Sebelum aku berkongsi tentang perjalanan TTC, aku selalu membaca tentang pengalaman pasangan lain yang menginginkan zuriat.
Setiap orang ada pengalaman dorang sendiri untuk berusaha supaya hamil. Dulu ketika masih bujang aku selalu dengar kisah-kisah pasangan yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.
Bab zuriat sebenarnya topik yang sangat sensitif, terutamanya buat pasangan yang dah lama menanti. Aku hanya mula benar-benar mengerti apabila aku sendiri melalui fasa ini.
Tahun 2025 ini dah masuk 4 tahun perkahwinan kami. Tak sangka cepatnya masa berlalu. Dari mula kami diijab kabul, aku dan suami tidak pernah merancang pun tentang zuriat.Malah, aku sendiri menjangkakan mungkin beberapa bulan selepas berkahwin aku akan mengandung.
Takdirnya, tidak seperti jangkaan kami. Sepanjang tahun pertama perkahwinan aku dengan suami sentiasa menanti bila kami ada anak. Mulanya aku tidak ambil kisah sangat. Takpa kalau tiada rezeki lagi. Dapat juga spent masa dengan suami berdua.
Tapi rupanya ia tidak semudah itu. Setiap bulan aku diuji. Setiap kali period lewat, keresahan mula datang — adakah aku mengandung atau tidak? Emosi aku berubah. Aku jadi cepat marah, mudah menangis, dan mudah tersinggung.
Jika period lewat seminggu, sepanjang seminggu itulah emosi aku tak stabil sehingga akhirnya aku didatangi haid. Dalam tempoh itu juga aku berkali-kali melakukan pregnancy test. Penat. Stres.
Mungkin bagi orang lain aku terlalu sensitif. Apabila aku cuba untuk kawal emosi, air mata pula mudah tumpah. Tahun pertama perkahwinan kami suami banyak diuji dengan ragam serta emosi aku yang sukar diramal.
Kebanyakan lelaki mungkin sukar memahami emosi isteri. Tapi isu kelewatan haid dan hormon yang tidak stabil bukan perkara kecil — lebih-lebih lagi bagi pasangan yang mengharapkan cahaya mata. Suami memang kena main peranan penting untuk jaga emosi isteri.
Apabila masuk tahun kedua, aku dah mula kurang check pregnancy test setiap kali lewat haid. Tetapi bila aku lewat period sampai sebulan emosi aku akan cepat berubah dan stress. Aku rasa seperti ini mungkin disebabkan hormon aku yang tidak stabil.
Masuk tahun kedua aku mempunyai masalah tidur, stres dan sedikit murung. Aku sendiri dapat rasa dengan perubahan diri apatah lagi bila sendirian di rumah. Disebabkan keadaan mental aku yang tidak begitu baik, aku memilih untuk memadam semua akaun media sosial.
Ini real. Bukan kerana cemburu. Tetapi melihat perkongsian tentang anak-anak daripada kawan, sepupu atau saudara-mara benar-benar mengganggu emosi aku. Jadi, aku pilih untuk menjauh demi menjaga diri sendiri.
Sebelum kahwin aku dah buat checkup untuk rahim. Alhamdulillah semuanya okay. Selepas kahwin aku dah buat medical checkup juga. Semuanya normal.
Sampailah masuk tahun ketiga, antara perubahan paling ketara aku rasa ialah berat badan aku naik mendadak walaupun aku tak banyak makan. Aku rasa mungkin sebab aku duduk di rumah ja kot. Jarang keluar.
Dengan masalah insomnia, emosi yang turun naik, aku memang syak aku ada masalah hormon. Kemungkinan juga PCOS. Cuma aku tak ke klinik untuk check. Sepanjang tahun tu aku cuba jaga pemakanan, tidur, makan supplement dan sebagainya. Tetapi jujurnya, emosi aku terasa semakin teruk.
Buku jurnal menjadi tempat aku meluah segalanya.
Sepanjang tempoh ini, suamilah orang yang paling banyak mendengar luahan dan tangisan aku. Dialah yang paling memahami dan memberi sokongan tanpa jemu.
Kenapa kami belum mendapatkan rawatan klinikal? Pertama, kekangan masa. Kedua, faktor kewangan. Jadi aku dan suami memilih untuk berusaha setakat kemampuan yang ada.
