Assalamualaikum
Bismillah
Sudah lama aku tidak berkongsi ulasan buku di blog ini, kan? Sibuk terus menulis, bahkan tak ada masa untuk membaca. Mungkin itulah sebabnya aku merasa kehabisan idea untuk menulis apa di blog kerana kurang membaca.
Hari ini aku nak cerita pasal satu buku yang selalu buat aku terinspirasi dalam menghadapi hidup dan juga meningkatkan semangat aku untuk menulis blog. Buku yang aku nak cerita ni berjudul "Menyingkap Rahsia Hakikat Kehidupan Sejati".
Sinopsis
Mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang, iaitu Imam Al-Ghazali dalam buku berjudul "Menyingkap Rahsia Kehidupan Sejati" ini adalah agar kita tidak takut menghadapi peristiwa kematian, bahkan cinta untuk menghadapinya, kerana selepas itu kita akan berhadapan dengan kehidupan yang sebenar yang kekal abadi. Seperti mana Allah mengingatkan dalam al-Quran,
Maksudnya "dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat gurauan (lakonan) dan main-main (sahaja) dan sesungguhnya di negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui (hakikat mi tentulah mereka tidak akan melupakan dan sentiasa cinta untuk pergi ke Akhirat)..." Surah al-Ankabut (29) ayat 64.
Untuk pergi ke akhirat, seseorang itu kena menempuh kematian dahulu. Orang beriman sentiasa cinta "kematian" kerana kematian sebagai muqadimah atau pintu gerbang untuk masuk ke alam akhirat. Oleh itu orang yang cinta akhirat dia tentu cinta kematian.
Oleh itu, munasabah sekali buku ini dijudul "Menyingkap Rahsia Kehidupan Sejati" hakikat daripada apa yang kita ketahui bahawa selepas peristiwa kematian jasad kita, maka kita akan berhadapan pula dengan kehidupan sebenar di dalam alam akhirat, yang mana kita semua akan dihidupkan semula dengan jasad yang baharı dalam dunia yang baharu yang kekal abadi.
Dalam buku ini pengarang membedah dua persoalan pokok, iaitu peristiwa kematian dan peristiwa setelah kematian yang pasti akan dilalui oleh setiap insan, sama ada dia Muslim atau bukan Muslim Seperti sakaratul maut yang amat pedih, seksa kubur, kiamat. Padang Mahsyar, serta syurga dan neraka.
Setiap manusia akan mengharunginya dengan keadaan berbeza bergantung kepada sama ada dia menjadi seorang yang taat atau yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya.
Review Buku
Aku suka baca buku ini terutama ketika aku dalam kesedihan, gelisah, atau tekanan dengan masalah-masalah dunia yang tiada penghujungnya. Buku ini sangat memberi inspirasi dan sentiasa mengingatkan aku bahawa kehidupan di dunia ini cuma sementara.
Jadi memang wajar kita sebagai manusia merasakan lelah di dunia kerana dunia ladang untuk mengumpul pahala.
Selain itu, dalam buku ini juga membahas secara mendalam tentang peristiwa kematian dan apa yang terjadi setelahnya. Ini akan memberikan keinsafan kepada pembaca untuk memperbaiki diri serta berbuat kebaikan.
1. Salman al-Farisi berkata:
Ada tiga orang yang aku merasa HAIRAN sehingga membuatkan aku jadi ketawa.
- Pertama, orang yang (sedang lalai) berangan-angan dengan dunia, sedangkan dia sedang diburu (didekati) oleh kematian.
- Kedua, orang yang sedang lalai, tetapi dia tidak mahu menerima nasihat.
- Ketiga, orang yang sering ketawa, pada hal dia tidak tahu apakah Allah meredhainya atau tidak.
- Pertama, perpisahan dengan orang tercinta (Nabi Muhammad Saw).
- Kedua, huru- hara hari kiamat.
- Ketiga, ketika aku berdiri di hadapan Allah SWT tanpa aku tahu apakah aku akan diperintahkan masuk syurga atau neraka.
