Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Tahun ini masuk tahun ketiga tak dapat balik beraya di Sabah. Sunyi tu memang tak dapat nak tipu —bila tengok orang lain semua balik kampung, hati ni makin terasa kosong.
Bukan tak teringin nak balik. Rindu sangat. Tapi keadaan tak mengizinkan.
Realiti hidup sebagai anak perantau — nak beli tiket balik Sabah pun dah cecah sekurang-kurangnya RM1000 untuk pergi balik. Dalam masa sama kena fikir sewa, simpanan, komitmen bulanan. Kalau paksa juga balik, takut nanti balik semula ke Johor dengan poket kosong.
Belum masuk lagi kos bila sampai di kampung. Pengalaman lepas, bawa RM6k–RM8k pun masih tak cukup untuk dua minggu. Belanja di Kota Kinabalu lain, di Kudat lain. Takkan balik kampung ziarah satu rumah saja — kena juga jenguk keluarga sebelah suami sana.
Belanja raya, duit minyak, belanja rumah—semuanya berganda. Kos sara hidup di Sabah pun bukan murah. Tambah pula bila kita datang dari keluarga yang sederhana, ibu bapa masih berharap, dan adik-beradik lain pun baru nak mula kehidupan masing-masing.
Realiti... kami nie senang di Johor ja. Bila balik kampung kalau takda simpanan memang susah. Semuanya cukup-cukup. Setiap tahun keluarga di kampung beraya tak beli baju raya. Even trend bagi duit raya memang takda.
Cuma nak meraihkan suasana raya dengan rendang daging pun cukup-cukup saja. Keluarga pun sama-sama juga ramai.
Kadang rasa serba salah. Nak balik, tapi tak mampu. Tak balik, hati pula rindu. Kadang bukan tak simpan duit. Inipun dah struggle simpan duit dan berjimat.
Ini cuma luahan hati.
Raya tetap raya, walaupun sederhana dan jauh dari kampung.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin juga. 🤍

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.