Empat tahun TTC bukan perjalanan yang singkat. Sepanjang tempoh itu, aku cuba menjaga diri sebaik mungkin — mengambil magnesium dan asid folik secara konsisten, menjaga berat badan dan pemakanan walaupun perlahan, membaiki pola tidur serta mengawal emosi meskipun tidak selalu berjaya, berurut apabila badan dan jiwa terlalu penat, dan juga mencuba rawatan tradisional sebagai satu ikhtiar.
Selebihnya kami berdoa dan berserah kepada ALLAH swt.
Buat semua yang sedang TTC, kalian Semoga Allah kurniakan kita rezeki zuriat yang baik pada waktu yang tepat, dan memberi ketabahan dalam setiap langkah perjalanan ini.

semoga tabah selalu sis, jangan berhenti berdoa, dan percaya dengan kuasa doa. Allah ilhamkan kita berdoa dan meminta kepadaNya.Semoga ALLAH kurniakan zuriat yang soleh soleha, yang menyejukkan hati dan menjadi penawar sekeluarga.aamin
ReplyDeleteAamiin ya Rabb 🤍 Terima kasih sis atas doa yang sangat baik dan kata-kata penuh makna. Insya-Allah sy pegang dan amalkan selalu.
Deletesemoga urusan dipermudahkan....setiap dari kita ada ujian dan perjalanan hidup masing-masing. Lalui saja dengan rasa reda dan berhikmah
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan yang baik. Betul, setiap orang ada ujian masing-masing. Insya-Allah cuba lalui dengan reda dan percaya pada hikmahNya.
Deletemmg tk mudah utk TTC...yg alami je tahu mcm mana..ada yg belas2 thn..puluh2 tahun pn ada...makcik sedara lebihkurang 10 thn br die dpt anak ...ada kwn blogger stiap kali pregnant..lebihkurang kandungan dlm 3 bln lps tu gugur....tk silap 4 dh anak syurganya...mmg dia fobia...masing2 ada pengalaman masing2...akak yg ada anak sorang pn org masih dok tnya bila nak tambah tp rezeki hanya sorang ank kan....apa2 pn trus berdoa ..jgn stress2 sgt...insya allah ada rezeki nanti.
ReplyDeleteTerima kasih kak berkongsi pengalaman 🤍 Memang hanya yang lalui sahaja faham perasaan tu. Insya-Allah sy cuba kuatkan hati, terus berdoa dan jaga emosi.
Deletesemoga yang baik2 untuk sis Nurul dan suami. linda doakan moga dikurniakan rezeki zuriat secepat mungkin...
ReplyDeleteTerima kasih banyak linda 🤍 Doa yang baik-baik ini sangat sy hargai. Semoga Allah makbulkan doa kita semua, aamiin.
DeleteCCL pun belum dikurniakan zuriat .. dah hampir 3 tahun berkahwin .. kitaorang PJJ .. betul cabaran kalau kahwin dah berapa tahun ramai yang tanya bila nak ada anak..nak² lagi kalau jumpa adik beradik time kenduri ..time raya soalan yang sama nak kena hadap .. benda kalau Allah nak bagi dia akan bagi..InsyaAllah sama-sama kita doakan
ReplyDeleteTerima kasih CCL 🤍 Betul tu, soalan-soalan tu memang cabaran emosi. Insya-Allah sama-sama kita kuat, yakin rezeki Allah datang tepat pada waktunya.
DeleteAllah...ammi faham apa yang Nurul lalui sebab ammi pun pernah lalui perkara yang sama. Bezanya ammi pernah pregnant ditahun pertama perkahwinan tapi gugur... 3 kali gugur barulah dapat yang pertama, itupun selepas ammi dapatkan rawatan daripada pakar. Perlu buat operation untuk kuatkan ovari ammi. Journey yang sangat penat.
ReplyDeleteInsyaallah nurul, jangan sedih ye. Allah bagi peluang tu kat Nurul untuk beribadah lebih sementara belum ada anak. Boleh mengaji bila aja perlu, boleh ke surau tanpa perlu fikir anak merengek... hugss
Terima kasih Ammi kerana sudi berkongsi kisah dan bagi kata-kata yang sangat menenangkan 🤍 Sebak baca pengalaman Ammi. Insya-Allah sy cuba terus positif dan manfaatkan waktu yang ada ini sebaiknya. Hugss 🤍
DeleteSaya mamou doakan daripada jauh untuk Nurul semoga berjaya mendapat zuriat.
ReplyDeleteTerima kasih atas doa dari jauh 🤍 Sangat bermakna buat kami. Semoga Allah membalas dengan kebaikan juga.
Delete