التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Kek Lapis Sarawak Original dari Lapis Sari Sarawak

Assalamualaikum
Bismillah

Masa aku join program ABM kat Negeri Sembilan dulu, ada seorang kawan dari Sarawak bawa kek lapis Sarawak. Itulah kali pertama aku merasa kek lapis Sarawak yang original. Serius, sampai sekarang aku masih ingat lagi rasa dia! Memang susah nak move on.

Baru-baru ni, aku tiba-tiba teringin sangat nak makan kek lapis Sarawak. Aku pernah beli kek lapis Sarawak yang viral sebelum ni, tapi rasanya tak sama macam yang aku pernah rasa dulu. Memang lain! Kalau korang pernah rasa yang original, mesti korang boleh bezakan.

Lama jugak aku pendam keinginan nak makan kek lapis Sarawak ni, sampai satu hari aku terjumpa Kek Lapis Sarawak Original dari Sarawak yang dijual kat Shopee. Serius, rasa macam dapat jackpot! Haha. 

Kek Lapis Sarawak Original dari Lapis Sari Sarawak
Lapis Sari Kuching - Kek Lapis Sarawak


Ada pelbagai pilihan perisa kek lapis yang ada tetapi aku pilih kek lapis pandan cheese, red velvet, dan chocolate chip. Memang buat aku tak sabar nak cuba!

Kalau korang pun tengah teringin nak rasa kek lapis Sarawak yang original, aku syorkan korang cuba beli kat Shopee. Tak perlu susah-susah nak terbang ke Sarawak, duduk rumah pun boleh nikmati kek lapis asli yang ni.

Kek lapis Sarawak memang terkenal dengan keunikan dan kelezatan rasanya yang berlapis-lapis. Tak hairanlah kalau rasa pertama kali menikmati kek lapis Sarawak boleh tinggalkan kesan yang mendalam. Sebab itu, bila teringin nak makan lagi, kita memang cari yang original dan asli.

Kek lapis dengan lapisan yang cantik dan perisa yang kaya, memang berbeza daripada kek-kek lapis biasa yang mungkin kita jumpa di tempat lain. Aroma dan teksturnya yang lembut dengan setiap gigitan yang penuh rasa, memang buat kita rasa puas hati.

Sekiranya korang berminat untuk membelinya, korang boleh dapatkan di shopee di link https://s.shopee.com.my/VnTOlKI2i


تعليقات

  1. Sedapnya! nampak moist je kek lapis tu

    ردحذف
  2. Saya pernah coba saat makan di restoran Dapur Serawak KL 😍😍😍. Sukaaaaa. Rasanya memang sedap, penampilan warna warni cantiik sangat ❤️❤️

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...