Shopee Wrap 2025 : Audit Perbelanjaan Shopee


Baru ja terbaca blog kak ammi tentang shopee wrap nie. So, aku pun cuba jugalah. Aku antara pengguna tegar shopee dari dulu sampai sekarang. Sejak kahwin semakin rancak jugalah add to cart. Jom kita lihat audit perbelanjaan shopee nie.


Deal Master ya. Aku guna shopee ni mungkin selepas aku habis belajar di Universiti. Aku start buat bisnes sewa vendor jual barang-barang kosmetik. Masa nie rasanya aku belum fokus untuk jadi blogger sepenuh masa lagi. 


Dekat 6 tahun dengan shopee memang banyak jugalah aku berbelanja cuma lebih kepada bisnes menjual. Selepas kahwin nie pula, memang shopping untuk diri sendiri, kadang untuk adik-adik atau suami.


Hmm tak faham kenapa dengan maskara. Aku tak guna mekap pun. Mungkin sebab aku jual produk kosmetik kot dulu.


Rasanya yang nie aku belikan untuk adik perempuan aku kot. Aku tak pakai sebarang anting-anting pun.


Since kerja aku dari dulu memang di rumah memang banyak masa tengok shopee. Hehe Sekarang dah jadi suri rumah sepenuh masa memang makin rancaklah cuci mata kat shopee. Dulu aku ada akaun tiktok, cuma aku tak suka sebab tiktok nie banyak sangat konten aku tak suka tengok. Walaupun dah tapis, so aku padam tiktok aku.


Beberapa tahun lepas aku memang suka tengok live di shopee. Kadang beli baju kurung. Kadang nak kumpul coins je. Sehari memang tak miss tengok live shopee semata-mata nak kumpul coins. Kalau ada barang nak shopping memang lamalah tengok live.


Selepas kahwin, aku beli treadmill untuk joging di rumah memandangkan jarang dapat keluar rumah sebab husband kerja. Cuma kadang-kadang ja guna. Aku lagi suka briskwalk kat taman.


Ehem... Terbatuk jugalah tengok angka ni. Haha. Tak tahu nak bagi alasan apa kat husband kalau tahu bini kuat shopping. Untuk tempoh 6 tahun boleh kira banyak jugalah.


Penjimat Supernova. Jimat ke? haha


Aku tak berapa reti buat affiliate kat tiktok, jadi aku lebih fokus buat video di shopee walaupun aku jarang-jarang juga buat video. Alhamdulillah ada jugalah dapat sikit-sikit.

Best jugalah kalau dapat audit setiap tahun. At least bolehlah control perbelanjaan sikit hehe.

Korang dah audit shopee ke? Tekan je link ni https://shp.ee/qj7yr33ldn3

Selamat mencuba!

0 comments