Kembali Menulis...


kembali menulis

Agak lama juga tak update kan. Nak kata sibuk tu sebenarnya banyak juga masa free, cuma lebih selesa untuk mendiamkan diri dan teruskan rutin harian di rumah seperti biasa.

Hari ini tiba-tiba mood nak menulis datang semula, mungkin sebab sedang upgrade template blog untuk sahabat blogger. Sambil-sambil mengedit, terasa rindu pula nak menaip dan berkongsi cerita.

Sejak raya hari tu pun memang tak sempat nak blogwalking. Buka blog pun boleh kira dengan jari, mungkin satu atau dua kali sahaja. 

Mungkin juga orang kata ini fasa “move on” dengan apa yang pernah berlaku dengan blog sebelum ini. Dah hampir nak masuk 10 bulan sebenarnya...

Apa yang menarik beberapa minggu kebelakangan ini?

Banyak sebenarnya, cuma tak tahu nak mula dari mana. Bila nak menulis, baru sedar banyak benda kecil yang berlaku setiap hari tapi tak sempat dicatatkan.

Dalam galeri telefon pun sudah penuh dengan gambar-gambar lama dan baru yang tidak pernah dikongsikan. Gambar-gambar yang bila dilihat semula, membawa balik momen yang sudah hampir terlupa.

0 comments