Pilih jawatan mengikut kelayakan akademik yang layak dipohon dan tekan “+Tambah”. Korang boleh pilih max 15 jawatan. 

Tips Semasa Memilih Jawatan Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam :

  • Kalau boleh pilih jawatan yang sepadan dengan kelayakan anda.
  • Susun jawatan mengikut keutamaan (Jawatan yang anda mahu paling atas)
  • Perhatikan syarat bertulis dalam kurungan, sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda. 

PERAKUAN PEMOHON


Semakan Maklumat Permohonan
PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang di mohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai ke SPA. Jika tidak sama, sila semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua medan bertanda (*) diisi dan di SIMPAN. 



Sila klik pada petak SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. 

Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.


Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com

MAKLUMAN : 
  • Kalau salah isi bahagian MAKLUMAT KELAYAKAN AKADEMIK sila terus hubungi pihak SPA9 untuk maklumkan pembetulan. Tidak boleh ubah melalui online. 

  • Maklumat akademik yang kita dah isi dah ada dalam sistem. So kita tidak boleh delete sesuka hati sebab itu adanya PERAKUAN PEMOHON. Maksudnya KITA MENGAKUI MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. 

  • SPA9 hanya ambil 2 pendidikan tertinggi untuk sebarang jawatan yang dimohon. Sekiranya korang mahu memohon jawatan SPM tetapi korang punya kelayakan akademik ialah SPM, STPM/Diploma dan Ijazah, maka 2 tahap pendidikan teratas sahaja yang kita boleh memohon jawatan iaitu STPM/Diploma & Ijazah. 
Tarikh Kelulusan Senat (Tarikh naib canselor luluskan graduasi yang ada di sijil)

  • Tarikh Kelulusan Senat (Tarikh naib canselor luluskan graduasi yang ada di sijil) boleh letak tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya). Kalau belum konvo aku galakkan korang jangan isi bahagian Ijazah dahulu sebab memang tak boleh isi selagi tak konvo. 

  • Letak saja tarikh terima sijil graduasi (tengok di sijil korang ya) walaupun korang cuma konvo online. 

  • Apa sahaja KESILAPAN semasa mengisi borang SPA9 ataupun KEMASKINI TETAPI TAK BOLEH UBAH ATAU PADAM, sila rujuk atau hubungi pihak SPA9 untuk sebarang pembetulan dan perubahan yang tak dapat diubah secara online. 

Tags

Catat Ulasan

36Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Naim pun dah register spa9 ini. semoga ada rezeki kerja lepas ini. Insha Allah.. :)

    BalasPadam
  2. Sya dh try byk kali masukan subjek dan gred keputusan spm sya yg thn 1990 tpi x boleh kenapa ya?Tpi srp thn 1990 ok pulak..tau la mcm mana tu so academic sya cam tu standard srp je la...mintk pion pun x dpt cam tu adoi hai

    BalasPadam
  3. Sadisnyaaa dah tak boleh nak apply jawatan SPM sebab sebelum ni pernah letak keputusan degree. Masa spa8 dulu masih boleh padam. Spa9 automatik maklumat tu semua ada. Kita tak kissh dah amek jawatan peringkat SPM pun. Allah.. Makin susah cari kerja. Semoga ada rezeki buat kita semua, aamiin...

    BalasPadam
  4. dalam PMR saya, entah macam mana apa matapelajaran kristian muncul saya pula tak check terus buat pengesahan akuan.buang balik tak boleh...adoyai, terusklah macam ni. saya cuma boleh tambah pendidikan islam je.

    BalasPadam
  5. apa maksud tarikh kelulusan senat ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau belum convo macamna eh? Sbb Jpa sruh isi spa untuk lapor diri tamat pengajian dlam masa 30hari,tp tarikh senat tu belum ada. Emm

      Padam
    2. mohon transkrip online.. klau uitm boleh je.. klau u lain xtahu la..saya pon kna update dlm masa 30 hari

      Padam
  6. apa maksud arikh kelulusan senat ya? saya tak faham

    BalasPadam
  7. apa maksud kelulusan senat ya? Sya tak faham ada ka tu tarikh kita graduate? time kita kena bagi sijil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalah kita sama sis. saya pun tidak tau apa maksud tarikh kelulusan senat. ada sesiapa boleh tolong jawapkan?

      Padam
    2. macam saya bru tamat belajar sebelum covid so convo belum buat until now. so nak letak tarikh apa ye kat situ?

