Sejak kebelakangan ni, ramai peminat anime mula rasa satu benda yang sama — kecewa.
Banyak website anime yang dulu jadi “port wajib” tiba-tiba hilang atau kena shutdown. Bagi sesetengah orang, mungkin ini bukan isu besar. Tapi bagi peminat anime tegar, ini memang satu kehilangan yang real.
Persoalannya… kenapa benda ni terjadi? Kenapa ramai masih tak puas hati walaupun dah ada platform legal?
Realiti: Platform Legal Masih Tak Cukup
Memang betul, sekarang kita ada platform macam Crunchyroll dan Netflix. Nampak macam dah cukup, kan?
Tapi hakikatnya, ramai yang subscribed tapi still tak puas. Antara masalah paling common:
1. Library Tak Lengkap
Banyak anime lama, underrated, atau niche langsung tak ada. Tidak semua genre anime yang disukai ada di Netflix.
Kalau peminat jenis suka explore anime lama atau hidden gems — memang susah. Dan kebanyakkan anime baru dan popular sahaja yang ada seperti Spy x Family, One Piece, atau Naruto.
Industri anime pula semakin laju, sekitar 150–250 anime baru setahun, jadi jumlah sentiasa meningkat. Tapi katalog platform seperti Netflix Malaysia hanya sekitar ±100 tajuk anime, termasuk lama dan baru. Kadang-kadang sesuatu anime pun hanya available untuk tempoh tertentu sahaja.
Contohnya anime popular seperti One Piece atau Naruto memang ada, tapi banyak lagi tajuk lain yang hilang atau tidak tersedia.
2. Region Lock (Realiti Malaysia 😅)
Ini antara benda paling “pedih” untuk peminat anime di Malaysia — region lock.
Bayangkan dah subscribe platform legal, bayar tiap bulan… tapi bila cari anime yang diminati, tiba-tiba:
“This title is not available in your region.”
Kenapa jadi macam ni? Sebab lesen anime dijual ikut negara (region-based licensing).
Sebagai contoh, aku minat genre slice of lice. Ada anime tentang pertanian seperti Silver Spoon. Anime tentang sukan seperti Medalist (Figure Skating) atau Hajime no Ippo (boxing) hanya available untuk pengguna Japan.
Kadang bukan anime obscure pun. Anime popular pun boleh kena region lock. Jadi walaupun dah bayar — still tak dapat access penuh.
3. Kualiti Tak Konsisten
Satu lagi benda yang buat peminat anime makin kecewa — kualiti yang tak konsisten.
Kita hidup dalam zaman di mana:
- YouTube pun dah biasa 1080p
- Banyak content dah masuk 4K
- Streaming jadi standard harian
Tapi bila buka platform anime… ada yang masih 480p.. 720p..
Peminat anime bukan sekadar menonton cerita, tetapi animation details, warna & lighting, atau scene emosi yang bergantung pada visual.
Bila kualiti rendah, garisan nampak blur, detail hilang dan kadang scene cantik jadi kurang impact.
Kebanyakkan peminat anime sanggup ja bayar dan support platform legal. Tapi expectation pun dah berubah. Bukan sekadar boleh tengok — tapi best untuk ditonton. Kadang platform “tak rasmi” nampak lebih menarik (sebab lebih HD & better subtitle)
4. Update Lambat
Kadang website “tak rasmi” lagi laju update episode baru berbanding platform legal. Ini antara faktor paling “trigger” untuk peminat anime — delay update.
Zaman sekarang, anime bukan sekadar tontonan… tapi satu pengalaman komuniti:
- Orang discuss di Twitter / TikTok
- Fan buat theory
- Clip viral merata
- Anime reaction (Paling popular)
Anime sangat bergantung pada momentum. Contohnya:
- Episode penting (fight scene, plot twist)
- Ending yang mengejutkan
- Scene emosi yang viral
Kalau lambat tengok nanti kena spoiler, hype dah hilang, experience tak sama. Dia tak sama tau macam tengok Movie atau Drama.
Dan ini yang ramai orang luar tak faham. Mereka nampak anime sebagai “Ala, tengok je bila free.”
Tapi bagi peminat anime bukan sekadar tontonan — anime adalah pengalaman yang berlaku secara serentak dengan komuniti.
