Assalamualaikum
Bismillah
Perasan tak semua resepi yang aku kongsi kebanyakkan masak sos.. hahaha~ Sebab kemahiran memasak aku memang tak seberapa. Mahu masak yang lain-lain pun susah juga sebab orang di rumah ini pun memilih makanan.
Tambahan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, so kenalah berjimat mahu memasak. Kalau berkenan nak mencuba resepi ini, dipersilakan guna resepi ini. Kalau rasa terlalu simple sangat, korang tambahlah apa yang patut. Aku just masak ikut selera aku ja.
Resepi Telur Mata Masak Sos
Bahan-bahan
1. 3 biji telur
2. Bawang merah
3. Bwang putih
4. Lobak merah
5. Sos cili
Cara memasak
1. Panaskan minyak. Goreng telur mata kerbau atau lembu. Aku sebenarnya macam bingung juga sebenarnya lembu atau kerbau. HAHAHA. Suka hati korang lah panggil mata apa pun.
2. Kalau korang nak letak garam boleh. Tak nak letak pun boleh. Dah goreng telur tu, ketepikan dahulu.
3. Untuk sos pula. Panaskan minyak lagi sekali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak merah.
4. Masukkan sos cili (sos tomato pun boleh, suka hati korang)
5. Gaul sehingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula. Tambah sedikit air.
6. Masukkan telur mata itu tadi. Kacau sekejap sahaja. Siap untuk dihidang.
Aku antara orang yang suka masak ringkas dan simple serta plain. Haha~ Kalau nampak berselera bolehlah mencuba di rumah.
hahahahaha resepi malas pun tetap sedap
ردحذفresepi sedap ni klau hujung2 bulan. hehehehe
ردحذفhttps://www.ibucida.com/2020/03/segmen-bloglist-2020-cida.html
simple pun sedap..hehe
ردحذفHehehe ni resepi malas bila anak nak makan, mak malas masak. Hihihi.
ردحذفSedapnya telur! I suka bila telur tu cair-cair sikit
ردحذفIni mmg sedap.ooo
ردحذفBest.. best.. bahan sikit dan sangat mudah nak buat..
ردحذفboleh try buat ni
ردحذف