التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Pengalaman Beli Barangan Terpakai di Facebook

Assalamualaikum
Bismillah

Kalau korang jenis yang tak cerewet atau kurang mampu. Bolehlah mencuba beli barangan terpakai. Cuma aku nasihatkan korang kalau nak membeli tu kenalah berhati-hati dalam memilih. 

Alhamdulillah, pengalaman aku sendiri beli barang terpakai di facebook tiada masalah. Barang pun okay dan masih tahan sampai sekarang. 

Biasanya aku beli barang yang dijual oleh pelajar UMS sendiri. Ada yang habis semester jadi kebanyakkan pelajar tak dapat bawa balik barang terutama pelajar yang asal semenanjung. 

Pengalaman Beli Barangan Terpakai di Facebook


Kenapa beli barang terpakai?

1. Harga yang murah

Salah satu sebab kenapa aku suka beli barangan terpakai atau preloved adalah sebab harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal barang. Misalnya harga meja belajar yang aku beli daripada housemate RM25 sahaja termasuk kerusi. Malah, barangan terpakai yang aku beli sampai sekarang masih okay dan tak rosak. 

Aku juga pernah beli 2 buah heater dengan harga RM30 sahaja. Dan seterika RM15 sahaja. Dulu tinggal luar hostel memang sangat memerlukan barang-barang macam nie. Kalau nak beli baru memang tak mampu. Lagipun nak guna tak lama pun, kalau barang masih bagus boleh jual balik dengan student yang memerlukan. Nak jimat kenalah jadi bijak sikit. Hehe~

2. Barang tu urgent nak diguna tetapi duit tak cukup

Sebab yang kedua adalah barang yang aku nak tu urgent sangat nak digunakan tetapi duit tak cukup. Misalnya barang yang urgent sangat seperti tilam, bantal, dan peralatan dapur untuk memasak. 

Barang-barang seperti ini sangat penting bagi pelajar yang menyewa luar hostel. Apatah lagi pelajar yang tinggal jauh. Takkan nak bawa tilam dan bantal dari kampung pula kan? 


Baca Sini : 5 Tips Memilih Bilik/Rumah Sewa Untuk Pelajar Universiti

Untuk pengetahuan korang barang yang aku beli kebanyakkan barangan terpakai seperti drawer, kipas, dan printer. Bukan tak boleh beli baru, cuma aku rasa tak salah pun nak berjimat cermat. Barangan preloved ini pun apa kurangnya. Cuma kena pandai pilih lah. 


Cara memilih barang/pakaian preloved

1. Jenis Kain/Barangan

Pertama sekali kenalah tengok jenis barang yang kita nak tu macam mana. Kalau pakaian kita nak pakaian apa? Baju kurung ke, blouse, t-shirt ke. Jenis kain pula apa? Satin ke atau cotton ke. Penting tau. 

Manakala kalau barangan yang bukan pakaian kita nak jenis macam mana? Misalnya pengalaman aku beli kipas. Aku nak kipas meja pensonic. Bukan kipas dinding ataupun kipas stand yang memanjang tu. Begitu juga dengan drawer, nak jenis berapa tingkat? Jangan main hentam je. Nak beli barang besar tetapi nanti sampai rumah tak tahu nak letak mana sebab takda tempat yang sesuai. 

2. Saiz

Saiz sangatlah penting terutama sekali apabila beli pakaian preloved. Kadang nampak kat gambar macam muat je tapi bila pakai tak muat pula. Jadi kena tanya penjual lah apa saiz pakaian tersebut. Kalau rasa macam tak pasti saiz sendiri apa aku nasihatkan jangan beli. Sebab beli barangan preloved ini bukan macam kat kedai ada fitting room. Kalau tak yakin beli je baru tak payah susah-susah fikir. 

3. Kualiti

Dah namapun barangan terpakai sudah semestinya kualiti barangan tidak setanding yang baru. Tetapi ada beberapa istilah yang sangat penting untuk menentukan kualiti barang preloved yang biasa peniaga labelkan iaitu :
  • A. Excellent Condition : Barang berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecacatan.
  • B. Like New : Barang masih dalam keadaan bagus namun sudah digunakan.
  • C. Very Good Condition : Visual barang nampak seperti sudah digunakan tetapi dalam keadaan baik.
  • D. Need Spa : Barang itu perlu dibaiki.

Walaupun barangan terpakai sangat penting juga pembeli untuk tahu kualiti barangan macam mana. Ada orang tak suka barangan yang dah dipakai berkali-kali walaupun barang itu nampak baru. 

Kalau beli barangan perabot pula atau barangan elektrik pastikan korang tanya berapa tempoh barang tersebut digunakan? Misalnya tilam yang dah digunakan selama 3 tahun takkan korang nak beli kan?