2. Abdullah bin Samit pernah mendengar ayahnya berkata,
"Wahai orang yang tertipu oleh kesihatan yang cukup lama! Apakah kamu sama sekali tidak pernah melihat orang yang mati tanpa lebih dahulu sakit? Wahai orang yang tertipu oleh usia yang panjang! Apakah kamu sama sekali tidak pernah melihat orang yang tiba-tiba mati disambar petir?
Jika kamu selalu memikirkan tentang usia panjang, nescaya kamu akan lupa pada kesenangan-kesenangan yang telah kamu nikmati. Kamu ini sedang tertipu oleh kesihatan, atau kamu sedang bongkak (sombong) kerana jarang-jarang sekali diserangi sakit?
Kamu ini sedang merasa aman dari kematian, atau kamu berani menentang malaikat maut? Sesungguhnya kalau malaikat maut sudah datang, dia tidak akan dapat dicegah oleh harta kekayaanmu atau oleh banyaknya pengikutmu.
Kamu harus tahu, bahawa sesungguhnya saat kematian itu penuh dengan kesulitan, penyesalan, dan ratapan atas kesalahan. Semoga Allah berkenan mengasihi seorang hamba yang mahu beramal demi kehidupan sesudah mati, dan semoga Allah berkenan mengasihi seorang hamba yang mahu memikirkan dirinya sebelum datang kematian."
3. Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata dalam khutbahnya, "Sesungguhnya dunia itu lebih banyak dukanya daripada sukanya. Kesenanganya hanya sebentar, tetapi kesedihannya cukup lama di akhirat".😔
4. Seorang penyair berkata, "Manusia takkan pernah selesai urusannya. Sebab setiap selesai satu keperluan, jutaan keperluan lain telah siap menunggu untuk diselesaikan".
5. Sungguh aneh bila kita tidak dapat mengambil pengajaran darinya. Padahal kita tidak boleh menjamin kedudukan kita di akhirat nanti. Bahkan, kita selalu menjadi tawanan hawa nafsu, dan suka berbuat derhaka.
Kenapa kita tidak mahu mengambil pelajaran dari perjuangan Muhammad, pemimpin para rasul, imam orang yang bertakwa, dan kekasih Allah, Tuhan semesta alam?
Mungkin kita mengira diri kita akan hidup kekal, atau kita menganggap bahawa meskipun amal perbuatan kita buruk, kita akan tetap menjadi manusia-manusia terhormat di sisi Tuhan? Itu mustahil! Sangat mustahil!
Justeru kita semestinya yakin bahawa kita semua akan masuk neraka. Tidak ada seorang pun antara kita yang akan selamat darinya, kecuali orang yang bertakwa. Kita hanya yakin dalam kategori sekadar menduga-duga. Bahkan sebenarnya kita ini telah menganiaya diri sendiri. Apakah kita ini benar-benar termasuk orang yang bertakwa kepada Allah? ðŸ˜
Sebenarnya ada banyak lagi pesanan dan perbahasan dalam buku ini yang memberi peringatan kepada tujuan sebenar hidup kita di dunia. Oleh sebab itu, aku sangat rekomen kepada korang untuk memiliki buku ini.
"Menyingkap Rahsia Kehidupan Sejati" adalah panduan berharga bagi korang yang ingin memahami makna sejati kehidupan dan menghadapi realiti kematian dengan ketenangan dan keberanian, serta mempersiapkan diri untuk kehidupan yang kekal di akhirat.
Deskripsi
- Tajuk: "Menyingkap Rahsia Hakikat Kehidupan Sejati | Imam Al-Ghazali" Terjemahan oleh Abu Ahmadain - al Mujahiri.
- Pengarang: Imam al-Ghazali
- Penerbit: Telaga Ilmu
- ISBN: 9789671267257
- Tahun: 2015
- Bil Muka surat: 334
- Berat: 528g
- Harga : RM24.00
Boleh dapatkan di shopee, Link https://shope.ee/4prwok7jG4
kematian itu bukanlah sesuatu yang menakutkan
BalasPadamhakikatnya kehidupan dunia itu lebih menakutkan