التخطي إلى المحتوى الرئيسي

HADIAH TERBAIK UNTUK BAYI BARU LAHIR DARI PREMIUM BAMBOO BABY GIFT & ESSENTIALS - RAPH & REMY

Assalamualaikum
Bismillah

Korang pernah tak nak beli hadiah untuk kawan atau saudara-mara yang baru melahirkan anak? Tetapi bingung tak tahu nak beli hadiah yang macam mana. Jangan risau, kini orang boleh tengok produk-produk baby keluaran Raph & Remy dengan personalized gift, nampak ekslusif dan istimewa gitu.

RAPH & REMY merupakan laman web Personalised Premium Bamboo untuk Keperluan Bayi & Hadiah Bayi. RAPH & REMY dari Singapura ini merupakan laman web yang memberikan perkhidmatan menjual produk barangan bayi berupa personalised gift.


Setiap barangan yang dijual, kita boleh meletakkan nama bayi di atas hadiah tersebut. Kebanyakan material sangat esklusif, kemas, warna pastel yang menarik dan lembut. Jom tengok apa yang menarik! 

Personalised Baby Gifts



Hadiah yang selalu menjadi pilihan untuk bayi yang baru lahir ialah selimut. Pemilihan bahan yang sesuai untuk selimut ini sangat penting kerana kulit bayi dan orang dewasa tidak sama. Sekiranya bayi anda mempunyai kulit yang sensitif, maka para ibu harus memilih dengan teliti material selimut agar bersesuaian supaya tidak mendatangkan bahaya kepada bayi. 

Organic Bamboo Baby Blanket ini diperbuat 100% daripada buluh organik. Ia bukan sahaja eco-friendly malahan memberikan keselesaan kepada bayi. Material kain yang baik dapat memberi keselesaan kepada bayi terutama pada cuaca yang terlalu panasa atau sejuk pada waktu malam. 

OEKO-TEX® yang diperakui, sangat lembut dan halus seperti sutera, RAPH & REMY Organic BambooCloud Cooling Blanket kerana fabriknya mempunyai sifat kain yang mengatur suhu , selain ianya anti-bakteria, mempunyai daya serap yang tinggi, bebas bau, dan memberikan rasa fresh kepada si manja. 

Bukan itu sahaja, Organic Bamboo Baby Blanket  secara semula jadi pelindung UV dan hypoallergenic kerana tidak akan menyebabkan reaksi alahan, bebas racun perosak, lestari dan sumber yang boleh diperbaharui. Terdapat 4 warna pilihan biru, merah jambu, putih dan kelabu.






Baby Hooded Towel & Mitt dari Raph & Remy ni memang sesuai untuk dijadikan hadiah. Set ini mempunyai daya serap 3 kali lebih cepat kerana diperbuat daripada kapas organik terbaik dan lembut sangat sesuai untuk bayi. Sarung tangan selembut sutera sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi. 

Organik Bambu Baby Towel & Mitt yang diperakui OEKO-TEX® dengan campuran serat mikro untuk memberikan ketahanan. Walaupun selepas tuala dibasuh tetap lembut dan tidak mudah tersekat. 

Selain itu ia juga ia sejenis Hipoalergenik, antibakteria dan racun perosak kerana kulit bayi lembut dan mudah sensitif. Boleh dapatkan dalam 3 warna pilihan biru, merah jambu, dan kelabu.





Sejujurnya aku baru tahu tentang penggunaan teethers ini adalah untuk bayi yang dalam fasa pertumbuhan gigi dan gusi yang baik. Di Raph and Remy, pemilihan teethers untuk bayi adalah dari manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi dan menggunakan kayu beech premium asli tanpa dirawat. Kayu Beech ini merupakan kayu keras, tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.

Si ibu boleh membelikan teether ini agar mudah si manja mengigit dengan selesa. Gigitan bayi dapat merangsang pertumbuhan gigi bayi. Ia bukan terdapat dalam pelbagai warna pastel yang menarik. Sangat sesuai dijadikan hadiah. Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan dan mengurut lembut gusi. 

RAPH & REMY BubbleGummy teethers adalah aksesori yang mesti dimiliki oleh mana-mana bayi. Cara untuk membersihkan teethers selepas digunakan sangat mudah, hanya perlu lap bersih sahaja tanpa perlu direndam di dalam air. Dan kayu beech dijaga dengan menyapu minyak asli seperti minyak kelapa, minyak avocado atau minya zaitun dan dibiarkan begitu sahaja.





