WEDRINK Pontian: Lepak Sambil Berblog

Aku sebenarnya dah lama simpan niat nak singgah ke WEDRINK. Setiap kali lalu kawasan ini, mesti terdetik dalam hati nak singgah cuma belum ada kesempatan lagi nak pergi sini.

Hari ini baru ada ruang dan masa sedikit untuk lepak di WeDrink.

Kebetulan hari ini adik ipar nak buat rambut di salon. Jadi sementara menunggu dia siap, aku ambil peluang untuk singgah ke WEDRINK dan sambil berblog.

WEDRINK Pontian

Sebelum order aku sempat lagi tanya dengan staf kalau boleh nak lepak lama sikit haha. Katanya boleh je. Tak perlu lepak lama pun, cukup sekadar sejam dua, asal dapat suasana yang berbeza dari rumah.

WEDRINK ini terletak di Tambak, Pontian. Lokasinya agak senang nak cari dan suasananya pun tenang. Mungkin sebab datang bukan waktu puncak, jadi kedai tak berapa ramai orang. Aku memang suka suasana macam ini — tak bising, tak sesak, sesuai untuk menulis dan berfikir. Kadang-kadang, idea lebih senang datang bila kita berada di tempat yang ringkas dan tak terlalu sibuk.

WEDRINK Pontian


Mula-mula aku nak order Matcha Milkshake, sebab memang itu yang aku teringin sejak awal. Tapi sayangnya, stok matcha tengah habis. Sedikit kecewa juga, tapi tak apa, rezeki lain pula hari ini. Akhirnya aku pilih Chocolate Sundae. 

Walaupun ringkas, dessert yang aku order tu memang ngam dengan mood hari ini. Manis, sejuk, dan cukup untuk temankan aku menaip sambil menunggu masa berlalu. Tadi takda orang. Sekarang dah start ramai orang. 

Korang dah pernah cuba WEDRINK?


21 comments

  1. mcm mixue plak wedrink ni..kalo mixue color merah..wedrink color biru logonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan 😆 Memang seiras, cuma Wedrink versi biru pulak. Sekali pandang terus teringat Mixue 😄

      Delete
  2. Sering nampak Wedrink di Keningau, agak terpesona nak masuk..tapi setakat di luar, anak-anak ja singgah masuk oder minuman yang digemari..Wah rupanya ada tempat duduk yang spesial juga tu kan..ok, nak cuba juga masuk akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, ada ruang duduk juga dan suasana agak tenang. Sesuai kalau nak lepak santai sekejap.

      Delete
  3. Berada di tanah seberang ke tu ? Tambak Pontian, Sabah ada ke nama ini..

    ReplyDelete
  4. Ingat mixue tadi. Nampak sama. Tak pernah jumpa lagi wedrink ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga ingat Mixue 😆 Wedrink ni belum banyak cawangan lagi, sebab tu masih jarang jumpa.

      Delete
  5. Wedrink ada satu cawangan di Perlis ni .. CCL belum jejak kaki lagi untuk singgah .. so tak tahu menu-menu merik yang ada .. mybe satu hari kena juga singgah kan ..

    Betul kadang nak me time sorang² kena cari tempat yang tak ramai orang ..suasana yang tenang .. baru best .. happy me time dgn sundae coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CCL 🤍 Kadang-kadang memang perlukan me time di tempat tenang.

      Delete
  6. Saya belum pernah cuba lagi makan atau minum di WeDrink. Belum pernah nampak lagi di mana-mana, mungkin belum banyak cawangannya. Suasananya tenang sesuai untuk blogging -- betul. Suka juga tema putih dan biru kehijauan. Coklat sundae memanglah sesuai dinikmati jika ingin berlama-lamaan. Seorang sahaja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setakat ni memang belum banyak cawangan. Suasana dia memang sesuai nak menulis atau rehat sekejap.

      Delete
  7. Setiap hari turun bus di terminal bus Seremban ammi nampak outlet ni disitu. Tapi tak pernah teringin nak cuba sebab lebih teringin nak sampai rumah cepat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha faham sangat tu 😂 Lepas penat seharian, yang penting nak cepat sampai rumah. Nanti ada masa boleh cuba Ammi 😊

      Delete
  8. Tidak pernah dengar WeDrink.
    Cimel maskot pada cawan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ya, maskot dia memang comel dan eye-catching 😄

      Delete
  9. dah makin banyak cafe2 mcm ni kan..teenagers memang suka la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak 😊 Konsep macam ni memang cepat tarik perhatian remaja dan anak-anak.

      Delete
  10. Replies
    1. Waalaikumsalam 😊 Terima kasih singgah dan salam perkenalan ya.

      Delete
  11. dkt sdkn ni ada 3 suda saingan m.c.d aiskrim murah rm2..aicha, we drink dan ibing tp sha lebih suka aicha dan ibing..wedrink lebih kepada yogurt betulkan kalau sha salah..hihi..tp smua sdp..sbb murah hahaha..yg ptg anak enjoy..xboleh sllu sbb manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul Sha 😄 Wedrink semua sedap sebab murah kan 🤭 Tapi memang kena kawal sebab manis. Yang penting anak happy 😉

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.