التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa?

Assalamualaikum
Bismillah

Hai, hari kita tulis topik yang hangat sikit. Agak lama juga aku fikir nak buat tajuk ni ka atau tidak? Ada orang dia tak suka berkongsi tentang income sebab terlalu privacy. 

Nak tunjuk nanti katanya kita riak pula, tak tunjuk pula katanya kita tak nak kongsi tips. Nak simpan rahsia sendiri-sendiri saja. So, semuanya terpulang kepada individu. Bagi aku tak kisah income dia banyak mana. 

Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa?

Yang penting apa yang aku boleh belajar dari seseorang yang dah berjaya. Apa yang dia buat sampai income dia begitu banyak? Apa yang perlu diperbaiki lagi dalam blog? Inilah yang aku cuba aplikasikan sendiri dalam blog. 

Bukan senang nak senang sebenarnya. 

Apabila sebut saja blogger sepenuh masa ini kan, pasti ada terdetik dalam fikiran "agaknya berapalah income dia dalam sebulan". So di sini, aku kongsikan dengan korang berapa income blogger sepenuh masa. Dalam erti kata lain, berapa income aku sebenarnya?



Aku berkongsi supaya korang boleh nampak sebenarnya nak buat duit dari blog ini tidaklah mudah seperti yang orang lain kata. Tetapi tidak juga mustahil untuk jana income melalui blog. Cuma kena tahu cara. 

Dan kunci paling penting sekali ialah RAJIN DAN KONSISTEN. 




Jangan kata blogger sajalah, aku percaya siapa yang pernah jana income dengan Shaklee, buat duit dengan shopee affiliates ka atau apa sahaja bisnes korang sekarang ini yang pendapatan sampai ribu-ribu tu korang buat hari ini, bulan depan terus dapat ribu-ribu ka? 

Tidak kan? Mesti selepas bertahun baru korang kongsi kan semua orang mampu jana income dengan youtube, Mary Kay, Shaklee dan sebagainya. Orang kata kalau sembang saja siapapun boleh sembang. 

Jadi, begitu juga aku yang bekerja sebagai blogger sepenuh masa. 3 tahun pengalaman tanpa ilmu. 2 tahun cuba gunakan pengalaman yang ada dan tambah ilmu blogging dengan join group #biters terus apply sendiri di blog. Barulah boleh nampak hasilnya dari segi peningkatan pageview, earning adsense, ataupun servis menulis. 

Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa?

Apa yang aku buat dengan blog sehingga boleh jana income?

Jadual di bawah merupakan analisis blog aku pada tahun 2020 dari segi pageviews, jumlah artikel, pendapatan melalui adsense dan juga job menulis yang lain. Korang boleh nilai sendirilah banyak atau tidak sebenarnya income blogger ni. 

Data ini hanya meliputi data dari blog aku saja ya. Bukan mewakili semua blogger sepenuh masa. Setiap blogger aku percaya ada sumber income mereka sendiri dari mana.


Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa?

Daripada jadual tu korang boleh nampaklah bahawa sumber income aku datangnya dari Google Adsense dan servis menulis blog seperti review dan upah menulis di blog klien. Selain itu job menulis juga termasuk design blog, blog konsultan, dan servis yang lain mengikut kehendak klien. 

Aku juga ada buat affiliates seperti :
Pendapatan melalui affiliates tak banyak sebab tahun lalu aku tak faham lagi dengan konsep affiliates ni. Tetapi lepas join shopee affiliates barulah aku faham macam mana nak promote affiliates. Slow bah aku ni. InsyaAllah kalau takda halangan tahun ni nak fokus jana pendapatan melalui affiliates pula. 

Apa Kaitan Jumlah Artikel Dalam Blog Dengan Pageview Google Analytics?

Kalau korang tengok dalam jadual di atas, apa yang aku boleh lihat bahawa jumlah posting mempengaruhi jumlah pageview dalam google analytics. 

Perasan tak apabila aku post lebih dari 10 artikel sebulan secara konsisten, pageview dalam google analytics juga meningkat. Aku dah terangkan dalam entri sebelum ni. Ada masa korang boleh baca Blog Sii Nurul Capai 2 Juta Pageviews Dalam Masa 6 Bulan

Apabila menulis dengan konsisten, pendapatan dalam Google Adsense juga semakin meningkat. Tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya aku dah boleh maintain 100USD sebulan. Ada banyak faktor lain lagi yang mempengaruhi pageview dan juga pendapatan. 

Macam Mana Nak Dapatkan Job Menulis?

1. Pageview Blog 

Kunci untuk dapat job menulis terletak pada pageviews juga. Apabila mempunyai pageviews yang tinggi sudah tentu ramai pembaca kan. Jadi produk atau servis mereka lebih kerap dilihat oleh pembaca. 

Apatah lagi kalau kita boleh buat artikel yang dah berjaya masuk ke halaman pertama google, ia akan terus menyumbangkan trafik kepada produk ataupun servis mereka. 

Google Search Console dah ada 'search console insight'. So bolehlah tengok keywords apa yang banyak orang cari dalam blog dan korang boleh tahu kedudukan entri tu di mana dalam carian google.




Oleh sebab itulah bagi aku, pageview sangat penting terutama kepada blogger sepenuh masa kerana sumber income itu semuanya daripada blog. 

Apabila pageview tinggi samada brand / klien yang cari korang untuk bagi job ataupun korang yang kena email mana-mana brand / klien untuk cari job. Ala macam kita hantar resume kerja tu. 

Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa?

2. Domain Blog 

Selain itu, faktor domain juga. Kebanyakkan klien lebih prefer upah blogger yang berdomain berbanding menggunakan blogspot. Kalau korang nak tahu, sebelum beli domain, trafik blog aku boleh dikatakan tinggi waktu tu. 

