Assalamualaikum
Bismillah
Dah tak perlu susah-susah ke kaunter KWSP atau kios. Tak perlu runsing kalau tak ada i-Akaun KWSP. Korang boleh memohon i-Lestari Online KWSP untuk membuat pengeluaran akaun 2 KWSP.
Klik link https://ilestari.kwsp.gov.my/
Untuk memohon, korang klik PERMOHONAN BAHARU
Setelah betul-betul faham, korang boleh isi permohonan tersebut. Antara maklumat yang diperlukan untuk membuat permohonan baharu i-Lestari Online KWSP ialah :
Bismillah
Dah tak perlu susah-susah ke kaunter KWSP atau kios. Tak perlu runsing kalau tak ada i-Akaun KWSP. Korang boleh memohon i-Lestari Online KWSP untuk membuat pengeluaran akaun 2 KWSP.
Klik link https://ilestari.kwsp.gov.my/
Untuk memohon, korang klik PERMOHONAN BAHARU
Sebelum membuat permohonan, Sila baca dan fahami INFO PENTING sebelum meneruskan permohonan. Sila pastikan semua maklumat diisikan dengan betul dan tepat.
- Nama Penuh (sama seperti dalam kad pengenalan)
- Nombor MyKad (Pemohon mestilah belum mencapai umur 55 tahun semasa permohonan dibuat)
- Nombor Telefon Bimbit (Contoh : 01xxxxxxxxx)
- Alamat e-mel (yang sah dan aktif)
- Alamat yang mempunyai poskod, bandar dan negeri.
- Amaun Dimohon Sebulan (RM) - Bayaran bulanan berulang sehingga Mac 2021. Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 semasa proses bayaran bulan berkenaan dibuat. Korang boleh pilih amaun minimum RM50 sehingga RM500 sahaja. Tidak boleh lebih.
- Bank yang korang guna untuk terima pengeluaran
- No Akaun Bank (Sila berikan Nombor Akaun Bank yang sah dan aktif)
*Isi semua maklumat mandatori.
- Klik petak segi empat untuk membuat PENGESAHAN.
Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma & Syarat yang ditetapkan.
Dah baca dengan teliti barulah tekan button SETUJU.
PENGESAHAN MAKLUMAT
Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar. Klik HANTAR setelah semak semua maklumat BETUL.
Korang boleh buat SEMAKAN STATUS di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
![]() |
Contoh STATUS PERMOHONAN i-Lestari telah diterima |
- Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
- Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
- Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
Semoga membantu dan dipermudahkan buat korang semua. Aku tahu nak daftar i-Akaun sangat leceh. Aku sendiri belum dapat feedback selepas memohon melalui email hari tu. Apapun dengan penambahbaikan ini diharap dapat permudahkan semua ahli yang ingin membuat pengeluaran i-Lestari.
terima kasih atas perkongsian yang sgt bagus ni..memudahkan urusan org ... semoga Allah pun memudahkan urusan sis. happy blogging!
BalasPadamSama-sama semoga bermanfaat... Kalau nak daftar i-Akaun lagi mmg lama sebab sy sendiri belum dapat feedback lagi lepas memohon i-Akaun melalui email hari tu.. Semoga dipermudahkan kepada mereka yg memerlukan.
PadamWahh gud info. Memang memudahkan kerja ni
BalasPadamYea Ciktie.. mudah dah nak memohon pengeluaran i-Lestari.. syukurlah.
Padamoh i didn't know this. tq ^^
BalasPadamyour welcome..I just knew about it yesterday hehe ^^
Padamhai jemput dengar lagu saya
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html
Okay.. nti sy blogwalking ^^ Thanks for sharing
PadamNk daftar id kena pergi ke kaunter pertanyaan ke
BalasPadam