Kalau platform legal boleh capai ni ramai sebenarnya sanggup stay & support. Aku sanggup bayar untuk subscribe Patreon sebab nak dengar community discuss tentang anime.
So realitinya, bukan sebab peminat nak langgar undang-undang semata-mata — tapi sebab legal option tak cukup memenuhi demand.
Stereotype Anime untuk Budak (atau Anime H*ntai)
Ini memang stereotype lama. Anime sebenarnya ialah medium animasi dari Jepun, bukan genre. Genre dalam anime pula boleh jadi action, romance, horror, slice of life, sports, psychological, dan banyak lagi
Sama macam movie, anime pun bukan satu bentuk kandungan yang seragam. Contohnya:
- My Neighbor Totoro → sangat sesuai untuk semua umur
- Death Note → psychological thriller, lebih berat
- Attack on Titan → violence + political + emotional themes
Masalahnya, ramai orang hanya nampak satu sisi sahaja (contohnya h*ntai), lalu terus generalize semua anime sebagai benda yang sama. Sedangkan realitinya, anime itu sangat luas — sama macam filem atau drama.
Kalau Platform H*ntai, Memang Patut Kena Shutdown
Ini point yang ramai orang sebenarnya setuju. Kalau website tu fokus kepada content berunsur lucah atau benda tak sesuai — memang wajar diambil tindakan.
Tapi masalahnya banyak website anime biasa pun kena sekali. Of course jawapan paling tepat sebab copyright (hak cipta).
Platform macam Crunchyroll bayar lesen mahal untuk siarkan anime secara sah. Website lain yang stream tanpa izin memang technically melanggar undang-undang. Jadi bila kena shutdown — dari segi undang-undang, itu memang logik.
Cuma ramai yang mula buat perbandingan
- Website p*rn → masih bersepah di internet
- TV → ada juga content questionable (Drama yang berunsur soft lucah)
- YouTube Kids → ada isu kandungan tak sesuai
Tapi website anime cepat kena target & shutdown. Walaupun sebenarnya, setiap kategori ni berbeza dari segi undang-undang dan enforcement.
Kenapa Ramai Masih Pilih Website “Tak Rasmi”?
Jujur cakap, bukan sebab semua orang nak buat benda illegal.
Tapi sebab:
- Nak access anime yang tak ada di platform legal
- Nak tengok dengan kualiti lebih baik
- Nak tengok tanpa region restriction
- Nak follow anime yang update lebih cepat
Dalam erti kata lain website illegal ni wujud sebab ada “gap” yang platform legal belum isi.
Apa Platform Legal Perlu Improve?
Kalau nak peminat betul-betul support, platform rasmi kena membuat penambahbaikan dengan:
- Tambah anime lama & rare
- Kurangkan region lock
- Improve subtitle & quality (at least 1080p)
- Update lebih cepat
- Dengar feedback komuniti anime
Anime Bukan Sekadar Hiburan
Bagi orang luar, anime mungkin nampak macam hiburan biasa—sekadar tontonan untuk isi masa lapang. Tapi bagi peminat yang membesar dengannya, termasuk aku sendiri dari kecil, anime bukan sekadar itu.
Anime sebenarnya ada satu nilai yang susah nak diganti oleh hiburan lain. Ia bukan hanya cerita, tapi satu medium yang boleh membentuk emosi, cara fikir, dan kadang-kadang jadi motivasi hidup.
Aku sendiri banyak ambil inspirasi dari anime tanpa sedar.
Contohnya, sebelum ini aku memang bukan jenis suka bersukan. Jogging pun rasa berat, lagi-lagi bila fikir nak mula dari kosong. Tapi bila aku tengok Run with the Wind — bukan semua orang terus jadi kuat atau laju, tapi mereka mula dari keadaan yang sama macam orang biasa.
Lepas itu aku cuba ubah gaya hidup, dari langsung tak suka bersukan kepada mula buat briskwalk.
Sebab itu bila banyak website hilang, aku memang rasa kecewa juga. Semakin hari semakin susah nak nikmati hobi sendiri dengan mudah dan berkualiti.
Maaf tau meluah panjang sedikit.

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.