Tetapi aku selalu tak dapat job sebab klien tak nak blog yang menggunakan blogspot atau tidak berdomain. Ada pun dorang tak bagi job berbayar. Ini adalah pengalaman akulah. Tak pasti pula pengalaman blogger lain. 




Kenapa penting memiliki domain?
  • Menunjukkan Personal Branding (Portfolio)
  • Domain Penting Untuk Meningkatkan Kepercayaan

3. Konten SEO Untuk Artikel Review

Kalau boleh korang cubalah buat konten SEO terutama sekali artikel yang berkaitan dengan review. Tak kisahlah review berbayar atau tak. Ini apa yang aku selalu buatlah. 

Kenapa kena fokus SEO pula untuk artikel review? Supaya produk atau servis yang kita review tersebut mudah berada dalam carian Google. 

Berapakah Income Blogger Sepenuh Masa?
Apabila produk tersebut berada di halaman 1 - 3 google, jadi pageview kita juga secara automatik akan naik. Jadi hasil seperti inilah yang kita jadikan sebagai portfolio untuk tarik minat brand / klien kita untuk upah kita menulis di blog. 


So secara kesimpulan, berapa income blogger sepernuh masa? Jawapannya TIDAK TETAP. Kalau rajin, dapatlah banyak income, kalau tak memang kurang jugalah. Ada banyak cara lagi nak jana income dengan blog. Aku cuma kongsikan cara aku sahaja. 

Ada juga yang berpendapat kalau dah lulus adsense, dah boleh goyang kaki dan tunggu duit masuk. Tetapi sebenarnya bukan macam tu. Nak dapat 1USD pun payah. Aku pun sampai sekarang masih struggle lagi nak maintain income dari adsense. 

Cara aku untuk sentiasa ada income dalam blog aku memang fokus Google Adsense dan Servis Menulis sahaja. At least target aku sebulan sekurang-kurangnya dapat 1 job menulis pun dah bersyukur. Kalau dapat lebih, Alhamdulillah rezeki. 




Apapun REZEKI ALLAH dah tentukan. Kita cuba usaha sahaja dan berdoa. Selebihnya kita serahkan sepenuhnya kepada Allah. Jaga niat kita berblog. Sampaikan perkara yang baik, sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman. InsyaAllah rezeki tu sentiasa ada. 

Lagi satu, banyakkan bersedekah. InsyaAllah sentiasa dimurahkan rezeki. Setiap kali korang sedekah niat baik-baik. Allah akan berikan rezeki lebih kepada kita apabila kita sering bersedekah, kerana dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain. 

Kalau kita jarang bersedekah, rezeki itu Allah bagi dengan kita cukup untuk kita sahaja. Percayalah the power of sedekah!





تعليقات

  1. Part tukar domain tu akak sokong. Kalau nak buat duit dekat Intellifluence contohnya, memang diorang nak kita ada domain sendiri & bukan domain tumpang.

    ردحذف
  2. Tahniahh kak
    Jemputlah singgah komen blog rabia

    ردحذف
  3. alhamdulillah. tahnia nurul, semoga terus sukses dalam blogging :)

    ردحذف
  4. Alhamdulillah tahniah nurul, semoga terus sukses dalam dunia blogging ya :)
    Saya pun nak ikut jejak langkah nurul jugak, in shaa Allah. Tapi saya masih jauhhhh lagi perjalanannya kalau nak dibandingkan dengan blog nurul :)

    ردحذف
  5. Alhamdulillah
    Dapat jana pendapatan lumayan dengan berblog sepenuh masa

    ردحذف
  6. TQ Nurul .. tips ni sangat berguna untuk blogger picisan mcm akak ni :D
    insyalalh Kalau ada rezeki, ada la income dari adsence..
    walau akak just part time blogger je, tp cuba la naikkan PV dlm tetiap bulan.
    Tapi kadang pening gak nak cari idea utk entry hhaha...

    ردحذف
  7. Ilmu yg bermanfaat dalam entri ni nurul!
    Thanks nurul! sbb sudi sharing :)

    ردحذف
  8. Alhamdulillah... Tahniah... Semoga terus sukses

    ردحذف
  9. tahniah
    sukses Nurul
    kena banyak belajar ni cik nur serba tak tahu , dan kena pandai ejas masa juga kan

    ردحذف
  10. Terima kasih atas perkongsian ni, Atiqah. Kalau nak dapat lebih, kenalah usaha lebih. Tapi semuanya bergantung pada rezeki kan.

    ردحذف
  11. tinggi jugak PV untuk review tu. Tak pernah lagi cecah setinggi tu haha thanks share tips ni nurul :)

    ردحذف
  12. Alhamdulillah <3 bermanfaat sangat ilmu ni ^^ semoga terus dimurahkan rezeki selalu kak Nurul :))

    ردحذف
  13. Akak doakan semoga NUrul terus success dalam dunia blogging...terima kasih diatas perkongsian..

    ردحذف
  14. Thanks for info... x try lg affliates.. tak rajin menelaah.. sekarang fokus kat blog dulu...tapi memang betul..kalau rajin, dapatlah lebih..huhu..

    ردحذف
  15. semoga timm pun boleh berjaya mcm sis nurul, baru sekrang ni jadi full time blogger, so betul2 nak lenjan dan terus belajar..google adsense pun baru nampak bergerak sikit lepas rajin menulis dan blogwalking blog blogger lain..

    ردحذف
  16. ALHAMDULILLAH, Tahniah Nurul! Semoga terus sukses

    ردحذف
  17. Alhamdulillah Ika....teruskan usaha baik ini dan jgn berenti buat baik...

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...