Pengalaman Beli Barangan Terpakai di Facebook

4. Harga

Tidak dinafikan barangan terpakai mempunyai harga yang murah. Walaupun begitu, harga mestilah berbaloi dengan jenis barang. Contohnya seterika harga pasaran RM25 - 30 tetapi barangan terpakai hanya RM15 sahaja. Kiranya berbaloilah. 

Kalau korang nak beli peti sejuk misalnya. Harga yang ditawarkan oleh peniaga hanya beza RM2-3 sahaja daripada harga pasaran. Lebih baik beli peti sejuk baru kan? Siap ada waranty lagi. Jadilah pengguna dan pembeli yang bijaksana okay.

5. Gambar

Kita sebagai pembeli ada hak juga untuk minta gambar sebiji dengan barang yang hendak dibeli itu. Gambar yang dimaksudkan bukan gambar yang edit tau. Gambar sebenar tanpa edit. Terkena penjual yang jujur dan baik alhamdulillah syukur. Kalau terkena penjual yang suka ambil kesempatan dan hanya inginkan duit semata-mata, minta dijauhkan. 

6. Perjanjian

Part ini yang penting sekali guys. Bagi yang berminat beli barangan preloved sangat penting korang tahu bagaimana cara pembayaran. Adakah pembelian dibayar secara online? ataupun cash money? Ada penjual yang mahu transfer duit dahulu barulah mereka akan hantar barang tersebut.  

Bagaimana barang tersebut kita terima? Adakah barang yang dibeli itu di hantar melalui pos? self-collect? ataupun COD? Dah tahu semuanya barulah tetapkan masa dan tempat untuk ambil barang. Lebih baik kalau barangan tersebut dihantar sendiri oleh penjual dan kita bayar secara tunai. 

Ini adalah sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan kepada korang. Ada orang suka barang baru ada yang suka preloved. Itu semua hak masing-masing. Kalau rasa nak lebih terjamin dan kualiti yang lebih baik, beli saja yang baru. 

Semoga entri ini memberi manfaat.

Korang pernah beli barangan terpakai? Apa pendapat korang tentang barangan terpakai? 

Peringatan Mesra: Artikel yang korang sedang baca ini adalah *republish* daripada artikel asal yang pernah diterbitkan di 12/18/19 9:33 PM. Artikel ini masih relevan dan bermanfaat, jadi aku kongsikan semula untuk korang semua!

تعليقات

  1. terpakai tapi kalau worth buying why not?

    ردحذف
  2. waalaikumussalam. saya suka beli pakaian dengan beg. hehe

    ردحذف
  3. Selalu beli dekat bundle lah.. Pakaian.. Okay je.. Balik basuh bersih, dah boleh pakai.. Jimat duit dan membantu perbelanjaan sebenarnya..
    alatan elektrik @ perabut tak ada lagi..

    ردحذف
    الردود
    1. Baju adik2 byak beli d'bundle sbb ramai sgat adik x mampu nak beli baru.. Peralatan elektrik pun kena pandai pilih juga..

      حذف
  4. kdg² suka juga beli barang terpakai..

    ردحذف
  5. barang preloved saya pernah beli adalah buku sahaja..hehe..sebab suka buku kan?Kadang2 komik yg lama2 tu,saya cari juga.

    ردحذف
  6. pernah je, dan syu mmg suka beli barang preloved. Murah dan semestinya berkualiti.

    ردحذف
  7. Pernah. Selalu saya beli barang2 preloved dekat aplikasi Carousell. Saya prefer barang2 preloved sebab selain harga murah, nak support usaha kitar semula barang2 yang masih elok lagi. Baju yang masih elok pun saya akan preloved kan jugak dekat Carousell. Ramai je orang beli.

    ردحذف
  8. dulu abe kie selalu je jual brg terpakai di mudah.my. ada gak terjual. tp skrg susah la nak laku...

    ردحذف
  9. Seriiiiing kak 😄😄😄. Paling sering saya beli winter coat. Krn saya sering traveling saat winter kan. Dan wintercoat di negara macam Indonesia itu mahaaaaal. Secara negara kita tak ada winter.

    Tp kalo beli di negara2 4 musim, harga winter coat memang murah. Tp tak akan kita beli disana .

    Makanya saya selalu cari second coat. Kebetulan ada langganan yg menjual wintercoat branded tp dengan harga sangaaat murah dan kondisi 95% baru. Saya sukaa sangat. Mostly coats yg saya pakai saat traveling itu semua second 😄

    ردحذف
  10. dulu hnting preloved tudng AJ..sekarng banyak dha letgo...dna selalu nya, kita bagi je..

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...