Tahun Keenam Renew Domain siinurul.com

hati tetap mahu menulis


Tak sangka, sudah masuk tahun keenam aku menggunakan siinurul.com. Walaupun beberapa tahun ini blog tidak mendatangkan sebarang hasil, aku tetap gagahkan diri untuk memperbaharui domain ini.


Sejujurnya, kadang terfikir juga untuk menutup blog. Tapi, bagaimana mungkin aku melepaskan sesuatu yang sebahagian daripada jiwaku? Sebenarnya, blog inilah tempat aku meletakkan hati dan jiwa.


Sejak aku kehilangan sedikit semangat menulis, aku semakin jarang berkongsi di blog. Walaupun begitu, kadang-kadang hati tetap meronta-ronta mahu menulis.


Jadi, kenapa masih bertahan? Kerana menulis adalah tempat aku ‘healing’.


Aku tidak terlalu kisah tentang domain ini. Tetapi, melepaskannya dan membiarkan orang lain menggunakannya untuk konten yang aku sendiri tidak pasti—aku belum sanggup.

4 comments

  1. Renew je nurul xpe, utk kenangan... sayang laa byk sentimental value

    ReplyDelete
  2. Takpela kak, banyak kenangan ni. Renew ajer... Teruskan menulis

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. betul ..blog ibarat diari online ..

    ReplyDelete
  4. Tulis kerana minat dan ingin berkongsi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.