التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Uninstall Monopoly Go! Sebab Dari....

Assalamualaikum
Bismillah

Hari tu aku ternampak posting kat Facebook katanya Monopoly Go! ni asalnya dari negara Is***el.. Jadi ramai jugalah yang boikot game nie malah ada yang sampai menghukum pengguna yang main game nie penyokong negara tu, pengkhianat, masuk neraka dan macam-macam lah. 

Aku sendiri main game ni. Dan aku sendiri memang lihat permainan monopoly nie macam mana. Dan monopoly ni memang popular pun sebagai klasik game sebelum ia ditubuhkan secara online tahun nie. 

Cuma apa yang aku terlepas pandang ialah tiada info lagi bahawa game ini berasal dari negara Is...el. Dan benda yang tetiba viral nie, kadang kita memang kena buat kaji selidik dulu dari segi hukum dan sebagainya. 

Uninstall Monopoly Go! Sebab Dari....


Tidak kiranya permainan macam mana pun sebenarnya kita dibolehkan saja untuk bermain asalkan tidak melibatkan unsur perjudian, tidak melupakan tanggungjawab kita sebagai Muslim seperti main game sampai tertinggal waktu solat dan melibatkan perkara-perkara yang dilarang dalam agama.

Namun, apabila ianya melibatkan negara Is.....el nie kan kita memang sensitif kerana kita tahu bagaimana negara tu melakukan keganasan terhadap negara P4les!ne. 

Korang nak main terpulang. Korang nak boikot pun terpulang. 

Cuma aku rasa entahlah apabila orang menghentam habis-habisan orang yang main game ni. Sedangkan banyak lagi produk lain yang asal dari Yahudi dan negara Is...el yang korang tak boikot. 

Contohnya seperti Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's.

Di PPIM, hanya empat produk diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's. Kita kenal pasti hasil jualan produk-produk ini menyumbang kepada tabung Yahudi. - Sumber Astro Awani

Dan pasti ada saja alasan mereka untuk tidak boikot produk ini. 

Aku minum juga Coca-cola tetapi untuk ketiga-tiga produk di atas aku memang tak pernah pun guna atau minum dan makan. 

Netizen nie dia cuma bising sebab dia tak main pun game tu. Jadi dia menghukum orang lain yang main. Sedangkan produk Starbucks dan McDonald's dorang tak pun bising sebab beli juga, makan dan minum juga. 

Dan kalau kita senaraikan semua produk-produk Y4hud! ada banyak lagi sebenarnya. Kalau betul mahu boikot. Tetapi tu lah orang cuma pilih mana yang dia suka dan hentam orang lain apa yang dia tak suka. 

Google ni pun asal pengasasnya Yahudi juga, aku dari tadi nak buka link ni tapi tak dapat dan slow sangat.



Dorang nie pandai, apa sahaja artikel yang melibatkan P****ne dan  Y4hud! korang memang susah nak cari. Nak buka artikel tu pun payah sedangkan buka artikel lain okay saja. 

Silap-silap artikel ini pun nanti kena banned juga.

Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah benda viral ni dia cuma panas sekejap sahaja sebab boleh buat konten nak naikkan engagement dan trafik. Apabila isu ni dah reda orang semua dah tak kisah pun dan tak nak bahas lagi pasal isu nie. 

Dan slowly Yahudi akan buang apa yang kita post di facebook dan google pasal isu ni supaya orang lupa dan tak ingat lagi. Facebook dan Google kan dorang punya. Ala biarkan saja viral, nanti orang dah lupa kita buanglah info tu pelan-pelan. Korang mana perasan.

Korang tau apa, artikel yang kat blog pasal isu Pa***ine semuanya kena banned. 

Jadi apa aku nak cakap kat sini, mustahil untuk boikot semua produk dorang. Apatah lagi yang suka dengan Starbucks, produk HP, Coca-Cola, Facebook, Google. Manapun kita berada dalam tak sedar kita guna juga produk mereka.

Cuma cara kita menggunakan saja macam mana. Banyak lagi game seperti ML, PUBG yang orang main sehingga melalaikan. 

Banyak lagi media sosial yang pengasasnya ialah I5R4el yang kita gunakan setiap hari dengan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat, menyebarkan fitnah dan mengaibkan orang lain serta mengumpat.

Tetapi itulah dah biasa kan, biasa sehingga ternampak biasa. 

Entahlah. Aku bukan seorang yang berilmu tentang agama. Benda salah jadi betul. Benda betul jadi salah. Mana-mana pun fitnah. 

Kita ni apabila melibatkan isu Pa***ine cuma bising sekejap saja. Hari lain lupa dah. Kita tak ingat pun untuk doakan saudara kita kat sana. Nak doa macam mana kalau solat pun on off. Apabila ada isu barulah nak ingat. 

Aku ingatkan diri aku ni... 

18 MEI: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan kempen boikot produk Israel secara besar-besaran di seluruh negara dan menyeru rakyat Malaysia untuk menyertainya.

Empat produk utama yang diseru PPIM menerusi kempen ini iaitu Coca-Cola, Puma, Starbucks dan juga Hewlett-Packard (HP).

PPIM menerusi kenyataan memaklumkan kempen yang akan dijalankan sepanjang tempoh enam bulan itu bertujuan memberi kesedaran bahawa Islam itu kuat walaupun tidak berlawan dengan perperangan.

Menurut beliau, ini sekaligus dapat mendidik masyarakat Islam terutamanya untuk sentiasa cakna dengan permainan yang dibawa oleh Zionis Israel.

