Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online | Sii Nurul

Assalamualaikum
Bismillah


Hari ini aku baru tahu macam mana nak Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online. Pening kepala tadi mencari macam mana nak login. Perlu call pihak PTPTN ke? Siap take note lagi nombor pejabat PTPTN nak tanya. 

Alhamdulillah, berita gembira ini aku nak kongsi kepada anda semua khasnya kepada PEMINJAM PTPTN (macam aku). Dah pinjam kenalah ambil tahu berapa baki hutang yang tinggal. 

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:


Langkah 1 
Pertama sekali, anda pergi ke laman PTPTN dan pilih SEMAK PENYATA PINJAMAN (seperti dalam gambar di atas). 

Masukkan NO IC dan KLIK SEMAK.


Langkah 2 
Klik pada bahagian TERLUPA KATA LALUAN untuk RESET KATA LALUAN. 


Langkah 3
Masukkan NO IC dan KOD YANG DIPAPARKAN (abjad/nombor)



Langkah 4
Password anda kini di reset dan password baru di hantar ke alamat email anda. Pastikan anda semak email yang anda daftarkan pertama kali semasa mohon PTPTN. 

Seterusnya, buka alamat email anda dan dapatkan password baru yang di hantar ke email anda.




Langkah 5 
Login semula pada pautan berikut →  SEMAKAN PENYATA (masukkan NO IC & Kata Laluan Baru)


Seterusnya klik bahagian TUKAR KATA LALUAN & ALAMAT EMAIL UNTUK KEMASKINI.

 Langkah 6
Klik PENYATA BAKI TERPERINCI untuk semak baki hutang PTPTN anda.


Credit adalah jumlah yang anda sudah bayar mana kali debit adalah kos perkhidmatan atau surcaj yang di kenakan setiap bulan.

Sekarang tak perlu lagi pening kepala fikir berapa baki hutang yang tinggal. Dah boleh semak secara online dengan mudah. 


#CaraSemakBakiHutangPTPTNSecaraOnline
#SemakanPenyataPinjamanPTPTN
#SemakanOnlinePTPTN

Untuk maklumat lanjut boleh ke Portal Rasmi PTPTN
atau hubungi : 03-2193 3000  

Masa operasi
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 7.00 malam)
Sabtu - Ahad (8.00 pagi - 4.30 petang)