التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Printcious Melancarkan T-shirt Terbaru & Unik Untuk Menyokong Pencegahan COVID-19

Assalamualaikum
Bismillah

Pernah dengar tak PRINTCIOUS? Yang mana tak tahu lagi, Printcious ini ada menjual pelbagai jenis hadiah seperti T-shirt, tote bag, canvas, keychain, cushion, mug dan lain-lain lagi yang korang nak pilih untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. 

Siapa yang berminat dengan custom made gift, Printcious ini adalah pilihan terbaik untuk korang design hadiah sendiri. Ini bukan sekali tau aku tempah hadiah di printcious, dah 2 kali Cuma belum pernah update kat blog je. Harga serta barangan yang ditawarkan pun berpatutan, mampu milik dan berkualiti.

Printcious Melancarkan T-shirt Terbaru & Unik Untuk Menyokong Pencegahan COVID-19


Kalau nak tahu bulan Jun ini adalah hari istimewa buat aku sebab tak lama lagi birthday girl dah tiba. Jadi, aku pun cubalah cuci mata di Printcious untuk tengok hadiah. Rupa-rupanya Printcious telah melancarkan T-shirt terbaru & unik untuk menyokong pencegahan COVID-19. Memang terbaiklah!

Kalau nak tahu Printcious telah memenangi pelbagai anugerah keusahawanaan termasuklah Pemenang SITEC Top E-Commerce Merchant Awards (2017), Pemenang Pertandingan Dream Factory Start-up (2018), Anugerah Young / Emerging Business Excellence dalam Anugerah Sin Chew Business Excellence (2018). 

Printcious juga adalah salah seorang peserta dalam MaGIC Accelerator Programme (Kohort 1) pada 2015 dan juga salah satu penerima bantuan Cradle Fund iaitu program Cradle CIP-500 pada 2016.


Bayangkan korang hanya membuat pembelian T-Shirt dan Tote Bag sahaja pun sudah membantu dalam meningkatkan kesedaran mengenai COVID-19. Korang beli sahaja rekaan T-Shirt dan tote bag unik pasti orang akan tertanya-tanya kat mana nak dapatkan design ni.

Bukan itu sahaja, hasil jualan limited edition ini akan disumbangkan kepada pertubuhan badan kebajikan sebanyak RM50,000 termasuklah Pertubuhan MERCY Malaysia sebagai tanda sokongan dan usaha untuk menentang wabak Covid-19. Beli-belah dalam masa yang sama kita telah menyumbang sedikit sebanyak untuk frontliners.

Printcious telah mengetegahkan tema seperti penjarakan sosial dan membasuh tangan dengan harapan orang ramai perlu mengambil langkah berwaspada walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran bagi perniagaan untuk beroperasi. SOP perlu dipatuhi untuk mengelakkan cluster baharu atau peningkatan kes baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Printcious, Vincent Tong berkata, syarikat perlu memainkan peranan dalam melawan Covid-19 dan memanfaatkan kekuatan unik tenaga kerja yang ada.

“Kami mungkin tidak dapat mengeluarkan sejumlah besar wang untuk memberi bantuan tetapi kami telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Ricoh (syarikat pengimejan dan elektronik yang terkenal), Gildan (Jenama T-shirt No. 1 di USA), Exabytes (Cloud dan Penyedia Solusi Digital di Asia Tenggara) dan Main-Main (Inkubator Kreatif di Malaysia) untuk melancarkan sebuah siri rekaan T-shirt yang unik untuk dijual kepada masyarakat.

“Kami turut mengalukan badan-badan korporat untuk menyokong kempen ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan meraih dana bagi menghasilkan T-shirt Covid-19 dengan jenama mereka sendiri untuk pekerja mereka.

“Kami percaya bahawa kebanyakan perniagaan mengalami penurunan tetapi kami perlu terus beroperasi demi membantu memajukan ekonomi dan pada masa yang sama menyokong kerajaan pada waktu pandemic global ini,”.

Menurut beliau lagi, pengubahsuaian tambahan seperti penambahan nama dan jenama logo juga boleh dilakukan tanpa sebarang cas tambahan.

Kempen Amal Kesedaran T-Shirt Covid-19 Printcious

Kempen ini berlangsung daripada pertengahan Mei sehingga akhir Julai 2020. Masih sempat lagi untuk korang untuk membeli produk ini kerana ia sangat terhad. 

Printcious telah menghasilkan 6 rekaan T-shirt kreatif diperbuat daripada kapas Gildan premium sebagai satu peringatan kepada masyarakat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan. 


T-shirt putih berkolar bulat ini dijual dengan harga RM29.90 sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL. Jadi tak usah riasu pasal saiz ya.

Marilah kita sama-sama menyokong Printcious sambil beramal dengan membeli T-Shirt dan Tote Bag ini. Beli 6 design @ RM 150 dan dapatkan BAUCAR TUNAI BERNILAI RM 150 secara percuma untuk membeli belah di Printcious.

Printcious menawarkan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak. 

Pembelian T-shirt eksklusif kempen Covid-19 boleh dibuat secara atas talian melalui link tertera:






تعليقات

  1. tote bag tu semua comel. nak beli satu huhu

    ردحذف
  2. Comel comel design nya...saya pun pernah beberapa kali shopping dengan Printcious ni..

    ردحذف
  3. comelnya sketch untuk covid-19 ni! Tak rugi beli kan, dah la free delivery including sabah sarawak jugak

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...