CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (2023)

Assalamualaikum
Bismillah

Ujian Psikometrik Pegawai Psikologi Gred S41(2023) kali ini mempunyai 110 soalan. Dan masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan yang diberikan ialah selama 1 jam 30 minit. 

Soalan kali ini lebih tidak sama seperti Ujian Psikometrik Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 yang aku duduki tahun lalu. Tetapi apa yang aku perasan bentuk soalan yang dinyatakan hampir sama.

contoh-soalan-psikometrik-2023

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (2023)

Baca setiap soalan dan TANDAKAN SATU (1) JAWAPAN yang paling sesuai menggambarkan diri anda.

Soalan 1 - 49 (Pilihan jawapan : Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju, Sangat Setuju)
  • Saya tampil ke depan dan mengawal keadaan yang ketiadaan pemimpin.

  • Saya mengambil berat tentang pergaulan yang baik dengan orang lain.

  • Saya berupaya mengawal emosi marah dan sedih dengan baik.

  • Saya boleh diharapkan apabila saya mengatakan yang saya akan melakukan sesuatu. Perkara itu akan dilakukan dengan baik dan tepat pada masanya.

  • Saya cuba untuk membuat sesuatu dengan cara yang berbeza untuk meningkatkan prestasi saya.

  • Saya tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat saya.

  • Saya seronok mempunyai ramai kawan.

  • Saya berfikiran positif tentang natijah sesuatu keadaan dan dapat melakukan kerja dengan baik apabila berada di bawah tekanan.

  • Saya berusaha gigih untuk berjaya.

  • Saya boleh bertolak-ansur dan dapat menyesuaikan diri apabila berlaku perubahan.

  • Saya peramah dan bersedia.

  • Saya cuba untuk melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.

  • Saya yakin dengan pertimbangan, pembuatan keputusan, idea dan keupayaan saya.

  • Saya setia kepada ketua, rakan sekerja dan organisasi saya.

  • Saya mahir dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

  • Saya mahu meningkatkan kemajuan kerjaya sehingga ke tahap yang paling tinggi.

  • Saya mahu orang lain menyukai saya dan melihat diri ini sebagai seorang yang sangat peramah.

  • Saya memberikan banyak pujian dan galakan kepada orang lain. 

  • Saya mematuhi dasar dan peraturan organisasi.

  • Saya menawarkan diri untuk menjadi orang yang pertama belajar dan membuat tugasan baharu di tempat kerja.

  • Saya cuba mempengaruhi orang lain untuk menerima cara saya.

  • Saya lebih seronok bekerjasama dengan orang lain daripada bekerja bersendirian.

  • Saya tenang dan yakin

  • Saya dianggap boleh dipercayai kerana saya melakukan kerja dengan baik dan menyokonng orang lain.

  • Saya percaya prestasi cemerlang bergantung pada diri saya, bukan orang lain atau kerana bernasib baik.

  • Saya bukan seorang yang asertif apabila berada dalam keadaan konflik.

  • Saya suka merendahkan dan mengkritik orang lain.

  • Saya seorang yang gementar dan ragu-ragu.

  • Saya sanggup bekerja melebihi waktu walaupun tidak disuruh.

  • Saya selalu membesar-besarkan perkara kecil.

  • Saya akan cuba mengelak daripada menimbulkan masalah dengan orang lain.

  • Saya sedia membantu menyelesaikan tugas rakan saya yang tidak dapat hadir bekerja.

  • Saya tidak akan mengambil masa waktu rehat yang berlebihan.

  • Saya selalu merungut tentang perkara yang tidak penting (perkara remeh).

  • Saya akan menghadiri mensyuarat yang saya anggap ianya penting walaupun tidak diwajibkan.

  • Saya tidak akan menyalahgunakan hak orang lain.

  • Saya bersedia membantu orang lain yang mempunyai beban kerja yang lebih banyak.

  • Saya mematuhi peraturan dan panduan organisasi walaupun tiada sesiapa yang menyelia

  • Saya menghadiri majlis yang membantu meningkatkan imej organisasi walaupun kehadiran saya tidak diwajibkan.

  • Saya cuba mengelakkan daripada memberi masalah kepada orang lain.

  • Saya akan membantu orang lain untuk menyesuaikan diri walaupun saya tidak perlu berbuat
  • demikian.

  • Saya berusaha menjadi seorang paling jujur dalam organisasi.

  • Saya selalu memberi perhatian kepada perkara yang negatif berbanding perkara yang positif.

  • Sentiasa mengetahui perubahan yang berlaku dalam organisasi.

  • Sentiasa memikirkan kesan tindakan saya terhadap rakan saya.

  • Saya selalu membantu orang yang mempunyai masalah.

  • Saya selalu merungut tentang kerja saya.

  • Saya membaca dan mengikuti semua pengumuman, memo dan lain-lain pemberitahuan yang diberikan oleh organisasi.

  • Saya sentiasa bersedia membantu orang yang berada di sekeliling saya

Soalan 50 - 60 (Pilihan Jawapan : Tidak Pernah Langsung (1) hingga Amat Sangat (7) )
  • Pernahkah anda berasa benci pada ibu bapa anda?

  • Pernahkah anda berasa bersalah?

  • Pernahkah anda berasa untuk membunuh sesiapa?

  • Pernahkah anda berasa marah?

  • Pernahkah anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

  • Pernahkah anda membuat kesilapan bodoh di hadapan orang lain?

  • Adakah perkara dalam hidup yang membuat anda sedih?

  • Adakah anda ada kenangan yang buruk?

  • Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa ibu bapa anda membenci anda?

  • Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

  • Pernahkah anda berasa sangsi tentang keupayaan hubungan romantik anda?

Soalan jenis inilah paling aku tak suka tau! Hahaha Boleh pula ditanya 'pernahkah berasa marah.' Of course lah pernah kan. Tetapi jawapan di tu tak tahu nak pilih yang mana huhu~ Soalan perangkap emosi betul!

Soalan ini ada ditanya juga semasa Ujian Psikometrik Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41Mungkin bahagian ini ramai yang salah jawab kot sebab tu SPA keluarkan balik. 


Soalan 61 - 110 (Pilihan Jawapan : Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Kurang Setuju, Setuju, Sangat Setuju)

  • Saya pernah terfikir untuk mencuri wang orang lain tetapi membatalkan niat tersebut.

  • Saya fikir tidak mengapa untuk tidak mengendahkan undang-undang selagi anda tidak melanggarnya.

  • Saya tidak kisah apa yang orang lain fikirkan.

  • Saya pernah meminjam barangan orang lain tanpa memberitahu sesiapa

  • Saya merokok sebelum atau semasa bersekolah/bekerja.

  • Saya tahu bagaimana cara seseorang yang tidak amanah mengambil barang-barang orang lain.

  • Ada kalanya apabila saya diusik, ianya berlarutan menjadi pergaduhan.

  • Saya selalu bertindak tergesa-gesa tanpa berfikir terlebih dahulu

  • Saya bekerja keras dari yang sepatutnya untuk sesuatu tugasan.

  • Orang mengatakan saya rajin bekerja.

  • Boleh dikatakan setiap individu ada sedikit sifat tidak jujur.

  • Saya tidak kisah memandu kereta yang tidak mempunyai insurans.

  • Saya berasa ada orang ingin mengenakan saya

  • Secara umum, hidup ini tidak adil.

  • Keputusan saya di sekolah adalah agak baik.

  • Saya jangka saya akan kerap bertukar kerja dalam beberapa tahun akan datang.

  • Saya tidak sukar untuk berkomunikasi dengan orang asing.

  • Saya sering tercedera semasa melakukan tugas.

  • Saya berharap saya boleh kekal dalam kerjaya di organisasi yang saya pilih.

  • Kebanyakan penyelia melayan pekerjanya dengan adil.

  • Apabila saya memulakan sesuatu kerja saya akan menghabiskannya.

  • Saya risau akan tercedera apabila melakukan tugas

  • Saya selalu bercakap benar

  • Saya tidak sukakan sesuatu yang berisiko.

  • Saya memastikan semua keadaan di dalam rumah kemas sebelum meninggalkan rumah.

  • Saya tidak pernah melukai hati sesiapa.

  • Saya risau jika saya tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna.

  • Setiap hari saya cuba menjadi individu yang paling berjaya.

  • Saya berusaha gigih untuk menyelesaikan tugasan saya

  • Saya fokus untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan rakan-rakan.

  • Saya fokus terhadap setiap tugasan yang diberikan kepada saya.

  • Saya banyak berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

  • Saya banyak berusaha untuk menyelesaikan tugasan.

  • Saya tidak pernah berputus asa untuk menunjukkan prestasi di peringkat yang lebih tinggi daripada orang lain.

  • Saya mengambil serius untuk menjadi yang terbaik dalam menyiapkan tugasan.

  • Adalah penting kepada saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan

  • Saya selalu memikirkan cara untuk berada lebih ke hadapan berbanding rakan-rakan sekerja.

  • Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakanrakan sekerja.

  • Saya rasa tercabar untuk menyelesaikan tugas dengan sempurna.

  • Saya sering berusaha untuk memberikan prestasi yang terbaik.

  • Saya teruja apabila memikirkan tentang penyelesaian sesuatu tugasan.

  • Saya selalu memikirkan cara memperbaiki kerjasama dengan rakan sepasukan

  • Saya menumpukan perhatian untuk dapat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan.

  • Saya sering berbincang bersama rakan sepasukan berkaitan tugas harian

  • Saya kerap memikirkan bagaimana untuk membina kumpulan kerja yang lebih baik

  • Saya bersungguh-sungguh menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan

  • Saya sentiasa berusaha menjadi rakan sepasukan yang baik.

  • Saya di bangku sekolah lagi saya sentiasa menyesuaikan diri dengan semua orang.

  • Saya seronok mempunyai rakan sepasukan yang baik

  • Saya seronok bekerjasama dengan rakan sepasukan.

Pilihan jawapan untuk soalan ini pun mengelirukan. Kena ulang-kali baca soalan. Kalau pilihan jawapan (YA) atau (TIDAK) mungkin senang sikit kot. Haha~

Apa yang aku perasan ada beberapa soalan yang hampir sama ditanya berulang-kali. Kesimpulannya, banyak sangat soalan-soalan perangkap!

Sebelum jawab soalan peperiksaan SPA, aku memang buat ulangkaji dan latih tubi soalan yang ada dalam ⏩EBOOK UJIAN PSIKOMETRIK 2022⏪ Alhamdulillah sangat membantu.



So sesiapa yang dapat ujian psikometrik bolehlah beli ebook nie.. Boleh simpan lama dan boleh guna untuk mana-mana jawatan dalam SPA9.  Korang inginkan lagi contoh soalan ujian psikometrik? Jom klik butang di bawah untuk baca.


Aku doakan buat korang semua semoga calon yang menjawab peperiksaan hari ini berjaya lulus. Dan semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membantu korang. 

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Assalamualaikum hai sis. Kalau soalan marah, sedih dan takut untuk mati. Apa jawapan paling sesuai? Setuju atau tidak? Ya atau tidak?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama