التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Kopi Pra Campuran Al-Jannah Mahkota Dewa

Aku dulu memang penggemar tegar kopi premix macam Nescafe atau coffeemix. Setiap hari mesti ada secawan kopi panas sebagai teman setia waktu pagi. 

Tapi, lama-lama aku sedar yang aku perlu kurangkan kafein dalam diet aku, jadi aku cuba perlahan-lahan tinggalkan tabiat tu. Lagipun, sekarang ni makin banyak pilihan minuman lain yang lebih sihat di pasaran.

Setiap kali pergi shopping kat Johor ni, aku selalu perasan ada bermacam-macam jenis kopi premix yang dijual kat pasaraya. Yang paling menarik perhatian aku ialah Kopi Pra Campuran Al Jannah Mahkota Dewa. 

Al Jannah Mahkota Dewa

Produk ni memang laku keras kat sini. Walaupun aku tak pernah terfikir nak beli, tapi satu hari tu aku makan kat restoran dan teringin nak minum cappuccino. Tapi bila tanya waiter, dia kata yang ada cuma Mahkota Dewa. 

Hmmm, dalam hati terfikir, “cappuccino apa tu?” Mula-mula rasa ragu-ragu, tapi bila dah cuba, rupanya sedap juga!

kopi mahkota dewa

Yang menarik tentang Kopi Pra Campuran Al Jannah Mahkota Dewa ni, ia bukan sekadar kopi biasa. Kandungannya memang unik, dengan campuran herba-herba macam mahkota dewa, temulawak, halia, kayu manis, dan banyak lagi. Aku rasa inilah yang buatkan kopi ni ada rasa yang tersendiri.

Aku suka jugalah kopi ni cuma mungkin tak repeat beli sebab aku pun nak kurangkan minum berkafein. Dari segi kesan sampingan macam biasalah kalau minum kopi nie memang bertenaga jadi elakkan minum pada waktu malam. Nanti korang tak dapat tidur pula. 

Kandungan Kopi Mahkota Dewa

Kopi, krimer bukan tenusu, gula, ekstrak herba mahkota dewa, temulawak, halia, kayu manis, goji, ginseng, buah pala, mengkudu, lempoyang, cekur, kulit manggis


Menurut yang dikongsikan di Sinar Harian, buah mahkota dewa, atau phaleria macrocarpa, adalah tumbuhan berkhasiat dari Papua New Guinea yang terkenal dalam bidang kesihatan dan kecantikan. 

Buah ini sering digunakan untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kanser, gout, dan masalah hati. Ia juga berkesan untuk meningkatkan stamina, merawat penyakit kulit, dan mengatasi ketergantungan ubat. 

Walaupun buahnya memiliki sifat antipruritus dan antikanser, bijinya beracun dan harus dielakkan. Daun dan kulit buah ini pula kaya dengan komponen kimia seperti antihistamin, alkaloid, saponin, dan flavonoid.


Produk Buatan Malaysia 

Kopi Pra Campuran Al Jannah Mahkota Dewa ini dikilang dan dibungkus oleh Al Jannah Biotech Sdn Bhd (808739-X), sebuah syarikat yang komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi.
 
Dengan harga RM35 untuk 20 paket x 30g, kopi ini adalah pilihan yang berbaloi untuk korang yang ingin menikmati kopi dengan lebih dari sekadar rasa. Boleh la try, mana tahu kena dengan selera.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh terus lawat website mereka kat www.ajglobal2u.com atau email je ke ajglobal2u@gmail.com. Siapa tahu, mungkin lepas ni korang pun akan jadi penggemar kopi Mahkota Dewa. Selamat mencuba!

Info Lanjut

  • Alamat: Aljannah Global Marketing Sdn Bhd, No. 23, Jalan Medan Aliff Harmoni 1/1, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor
  • Telefon: 607-232 9177 / 607-237 9177
  • Email:gmail: ajglobal2u
  • Website: https://www.ajglobal2u.com/

تعليقات

  1. Wujud lagi ek kopi Mahkota Dewa ni. Lama dah kopi ni dulu dia punya sistem MLM jugak. Ada staf join. Tapi sekarang takde dah dia buat biz tu.

    ردحذف
  2. Waah saya baca ingredientsnya langsung terbayang rempah yg dipakai. Penasaran juga Ama rasanya nih 😅😁. Pantas lah buat bertenaga yaaa 😁

    ردحذف
  3. Ada kelulusan KKM tak ni? Rasanya semua produk kopi perlu ada kelulusan.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...