Beberapa hari yang lalu aku terima satu email. Bukan email biasa — and for the first time aku rasa dihargai dan ada orang yang memahami apa yang aku rasakan. Aku rasa terharu dan start menangis apabila baca email ini.
Bila aku baca… aku rasa macam untuk pertama kalinya ada orang yang betul-betul faham apa yang aku lalui.
Kadang-kadang kan, bila kita meluah… bukan bermaksud kita mahu solusi. Kita cuma nak orang dengar. Kerana ada ketika kita memang sudah punya satu keputusan.
Ada ketika kita cuma nak orang kata, “I understand how you feel.” "It's okay to feel that way." Itu saja dah cukup buat hati rasa ringan.
Ada masalah yang pada mata orang lain, nampak kecil.
Ada kesedihan yang pada orang lain, mungkin tak wajar dibesar-besarkan.
Tapi bila ada yang sudi dengar tanpa menghakimi… itu satu bentuk penghargaan yang sangat berharga.
Walaupun aku sudah memutuskan untuk berhenti sebagai blogger sepenuh masa, aku masih menulis. Menulis sudah jadi sebahagian daripada diri aku — sesuatu yang aku tak mampu lepaskan.
Sama ada ada orang baca atau tidak, aku cuma mahu kebebasan untuk menulis.
Terima kasih Faz, kerana sudi baca blog ini selama ini — walaupun baru kali ini aku tahu kewujudan blog Faz.
Terima kasih juga buat semua silent reader dan rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan dalam perjalanan blog aku.
Semoga dengan menulis, membantu kita rasa happy..insyaAllah...
ReplyDeleteBetul ! Kadang-kadang kita cuma nak meluah. Bukan bermakna kita mengeluh ke apa.. dan sebab tu jugalah memilih untuk menulis sebenarnya.
ReplyDeleteGud luck ye ..
Buatlah apa yang menggembirakan kita..semoga terus maju jaya.
ReplyDeleteSuka berblog sebab dapat ramai kawan yang baik...walaupun tak aktif macam dulu, mostly masih berukhwah sampai hari ini.
Dah sebati dgn jiwa kita penulisan ni
ReplyDelete