Sebenarnya aku dah lama terima Poskad Istana Topkapi ini beberapa minggu yang lalu. Aku sendiri mengirim emel kepada blogger NA untuk minta sekeping poskad daripada dia.
Aku bukan seorang yang penggemar poskad tetapi teringin nak menyimpan pemberian rakan blogger yang lain sebagai kenangan istimewa.
Poskad ini menampilkan keindahan Istana Topkapi, sebuah istana yang penuh sejarah di Turki. Terima kasih banyak kepada Blogger NA yang sudi berkongsi poskad ini.
Alhamdulillah. Ingatkan tak sampai macam rakan blogger dari Indonesia masih tidak dapat. Rasa macam tidak selamat pula hantar poskad sebab kemungkinan hilang itu tinggi. Padahal dahulu ok sahaja selamat sampai hantar ke UK.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sampai juga, mcm Linda punya hari tu..menunggu dengan penuh harapan agar sampai dengan selamat..
ReplyDelete