“Dengan dunia serba moden dan mudah bagi mendapatkan maklumat, banyak antara kita telah terpedaya dan alpa dek manipulasi media Zionis yang tidak berkesudahan.

“Produk yang perlu di boikot sejak dahulu lagi semakin diterima masyarakat hasil usaha propaganda dan manipulasi mereka. Rakyat Palestin sudah lama ditindas oleh rejim Zionis dengan pencerobohan hak-hak kemanusiaan dan melakukan banyak jenayah perang terhadap mereka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, PPIM memaklumkan bagi memutuskan rantaian sokongan ekonomi Israel, pendedahan penglibatan badan-badan korporat besar yang terlibat secara langsung atau tidak adalah amat diperlukan dalam mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel.

“Sekiranya usaha ini diabaikan, kita akan berterusan alpa bahawa kita adalah penyumbang sebenar kepada kematian saudara Islam di Palestin,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan empat produk utama yang perlu diboikot, PPIM memberitahu The Central Bottling Company-CBC(Coca-Cola Israel) mengendalikan salah satu fasiliti pembotolan terbesar dunia dan berkembang menjadi sekumpulan syarikat yang menguasai 40 peratus daripada pasaran air minuman Israel dan mempunyai monopoli yang jelas dalam sektor Coke tempatan.

CBC mempunyai kilang Coca-Cola di penempatan haram Atarot yang dibina di atas tanah yang dirampas dari rakyat Palestin dan menyalahi undang-undang antarabangsa di samping memiliki ladang-ladang tenusu di kawasan penempatan haram di Shadmot Mecola, Lembah Jordan dan sebuah loji di zon industrivKatzerin di Bukit Golan, “katanya.

Bagi Puma, PPIM memaklumkan produk sukan terkenal itu merupakan penaja tunggal antarabangsa Persatuan Bolasepak Israel (IFA), yang memberikan hak legitimasi kepada semua tindak-tanduk IFA.

Tambah PPIM, ini termasuk enam buah kelab bola sepak telah didokumenkan oleh Pemerhati Hak Asasi Manusia sebagai kelab bola sepak yang berpusat di penempatan haram di Palestin yang telah dirampas oleh tentera Israel.

“Selain itu, Pengasas, pengerusi, dan presiden Starbucks Corporation, Howard Schultz memiliki sebanyak 31.6 juta saham Starbucks merupakan seorang penyokong Zionis yang aktif.

“Beliau juga merupakan penerima anugerah “The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award’ atas sumbangannya terhadap pergerakan Israel yang turut memainkan peranan dalam hubungan rapat antara Amerika-Israel.

“Bagi produk HP, syarikat itu merupakan pembekal kepada tentera Israel sejak 2009 yang mempunyai kontrak dengan polis Israel dalam pengendalian pusat data menggunakan server HP di samping menghasilkan system ID biometric untuk mengesan dan mengawal pergerakan rakyat Palestin.

“Sistem ini membolehkan kerajaan mengawal dan menguatkuasakan pengasingan kaum dan apartheid terhadap warga Israel Palestin Israel, dan terlibat secara langsung dalam sistem penempatan kolonial Israel melalui “Yesha database”, yang mengumpul maklumat warga Israel di penempatan haram di kawasan Tebing Barat Palestin, ” katanya.

Artikel oleh: PN BBC Portal Sumber - https://ppim.org.my/ppim-seru-rakyat-malaysia-boikot-empat-produk-israel-pn-bbc-portal-18-05-2021/


Kempen yang dijalankan pun selama 6 bulan saja. Hmm sokong pun kejap ja. Habis kempen, netizen pun kembali berkehidupan seperti biasa. Begitulah. 

Langkah untuk memboikot barangan keluaran Yahudi dan AS itu perlu berterusan dan bukan hanya semasa berlaku peperangan atau isu viral semata-mata.

Korang nak unistall monopoly go sebab tak nak nampak macam sokong produk israel.. terpulang.. Hak masing-masing. Dan yang main pun terpulang, itu hak korang sendiri. Masing-masing dah tahu baik buruk dan masing-masing punya niat. 



تعليقات

  1. Setujuuuu sangat kak 👍👍👍. Hal macam nih tak usahlah sampai buat gaduh, apalagi yg saya benci sampai memaki para pengguna produk tersebut dengan Kata2 kasar, ahli neraka dan lainnya. Macam suci sangat yg berkata tuh 😵‍💫. Saya sendiri sampai kapanpun memang bela Palestine, tapi bukan berarti saya nak begitu saja memboikot produk I*rael. Kalo memang barang itu saya butuhkan, dan tak ada pengganti, saya akan trus pakai. Kenapa harus menyusahkan diri dengan boikot barang yg jelas saya butuh.

    Semua kembali ke hati. Seperti influencer terkenal Nash Daily. Dia orang Israel, tapi muslim. Tinggal di kawasan Israel. Dia pun terkadang sedih, Krn Orang2 Israel dan Palestine itu saudaranya. Dia tak akan bisa memilih. Terkadang kita tak tau pasti apa yg terjadi di sana.

    Sejak saya ke Korea Utara 2019 lalu, dan melihat sendiri seperti apa kehidupan orang2nya, saya jadi tak gampang percaya dengan media, terutama apabila itu berhubungan dengan Amerika 🤣

    ردحذف
  2. haritu ammi ada install juga game ni.. tp takpelah ammi dah uninstall masa timbul isu ni. Ammi ada juga buat research ternyata owners dan pengasasnya bukanlah dari negara tersebut cuma IG mereka je bertapak kat negara tersebut. Wallahuahlam

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...