Macam Mana Nak Jadi Blogger Sepenuh Masa

Assalamualaikum
Bismillah

Hai semua, hari ini aku nak kongsi sedikit berkenaan kerjaya sebagai blogger sepenuh masa ini. Ada beberapa pembaca yang bertanya apakah persediaan aku sebelum aku decide mahu jadi blogger sepenuh masa. 

Jadi aku cerita sedikitlah ya. Mungkin ada yang merancang mahu jadi blogger sepenuh masa tapi tak tahu mahu mula dari mana. 


1. PERANCANGAN

Sebelum korang decide untuk menjadi blogger sepenuh masa pertama sekali yang paling penting adalah apakah perancangan korang berkenaan blog?

Dan paling penting sekali macam mana mahu jana pendapatan dari blog? Sebab apabila korang dah tetapkan untuk menjadi blogger sepenuh masa, ini bermaksud blog korang bukan lagi menulis yang sekadar untuk suka-suka tetapi haruslah mempunyai hasil (income) dari blog. 

Ada banyak cara untuk jana pendapatan melalui blog antaranya ialah ghostwriter, affiliate, google adsense, penulisan artikel review dan lain-lain. Contohnya macam aku sendiri, sebelum decide mahu jadi fulltime blogger aku memang plan mahu jana pendapatan melalui Google Adsense. 

Aku memang dah lama lulus Google Adsense sebelum jadi blogger sepenuh masa, boleh baca artikel di bawah. Cuma masa tu memang tak fokus lagi berkenaan earning. Kalau ada, syukur. Kalau tak pun biar ja macam tu. 


Aku memulakan kerjaya sebagai blogger sepenuh masa pada bulan September 2019. Dan masa ini income Google Adsense aku sekitar 60USD. Setiap bulan aku dapat 10USD sahaja sebelum aku jadi fulltime blogger. 

Jana Income Google Adsense Setiap bulan

Alhamdulillah, selepas aku memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa dan fokus naikkan trafik blog. Income blog aku meningkat mendadak 40USD sebulan dan aku berjaya cashout Google Adsense pertama kali pada Bulan Oktober 2019. 

Bayangkan aku ambil masa 2 tahun untuk dapat 100USD pertama. Dan 9 bulan untuk dapat income setiap bulan melalui adsense. 


2. PERSEDIAAN

Aku sedia maklum memilih untuk menjadi blogger sepenuh masa perlu banyak berkorban masa. Persediaan aku pada ketika ini memang ZERO. Duit pun tiada. Yang aku ada hanya pengalaman berblog yang sedikit sahaja. 

Mujurlah aku tinggal dengan parents. Jadi makan minum semuanya ditanggung. Tiada bayar apa-apa pun dari segi sewa dan sebagainya. Malah nak bayar bil internet pun guna duit parents guys huhu~ Kalau aku stay sendiri mungkin aku berfikir berkali-kali juga nak memilih kerjaya ini. 

Jadi apa yang aku nak sampaikan kat korang, sebelum memilih untuk jadi blogger sepenuh masa apakah korang seorang : 
  • Penganggur / tidak bekerja
  • Suri rumah
  • Student / Part-time bekerja
  • Bekerja kerajaan / swasta
  • Berniaga / kerja sendiri

Sekiranya korang tidak bekerja mungkin senanglah nak mula. Tetapi kalau korang dah ada kerjaya adakah berbaloi korang berhenti kerja untuk memilih kerjaya sebagai blogger?

Selain itu, MACAM MANA DENGAN MASA KORANG?

Adakah korang masih bujangan? atau dah berkahwin? Ada tanggungan tak? Ada anak tak? Semuanya perlu diambil kira guys! Sebab untuk dapatkan income berblog ini KENA BANYAK KORBAN MASA. 


3. MELABUR UNTUK ILMU BLOGGING

Perkara pertama yang aku fikirkan selepas menjadi blogger sepenuh masa ialah MELABUR UNTUK ILMU sebanyak yang mungkin. Tiada yang percuma di dunia ini. Nak belajar sesuatu pun KENA BANYAK KORBAN DUIT & MASA. 

Walaupun ada banyak tips boleh didapati di google tetapi masih tidak cukup tanpa GROUP SUPPORT YANG KUKUH. Apabila ada group support ini kita dapat belajar banyak benda daripada rakan-rakan blogger yang lain. Boleh bertukar pandangan dan ilmu. 

Sejujurnya susah nak belajar sendiri. Aku belajar design blog saja pun ambil masa 2 tahun. Aku cadangkan korang join BITE MEDIA CONSULTANT untuk tambah ilmu berkenaan blog. InsyaAllah guys, tidak rugi pun join. 


 Siti Awadah (pengasas Bite Media Conusltant) 



4. MATLAMAT BERBLOG & MINAT

Nak jadi blogger ini kena pastikan yang korang ada minat menulis. Tidak kiralah kerja sebagai apapun kalau takda minat benda yang kita buat pun jadi tak seronok. Apatah lagi yang berani ambil risiko untuk bekerja sendiri ini. 

Sebenarnya ada ramai juga blogger yang menulis bukan kerana minat. Tetapi mereka mempunyai matlamat yang jelas menulis blog kerana apa. Blogging without passion is for people passionate about making money. If you are passionate about blogging then you will surely earn. 

5. FUTURE PLANNING

Dah dapat income yang stabil kena buat future planning tau. Korang kena banyak backup plan dan jangan fokus satu sumber income sahaja. Selain bergantung kepada Google Adsense, dalam masa yang sama aku juga menyediakan servis :
  • Penulisan artikel review
  • Penulisan artikel untuk blog
  • Blog Konsultan
  • Design Blog 
Dan kadang-kala aku buat kerja luar dari bidang blogger itu sendiri. Bukan itu sahaja aku juga ada buat blog yang kedua iaitu Blog Inspirasi Kami yang terdiri daripada beberapa orang penulis. Alhamdulillah, blog kedua aku pun dah lulus adsense juga.




Hasil berblog melalui penulisan artikel review dan blog, design dan blog konsultan pada tahun lalu dan tahun ini. 



Hasil berblog daripada penulisan artikel blog & review, design blog dan beberapa job dari Bite Media Consultant


Hasil berblog untuk BLOG INSPIRASI KAMI


Bukan itu sahaja, hasil berblog ini jugalah aku mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual minyak wangi, baju budak dan dewasa secara offline. Bukan mudah sebenarnya, tetapi Alhamdulillah semuanya dengan izin-Nya aku masih bertahan sehingga sekarang. 

Apa yang aku nak sampaikan kat korang ialah kerjaya blogger sepenuh masa ini bukan mudah. Semua benda kena buat sendiri. Kalau tak pandai urus masa dengan baik mungkin korang akan jadi tekanan. Ibarat kita berbisnes juga sebenarnya, kalau rajin adalah hasilnya. Kalau malas mungkin hasil pun takda.

Selain itu, NIAT itu yang paling penting. Kita berblog kerana apa? Jadikan penulisan kita sesuatu yang bermanfaat buat pembaca. InsyaAllah, kita mudahkan urusan orang lain Allah akan limpahkan rezeki dari yang kita tak sangka-sangka. 

Masih berminat nak jadi blogger sepenuh masa? Nak servis blog konsultan? Boleh email kat nurulatikayunus23@gmail.com