Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Tahun ini masuk tahun ketiga tak dapat balik beraya di Sabah. Sunyi tu memang tak dapat nak tipu —bila tengok orang lain semua balik kampung, hati ni makin terasa kosong.
Bukan tak teringin nak balik. Rindu sangat. Tapi keadaan tak mengizinkan.
Realiti hidup sebagai anak perantau — nak beli tiket balik Sabah pun dah cecah sekurang-kurangnya RM1000 untuk pergi balik. Dalam masa sama kena fikir sewa, simpanan, komitmen bulanan. Kalau paksa juga balik, takut nanti balik semula ke Johor dengan poket kosong.
Belum masuk lagi kos bila sampai di kampung. Pengalaman lepas, bawa RM6k–RM8k pun masih tak cukup untuk dua minggu. Belanja di Kota Kinabalu lain, di Kudat lain. Takkan balik kampung ziarah satu rumah saja — kena juga jenguk keluarga sebelah suami sana.
Belanja raya, duit minyak, belanja rumah—semuanya berganda. Kos sara hidup di Sabah pun bukan murah. Tambah pula bila kita datang dari keluarga yang sederhana, ibu bapa masih berharap, dan adik-beradik lain pun baru nak mula kehidupan masing-masing.
Realiti... kami nie senang di Johor ja. Bila balik kampung kalau takda simpanan memang susah. Semuanya cukup-cukup. Setiap tahun keluarga di kampung beraya tak beli baju raya. Even trend bagi duit raya memang takda.
Cuma nak meraihkan suasana raya dengan rendang daging pun cukup-cukup saja. Keluarga pun sama-sama juga ramai.
Kadang rasa serba salah. Nak balik, tapi tak mampu. Tak balik, hati pula rindu. Kadang bukan tak simpan duit. Inipun dah struggle simpan duit dan berjimat.
Ini cuma luahan hati.
Raya tetap raya, walaupun sederhana dan jauh dari kampung.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin juga. 🤍

selamat hari raya nurul. tinggi kos balik sebab tiket mahal sangat .huhu. kos makan dan minyak pun besar juga kan?
ReplyDeletesedih baca. selamat hari raya nurul. johor di mana tu?tahun depan kalau tak balik raya jalan segamat rumah akak tau
betul, tiket sabah sarawak time musim2 raya memang mahal sangat. pastu duit minyak lagi, homestay lagi dan nak belanja raya. rasanya ibu bapa kat kampung pun mesti faham kalau anak2 yg duduk jauh ni tak balik.
ReplyDeletesemoga dimurahkan rezeki selalu <3
selamat hari raya Nurul...insyaAllah dipermudahkan rezeki balik sabah nanti
ReplyDeleteTabarakallah. Semoga Allah gantilan kesusahan Nurul kepada sesuatu yang lebih baik daripadanya.
ReplyDeletesalam aidilfitri nurul
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan keluarga. Btw, done follow blog awak! :)
ReplyDeleteMaaf zahir batin ye....
ReplyDeleteSalam Aidilfitri, Nurul. Maaf zahir batin, ya. 🤗
ReplyDeleteSemoga murah rezeki Nurul untuk balik kampung nanti.
Selamat hari raya Nurul.. insyaAllah, dimudahkan urusan..ada rezeki pulang beraya di Sabah..
ReplyDeleteBaru tahu dua dua pun orang Sabah..
Selamat hari raya. Dah 15 Syawal hari ni. Jap je. Cikla pun x balik kg thn ni. Mak abah adik adik dtg umah cikla. Apapun alhamdullilah.
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..ooo faham sanagt bila kampung jauh kan...takpe la raya kat mana- mana pun sama aje kan Nurul...insyaallah pasti akan ada pelangi lepas2 ni...sampai rezeki tu nanti kan...jangan sedih2 ok...meh datang raya rumah kak SA meh...x raya pun boleh datang
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Moga dipermudah kan semua urusan, moga dapat balik ziarah keluarga di Sabah nanti Insyaa Allah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Nurul, semoga Allah mudahkan semuanyan untuk awak. Kita fikir dah sedih sebab dapat cuti raya pendek je. Rupanya ada orang lain, kesedihannya lagi terasa sebab tak dapat balik kampung jumpa ibu ayah dan keluarga.Allahuu..cerita awk buat saya wajib lebih banyak bersyukur dan bersyukur. Semoga murah rezeki selalu dan dapat balik kampung pada raya yang akan datang..aamin
ReplyDeleteSelamat hari raya Nurul, (hewhew even raya dah habis 🤭) Faa pun lahir di sabah tapi membesar di Johor.
ReplyDeleteBaca entry ni selepas syawal nak wish selamat hari raya juga hahaha.. tak apa kalau tak balik kg tapi hubungan jgn tiada langsung.. zaman dh canggih ada whatsapp dan nak bagi duit pun blh transfer jer.. insyallah parent faham keadaan anak2..apa pun moga ceria sentiasa amin..
ReplyDelete