Jadual Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa

Assalamualaikum
Bismillah

Dah lama aku nak kongsikan Jadual Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa. Ada beberapa pembaca yang tertanya-tanya macam mana pengurusan masa aku sebagai blogger tambahan pula dengan adanya blog kedua aku lagi iaitu www.inspirasikami.com 

Lain lagi kalau dapat job menulis, urus task biters, kerja-kerja design blog, urus team untuk blog kedua dan Alhamdulillah baru-baru ini dapat kerja sebagai content writer untuk salah satu company media. Penat tu memang penat sangat guys. Tetapi itulah namanya kerja kan. 

Jadual Rutin Harian Blogger

Sebelum ini aku pernah kongsikan tentang Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa iaitu apa rutin yang aku buat setiap kali berblog. Tetapi kali ini pula aku kongsikan jadual harian aku di rumah sebagai blogger sepenuh masa dan bagaimana aku mengurus masa dengan blogging dengan kerja-kerja lain di rumah. 

Jadual Rutin Harian
Secara kasarnya jadual yang aku buat ini tidaklah sepenuhnya aku ikut masa macam tu. Cuma memang begitulah jadual harian aku. 

Aku banyak habiskan masa untuk buat kerja-kerja rumah seperti memasak, urus adik-adik, solat dan berblog sahaja.

Aku merupakan kakak paling sulung dalam keluarga (8 orang adik-beradik). Kedua ibu bapa aku bekerja, jadi kerja-kerja di rumah aku yang buat. 

Kalau waktu PKP (adik belum bersekolah) jadual aku tak berapa padat sangat. Aku bersyukur sangat sebab adik-adik aku selalu bantu aku dengan kerja-kerja di dapur. Ada ringan sikitlah kerja tu.

Kerja rumah yang lain seperti cuci pakaian, sidai kain, lipat kain ke aku memang jarang buat. Biasanya adik-adik aku yang lain yang buat dengan mumy. 

Memandangkan aku tidak boleh buat banyak kerja sangat sebab masalah kesihatan aku cuma bantu mumy aku memasak dan mengemas dapur saja. 

Kalau korang nampak aku berblog pada awal pagi dalam 2 jam begitu. Masa inilah aku siapkan kerja blog seperti review artikel, design blog, mengurus task Biters sekiranya ada. 

Sebelum adik aku start sekolah aku ada masa lebih sikit dalam 3 jam gitu. Sekarang kena kurangkan masa, jadi kena lagi produktif lah bekerja. 

Baca Sini : Macam Mana Nak Jadi Blogger Sepenuh Masa

Dalam jam 9 pagi tu aku memang dah sibuk mengurus adik bongsu dan sedia makan tengah hari. Jangan hairan tau aku masak awal, biasanya sebelum zohor gitu memang dah siap masak. 

Tetapi bulan ini ada perubahan sedikit sebab aku dah jadi content writer, so kena buat artikel dan publish on time. Jam 11 dan Jam 2 memang masa untuk kerja sebagai content writer pula. 

Apabila dah penat dengan kerja rumah, blogging dan content writer, aku mesti akan tonton anime. Sehari tak tengok boleh tekanan haha. Ini adalah salah satu cara aku self-reward lah. Layan 1 - 2 episode tu okaylah. 

Biasanya sebelum maghrib aku dah siap masak untuk makan malam. Dan aku jarang makan malam. Boleh dikatakan aku tidak makan malam sangat. 

Sebelah malam pula barulah aku fokus dengan blog aku ini dan blog kedua. Kadang aku buat draft artikel. blogwalking atau taking notes untuk idea menulis. Walaupun aku tak post artikel di blog, sebenarnya aku memang on blog juga. 

Ada juga yang tanya macam mana aku boleh buat kerja banyak dengan masa yang begitu padat? 

Salah satu caranya ialah jaga waktu solat. Apabila kita dahulukan ALLAH, InsyaAllah pasti ALLAH akan permudahkan urusan kita seharian. 

Kalau sebelum ini tak jaga waktu solat ataupun solat tetapi dah nak hujung waktu tu kena usaha perbaiki waktu solat. 

InsyaAllah terasa keberkatan dalam masa tu. Kadang-kala Allah bagi lebih masa lagi. 

Bukan itu sahaja, aku dapat rasa juga semua urusan jadi mudah, nak tulis artikel pun kadang tak sampai sejam dah siap.

Malah rezeki sentiasa cukup dan bertambah. Alhamdulillah memang bersyukur sangat-sangat. 

Gambar di bawah pula adalah contoh jadual khas untuk job menulis artikel, task biters, design blog dan upah tulis artikel untuk blog Inspirasi Kami. 

Jadual Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa
Antara tujuan aku buat jadual khas ini supaya aku boleh merancang dengan lebih baik. 

Selain itu juga aku dapat siapkan task menulis pada waktu yang telah ditetapkan. Jadi tidaklah terkejar-kejar masa ataupun buat last minit ka. 

Jadual khas ini juga membantu aku untuk tahu kerja yang mana aku patut selesaikan dahulu. Kadang-kala kita jadi susah nak atur masa kerana kita sendiri tidak tahu priorites kita. 

Disebabkan itulah aku selesa untuk jadi blogger sepenuh masa. Aku rasa semuanya dah cukup. Aku dapat spent time dengan family, ada kerja walaupun pendapatan tidak tetap, dan aku dapat perbaiki diri dengan amal dan ibadah. 

Alhamdulillah, nikmat yang paling berharga sekali buat aku setelah menjadi blogger. 

Setiap orang mempunyai priorities yang berbeza. Aku tak kata korang kena buat jadual macam aku kalau nak jadi blogger sepenuh masa lah. 

Nak tengok contoh tu boleh saja. Cuma masa tu sendirilah yang atur kan.

Aku hanya berkongsi pengalaman sahaja. Itu sahaja, semoga membantu korang yang mungkin ada masalah dalam pengurusan masa dalam berblog. 


21 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. tengok jadual sis lagi berselirat ehehe

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian. Sangat menginspirasikan.

    BalasPadam
  3. terbaiklah pengurusan masa nurul... jeles pulak tengok.. akak yg kt opis ni kadang² rasa x cukup masa 8 jam bekerja

    BalasPadam
  4. terbaik Nurul. K.fiezz selalu berangan nak susun jadual macam ni tapi selalu ke laut. Ikut suka hati je. Sebab job untuk blog pun tak banyak sangat. Jadi boleh selit-selit je ikut masa yang lapang untuk siapkan task.

    BalasPadam
  5. bila ada jadual, lebih terurus dan rasa tak terbeban kan

    BalasPadam
  6. Bagus tu ada timetable. Boleh manage time dengan lagiiii baikkk.

    BalasPadam
  7. bagus nurul..napak teratur..kalau akak, tunggang langgang jadual..hahahaha..

    BalasPadam
  8. Bagusnya ada jadual lengkap macam ni, lagi mudah kan

    BalasPadam
  9. Ini jadual kakak blogger, tersusun...kalau jadual mak blogger mcm akak dah cantik tersusun tapi perlaksanaan semua kelaut....

    BalasPadam
  10. Wahh terbaik lah kak Nurul 😍 jadual pun kemas tersusun . Saya pun rasa nak buat jadual juga ☺️

    BalasPadam
  11. Fuhhh, memang terbaik la. Saya nak update blog sekali sekala pun susah nak buat...

    BalasPadam
  12. tahniah! pengurusan masa yg bijak n sistematik.

    BalasPadam
  13. terbaik..ada jadual, work smart dont work hard.

    BalasPadam
  14. Bagusnya ada jadual, Tahniah nurul!

    BalasPadam
  15. SUKA tengok jadual ni,,nak follow tak dapat lagi.tp cukup menginspirasikan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama