Hari ini baru ada ruang dan masa sedikit untuk lepak di WeDrink.
Kebetulan hari ini adik ipar nak buat rambut di salon. Jadi sementara menunggu dia siap, aku ambil peluang untuk singgah ke WEDRINK dan sambil berblog.
Sebelum order aku sempat lagi tanya dengan staf kalau boleh nak lepak lama sikit haha. Katanya boleh je. Tak perlu lepak lama pun, cukup sekadar sejam dua, asal dapat suasana yang berbeza dari rumah.
WEDRINK ini terletak di Tambak, Pontian. Lokasinya agak senang nak cari dan suasananya pun tenang. Mungkin sebab datang bukan waktu puncak, jadi kedai tak berapa ramai orang. Aku memang suka suasana macam ini — tak bising, tak sesak, sesuai untuk menulis dan berfikir. Kadang-kadang, idea lebih senang datang bila kita berada di tempat yang ringkas dan tak terlalu sibuk.
Mula-mula aku nak order Matcha Milkshake, sebab memang itu yang aku teringin sejak awal. Tapi sayangnya, stok matcha tengah habis. Sedikit kecewa juga, tapi tak apa, rezeki lain pula hari ini. Akhirnya aku pilih Chocolate Sundae.
Korang dah pernah cuba WEDRINK?


mcm mixue plak wedrink ni..kalo mixue color merah..wedrink color biru logonya
ReplyDeleteSering nampak Wedrink di Keningau, agak terpesona nak masuk..tapi setakat di luar, anak-anak ja singgah masuk oder minuman yang digemari..Wah rupanya ada tempat duduk yang spesial juga tu kan..ok, nak cuba juga masuk akan datang..
ReplyDeleteBerada di tanah seberang ke tu ? Tambak Pontian, Sabah ada ke nama ini..
ReplyDeleteIngat mixue tadi. Nampak sama. Tak pernah jumpa lagi wedrink ni.
ReplyDeleteWedrink ada satu cawangan di Perlis ni .. CCL belum jejak kaki lagi untuk singgah .. so tak tahu menu-menu merik yang ada .. mybe satu hari kena juga singgah kan ..
ReplyDeleteBetul kadang nak me time sorang² kena cari tempat yang tak ramai orang ..suasana yang tenang .. baru best .. happy me time dgn sundae coklat
Saya belum pernah cuba lagi makan atau minum di WeDrink. Belum pernah nampak lagi di mana-mana, mungkin belum banyak cawangannya. Suasananya tenang sesuai untuk blogging -- betul. Suka juga tema putih dan biru kehijauan. Coklat sundae memanglah sesuai dinikmati jika ingin berlama-lamaan. Seorang sahaja ke?
ReplyDeleteSetiap hari turun bus di terminal bus Seremban ammi nampak outlet ni disitu. Tapi tak pernah teringin nak cuba sebab lebih teringin nak sampai rumah cepat haha
ReplyDeleteTidak pernah dengar WeDrink.
ReplyDeleteCimel maskot pada cawan itu.
dah makin banyak cafe2 mcm ni kan..teenagers memang suka la
ReplyDeletesalam perkenalan awak
ReplyDeletedkt sdkn ni ada 3 suda saingan m.c.d aiskrim murah rm2..aicha, we drink dan ibing tp sha lebih suka aicha dan ibing..wedrink lebih kepada yogurt betulkan kalau sha salah..hihi..tp smua sdp..sbb murah hahaha..yg ptg anak enjoy..xboleh sllu sbb manis
ReplyDelete