Swaddles ini memang wajib ada untuk si manja kerana ia berfungsi untuk menenangkan sistem saraf bayi ketika dibedung. RAPH & REMY Premium Bamboo Swaddles dibuat dari 100% viscose buluh. 

Terdapat dalam pelbagai campuran warna khas seperti blushing mulberry, rainforest green, midnight blue dan feather white. Terdapat 4 pilihan warna yang menarik iaitu biru, merah jambu, putih dan kelabu. Anda tidak perlu lagi risau sekiranya si manja tidak dapat tidur lena. 





Apparel



PremiumBamboo Knotted Gown Raph & Remy pun nampak menarik juga. Fabrik yang digunakan mempunyai campuran 95% viscose buluh dan 5% spandex. Spandex membuatkan kain ini boleh diregangkan (stretchable) agar memudahkan ianya disarungkan kepada bayi. 

Ibu-ibu kebanyakkan banyak yang beli gaun macam ini untuk bayi. Nak pakaikan pampers pun mudah sebab ada bahagian butang di bawah. Selain itu, Bahagian bawah leher ada butang untuk memudahkan persalinan. 

Sarung lipatan bawaan menjadikan kulit halus bayi tidak tergores. Terdapat 7 jenis warna yang menarik. 






Baju baby onesies Raph & Remy juga sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada pasangan yang baru mendapat cahaya mata. Ia mempunyai pelbagai pilihan warna pastel yang comel belaka. Sesuai sangat kepada bayi yang berusi 0 - 3 bulan. 

Material untuk Premium Bamboo Onesies ini lembut dan selesa. Ia terdiri daripada campuran viscose buluh dan spandex seperti knotted gown, ianya sangat mudah dicuci dan dikeringkan. Bayi yang aktif dan banyak bergerak sangat sesuai memakainya. 





Gift Sets



Terlalu banyak pilihan sampai dah tak tahu nak pilih yang mana? Usah pening dan risau, Baby Gift
Sets mungkin pilihan yang tepat! Setiap baby gift set Raph and Remy disertakan :
  • Free Gift box packaging
  • Free gift card & personalised message service
  • Free RAPH&REMY Premium Canvas Tote Bag

Dan Raph and Remy juga memberikan penghantaran standard percuma di Singapura manakala penghantaran worldwide menggunkan DHL Express mengambil masa 1 - 3 hari bekerja dengan caj yang berpatutan




Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium. Ia termasuk Beg Canvas Tote Premium, untuk menjadikan semua keperluan untuk lawatan ke hospital yang sangat istimewa, sangat mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®. 

Jimat 20% apabila membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir sebagai hadiah yang lengkap. Bukan itu sahaja, set lengkap dengan pilihan warna yang pelbagai, boleh tulis nama bayi serta card message.

1) Onesies Buluh Premium - Set Duo (0-3m)
2) Gaun Rajutan Buluh Premium (0-3m)
3) Pembalut Buluh Premium
4) Sarung Buluh Premium - Set Duo (0-6m)
5) Beanie Slouch Reversible Bambu Premium (0-6m)
6) Booties Bayi Buluh Premium (0-6m)
7) Stoking Bayi Buluh Premium - Set Duo (0-3 + 3-6m)
8) Beg Tote Kanvas Premium
9) Kad Hadiah


Info lanjut mengenai barangan bayi Raph and Remy, anda boleh lawati laman web utama
mereka dan media sosial mereka seperti yang tertera di bawah:-


تعليقات

  1. Comelnya koleksi.. pelbagai warna menarik

    ردحذف
  2. Color pallette dia cantik. Warm and pastel je. Suka tgk.. Alahai ni teringin beli tapi nak bg sapa pakai. Hmm kena buat anak lg ni haha

    ردحذف
  3. Memang semua comel. Geram je tengok haaa

    ردحذف
  4. suka juga produk raph & remy ni sebab materialnya lembut dan sesuai untuk bayi. nampak eksklusif

    ردحذف
  5. Warna pastel sangat cantik dengan baby

    ردحذف
  6. cute sangat.... suka tengok 😍😍😍

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...