التخطي إلى المحتوى الرئيسي

U.COM Studio Pontian | Servis Laptop Cepat & Berkualiti

Assalamualaikum
Bismillah

Dalam dunia yang serba pantas ini, laptop memang dah jadi keperluan terutama untuk kerja-kerja online macam aku nie. Sama ada laptop digunakan untuk kerja, belajar, atau tengok movie marathon, bila tiba-tiba laptop buat hal pula memang panik jugalah. 

U.COM Studio Pontian | Servis Laptop Cepat & Berkualiti

Cerita dia, beberapa minggu lepas laptop aku rosak. Tengah syok layan anime, tetiba blue screen muncul, lepas tu terus restart sendiri. Bila cuba on balik, tak boleh masuk pun. 

Aku pun gigihlah cari tutorial nak tahu apa masalahnya. Rupa-rupanya hard disk atau SSD rosak. Tahu punca saja tak cukup kalau tak reti repair kan?

Bila keluar mesej "Your device ran into a problem and needs to restart. We're just collecting some error info, and then we'll restart for you," Aku tahu memang ada masalah dah dengan laptop. 

Apabila aku on pula, keluar pula mesej "Boot Device Not Found. Please install an operating system on your hard disk"

Boot device not found is a more specific error message that indicates that the computer is unable to find a bootable device to load the operating system from.

Your device ran into a problem and needs to restart.

Tanda Hard drives/SSD rosak dan ralat 'boot device not found'

Berikut adalah beberapa tanda Hard Drives/SSD yang rosak yang boleh menyebabkan Boot Device Error :

1. Terlalu Panas: Pemanasan melampau adalah salah satu tanda yang paling biasa menyebabkan hard drives yang rosak. Jika ianya terlalu panas, ia boleh menyebabkan boot device errors.

2. Bunyi Pelik: Bunyi yang tidak biasa seperti klik, bunyi berdengung, dan bunyi geseran boleh jadi tanda bahawa hard drives korang rosak. Jika korang mendengar bunyi-bunyi ini, adalah lebih baik untuk segera back up data korang.

3. Data, Fail, dan Folder Rosak: Jika korang perasan bahawa fail dan folder rosak atau hilang, mungkin ini petanda kerosakkan pada hard drives. 

4. Perlahan Secara Drastik: Jika laptop korang menjadi lebih perlahan daripada biasa, ini mungkin tanda cakera keras yang rosak. Ini kerana cakera keras mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis data.

5. Motor Spindle Tersekat: Jika motor spindle tersekat, cakera keras tidak akan dapat berpusing, dan ini boleh menyebabkan ralat peranti but (boot device errors).

6. Mesej Ralat Kerap: Jika korang sering melihat mesej ralat, ini mungkin tanda cakera keras yang rosak. Mesej ralat ini boleh termasuk “boot device not found” atau “no bootable device.”

7. Sistem Terhempas: Jika laptop korang sering terhempas (System Crashes) ini mungkin tanda cakera keras yang rosak.


Apabila korang ada masalah dengan laptop, aku rekomen korang untuk servis laptop di U.COM. 

Kenapa U COM Studio Pilihan Terbaik Untuk Servis Laptop?

1. Servis Cepat dan Efisien

Di U COM Studio, mereka faham betapa pentingnya laptop dalam hidup kita. Sebab tu, servis kat sini memang laju. Tak perlu tunggu lama, mereka akan baiki laptop korang dengan cepat tapi tetap jaga kualiti. Jadi, korang boleh kembali ke rutin harian tanpa banyak gangguan.

Aku hantar laptop hari ini, esok dah siap servis dan boleh ambil. Servis bergantung dengan kerosakan laptop korang. Tetapi sekiranya laptop ada masalah macam aku, InsyaAllah tak lama pun servisnya. 

2. Pembaikan Berkualiti Tinggi

Kalau hantar laptop untuk diservis di U COM Studio, korang boleh relaks sebab mereka memang jaga kualiti. Mereka akan pastikan laptop korang kembali dalam keadaan tip-top. Tak kira apa masalahnya— sama ada software ke, hardware ke — semuanya akan diselesaikan dengan teliti.

3. Team Pakar yang Friendly

Kat U COM Studio, semua technician memang pakar dalam bidang mereka. Dah lama mereka berkecimpung dalam dunia laptop ni, jadi tak hairanlah mereka boleh selesaikan macam-macam jenis masalah. Dan lagi best, mereka ni friendly — boleh tanya apa-apa je kalau ada yang tak faham pasal laptop. 

4. Harga yang Berbaloi

Tak nak kena ‘ketuk’ dengan harga servis yang melampau? U COM Studio faham. Sebab tu, harga servis kat sini memang berbaloi dengan kualiti yang mereka tawarkan. Lagi satu, sebelum mula kerja, mereka akan explain dulu apa yang perlu dibuat dan berapa kosnya. Jadi, tak ada la caj-caj yang tak disangka.

5. Lokasi Senang Cari di Pontian

Kalau korang tinggal di Pontian, memang senang sangat nak cari U COM Studio ni. Lokasinya strategik dan senang diakses. Bila sampai, korang akan disambut dengan senyuman dan servis mesra pelanggan. Nak tanya apa-apa pasal laptop pun, mereka sedia bantu.

Di U.COM Studio bukan servis laptop saja tau, nak beli printer, laptop mampu milik harga bawah RM1000 pun ada juga. 

Review Servis Laptop U.COM Studio Pontian

Ramai pelanggan yang dah hantar laptop mereka ke U COM Studio bagi feedback positif. Rata-rata mereka puji betapa cepatnya servis di sini dan betapa profesionalnya team U COM Studio. Memang puas hati!

Aku pun dah hantar laptop di sini, Alhamdulillah aku memang puas hati dengan layanan dari pekerjanya, servis mereka juga memang pantas. Manakala dari segi harga juga mampu milik. 

U.COM Studio Pontian | Servis Laptop Cepat & Berkualiti

Contohnya, bahagian yang rosak pada laptop aku telah diganti dengan yang baru dengan harga RM180, belum termasuk servis format RM50. Jumlah keseluruhan yang aku bayar RM230.

Lokasi kedai ini terletak di Parit Mesjid, Lorong Abadi. Dekat dengan GS Mart dan Maslee Pontian. 

Jadi, sekiranya korang ada masalah dengan laptop dan berada di sekitar Pontian, tak payah pening-pening lagi. U COM Studio adalah tempat yang paling tepat untuk servis laptop yang cepat, berkualiti, dan harga pun okay. J

Jangan biarkan laptop korang terbiar rosak—bawa terus ke U COM Studio dan mereka akan uruskan semuanya. InsyaAllah, U COM Studio Pontian - Tempat terbaik untuk servis laptop yang pantas dan berkualiti!

Maklumat Lanjut:

  • U COM Studio Pontian
  • Alamat: (BERHAMPIRAN MASLEE) BANGUNAN YPJ 556-5 JALAN PARIT MESJID, Pontian Kecil, Malaysia
  • Telefon: 011-1212 5095
  • Facebook: https://www.facebook.com/U.Com.Studio/
  • Email: usaidkp1@gmail.com


تعليقات

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...