      Padam
    3. kalau tak convo lagi, maksudnya tak perlu isi ke bahagian Pengajian Tinggi ? mcm tu ke?

      Padam
  8. Saya silap isi maklumat pmr , means result , sptutnya perdagangan keusahawanan tu , p buat eknomi rumah tanggaa pulakkkkk����so memang kena call la ni kan?

    BalasPadam
  9. Saya silap isi maklumat pmr , means result , sptutnya perdagangan keusahawanan tu , p buat eknomi rumah tanggaa pulakkkkk😭😭so memang kena call la ni kan?

    BalasPadam
  10. mcm mana dh letak tarikh senat lewat dr tarikh sepatutnya, bole ke sis. Dan tarik tu awal dr tarikh konvo? mohon pencerahan.

    BalasPadam
  11. Boleh tak letak tarikh surat perakuan tamat belajar pada tarikh kelulusan senat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh sebab kalau kat surat uni sy, ada perkataan senat tamat pengajian dalam surat perakuan tamat belajar. sbbnya kitaorg konvo semua kene hold.

      Padam
  12. lepas da update spa9, saya baru sedar ada terlebih subject. masih boleh ubah ka?

    BalasPadam
  13. saya baru perasan saya tak letak tarikh kelulusan senat. sekarang tak boleh tekan apa2 dekat situ. memang tak boleh update dah ka?

    BalasPadam
  14. Nak tanya, kalau kita belum isi untuk ijazah sarjana muda, kita perlu isi atau tak ye?

    BalasPadam
  15. Sya tersalah isi result pt3.....BM sya E tapi sya isi B......sya telah melepasi syarat semasa untuk PPK11....sedangkan PPK11 syarat kelayakkan BM C kepujian jdi sekarng no mcm Mana?

    BalasPadam
  16. Sya tersalah isi result pt3.....BM sya E tapi sya isi B......sya telah melepasi syarat semasa untuk PPK11....sedangkan PPK11 syarat kelayakkan BM C kepujian jdi sekarng no mcm Mana?

    BalasPadam
  17. Sy nak tanya... Kat sini ad ke kes yg sme mcm sy.. Tmpt pengajian takda dlm list. Kat situ kata boleh hntr pada web. Tp web tu x leh tekan pulak adeh..

    BalasPadam
  18. Saya mau tnya nie...saya tidak fhm dgn pengisian di bahagian maklumat bukan ekademik yang penerima bantuan?

    (disi sekiranya ibu/bapa/pemohon).ini arahan dia yg sa tdk fhm.

    Jadi perlu disi kah tu contohnya bapa saya penerima bantuan?

    BalasPadam
  19. kalau tarikh kelulusan senat tu letak tarikh tamat belajar . saya baru tahu tarikh tu ada pada sijil konvo . jadi macam mana nak kemaskini? maksud melalui SPA tu nk berhubung dengan siapa ye? terima Kasih

    BalasPadam
  20. thanks sis.. google tarikh kelulusan senat jmp blog ni.. sgt membantu. tp sy ada masalah utk tahun graduasi. sy grad 2014.. skrg smua xboleh tekan dia bokeh 2015 je.. adoi la...

    BalasPadam
  21. Ada tak yang dah dapat solusi tentang pengajian tinggi tak boleh nak kemaskini..aish la nak buat perakuan pun tak lepas ni...sebab tak boleh nak isi tarikh kelulusan senat

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.siinurul.com/2021/10/cara-kemaskini-pemohonan-spa9-untuk.html?m=1

      Padam
  22. Mcm mana nak update, kalau bahagian pengajian tinggi tak dpt diedit, teruskan kerja company sajala klau mcm ni.....

    BalasPadam
  23. Mcm mana nak update, kalau bahagian pengajian tinggi tak dpt diedit, teruskan kerja company sajala klau mcm ni.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.siinurul.com/2021/10/cara-kemaskini-pemohonan-spa9-untuk.html?m=1

      Padam
  24. Kalau kita ada Ijazah. Tapi kita nak kerja yg jawatan spm sahaja. dalam SPA9 kita isi dekat bahagian akademuik cuma SPM sahaja. BOLEH KE MACAM TU?

    BalasPadam
  25. Saya nak masukkan result Ijazah. Tapi kena pilih Peringkat Kelulusan. Tak tahu mana 1. ada kelas 1,2,3 ada yg biasa je. Macam mana nak tahu?

    BalasPadam
  26. Adakah tarikh kelulusan senat sama dengan tarikh transcript?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !