Assalamualaikum
Bismillah
Pertama sekali kalau korang nak bayar pinjaman PTPTN melalui e-Wallet tak kisah lah Touch n Go ke ataupun Boost. Korang kena dapatkan Nombor Akaun PTPTN dahulu.
Cara Dapatkan Nombor Akaun Pinjaman PTPTN
1. Login PTPTN i-Online
2. Pilih PENYATA BAKI.
3. Klik SEMAK NO PINJAMAN (Rujuk gambar)
Dah dapat kan nnombor pinjaman PTPTN. Langkah seterusnya ialah korang login lah e-Wallet Touch n Go. Kalau nak bayar menggunakan Boost pun boleh juga. Sebab caranya sama sahaja yang penting no pinjaman ptptn korang dah tahu.
4. Sila pilih PAY BILLS untuk bayar PTPTN. (Rujuk gambar dibawah)
5. Klik PTPTN Ujrah. Aku kurang pasti PTPTN Konvensional nie macam mana. Tapi kalau aku biasanya pilih Ujrah ja.
6. Masukkan NO AKAUN (No pinjaman korang) dan AMAUN yang korang nak bayar. Aku bayar RM40 ja.
Baca Sini : Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online
7. Pembayaran telah berjaya. Dan baki e-Wallet korang telah ditolak.
Mudah sahaja bukan? Pembayaran akan ambil masa 5 - 7 hari bekerja juga barulah akan ditolak. Bukti pembayaran telah ditolak. (Rujuk gambar)
Pembayaran telah dikemaskini pada 10 Jun 2020.
Antara semua cara yang aku pernah kongsikan. Cara manakah yang paling mudah bayar balik pinjaman PTPTN? Bagi aku paling senang sekali bayar menggunakan JOMPAY.
Yang tak bestnya bayar menggunakan e-Wallet ni kan, korang nak bayar RM40 tetapi ada caj tambahan RM1 akan ditolak daripada pembayaran. Jadi, jumlah yang korang bayar tu sebenarnya RM39 je.
Walaupun kerajaan dah bagi kelonggaran untuk para peminjam sepanjang PKP nie tak perlu bayar, tapi aku nampak hutang tetap berjalan. So aku bayar je lah dengan gaji berblog. At least berkuranglah juga tunggakan tu.
Assalamualaikum.. terus sebarkan ilmu yang bermanfaat kpd semua.
ردحذفWalaikumsalam.. InsyaAllah..aamin...
حذفooo biasa saya bayar guna jompay... senang sikit.. bil api air pun pakai jompay
ردحذفYeaa.. Kalau guna jompay senang..
حذفLagi senang bayar ptptn macam ni. Thanks nurul sharing
ردحذفYour welcomee ^^ semoga bermanfaat
حذفWow tak tau pun boleh guna e-Wallet untuk bayar PTPTN..senang nampaknya
ردحذفyeaa senang ja.. cuma ada caj tambahan RM1
حذفInfo yang bermanfaat..baru tau
ردحذفAlhamdulillah.. Terima kasih.. Semoga membantu ..
حذفkalau belum tamat pengajian boleh ke nak bayar ptptn sedikit demi sedikit dulu? atau perlu tamat pengajian dahulu baru bayar?
ردحذفboleh ke kalau nak bayar ptptn sikit dulu walaupun masih tengah belajar?
ردحذفBole.. tetapi sy cadangkan simpan dulu duit.. Once dah graduate terus bayar untuk 3-5 bulan punya.. Jadi walaupun menganggur at least takda tunggakkan..
حذفsalam. kita boleh bayar lebih drpd sekali ke dlm sebulan tu?
ردحذف