التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Resepi Kek Pisang Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum
Bismillah

Memandangkan dah masuk cuti semester, agak molek jika aku cuba Resepi Kek Pisang Mudah Sukatan Cawan. Sebelum tu, kalau korang tak tahu nak buat apa sepanjang cuti. Boleh baca Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Cuti Semester

Aku bab baking ni aku paling sukalah. Tak tahulah kenapa. Bukannya teringin nak makan sangat pun, cuma saja je nak mencuba dengan bahan-bahan untuk membuat Kek Pisang pun mudah dan simple. Sukatan pun menggunakan cawan ja tak payah nak timbang.

Bahan-Bahan
1.  5 biji pisang emas
2. ¾  cawan gula
3. 1 cawan minyak masak
4. 3 biji telur
5. 2 cawan tepung
6. Secubit garam
7. 1 camca esen vanilla

Cara membuatnya

1. Letakkan pisang ke dalam pemutar.

2. Kemudian letakkan gula dan telur yang dicampurkan dengan minyak masak

3. Selepas itu, masukkan tepung dan gaulkan

4. Bakarkan ke dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah celcius.

5. Bakar selama 40 minit

Tips tambahan

- Boleh tambah 1 sudu soda bikarbonat dan 1 sudu baking powder.
- Gantikan minyak masak dengan melted butter pun boleh.
- Kalau korang nak guna brown sugar pun boleh ataupun gula kastor.

Selamat Mencuba!

تعليقات

  1. bab sukatan tu pun CT suka. senang pakai cawan xyah nak kluarkan scale hehe..
    tapi still malas nak bake.. ada lebih hantar2 la eeeh sini sket =)

    ada GA sedang berlangsung di blog CT. jemput join kalau sudi
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha InsyaAllah CT.. lau CT dkat Sabah leh juga hantar >,<

      حذف
  2. Wah, ika tak try lagi buat. Asyik tertangguh je nak buat kek pisang. Nanti nak try la. Terimakasih share resepi :D

    ردحذف
  3. Kalau resepi guna cawan camni ciktie suka sangat! Senang dan mudah hehe guna je apa yang dah ada kat rumah

    ردحذف
  4. good sharing...cikyan tak pernah buat lg.. tak pernah try pon buat.. tapi nk gak buat kalau mnjadi kans.. nak try la nnt...harap2 menjadi la kans..

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha InsyaAllah .. jadi juga tu. Cuba dulu baru tau hehe

      حذف
  5. Wow rajinnya..nnt sha nak try la hihi..tq sharing nurul

    ردحذف
  6. Kalau makan time petang2 bersama secawan milo,fulamak! bahagia... hahaha ^^

    ردحذف
  7. sedapnya kek pisang buat minum petang.

    ردحذف
  8. sedapnyaaaaaa. boleh makan waktu hujan hujan best nih :D

    ردحذف
  9. belum pernah cuba lagi...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html

    ردحذف
  10. makan kek pisang dengan air teh panas smbil layan cita tv3.. haha.. fuh sedap!

    ردحذف
    الردود
    1. haha yeaa.. sedap kalau makan petang bersama keluarga

      حذف
  11. Sedap.
    Mudah, nurul.
    Aida x mahir buat kek.
    Rasa ada. Rupa x brape lah :) ha ha...

    ردحذف
  12. Alamak .. nak cari pisang time PKP ni punyalah susah. Kedai biasa dok beli pisang dok tutup lak.

    ردحذف
  13. Thankyou share resepinya. Nanti boleh cuba huhu

    ردحذف
  14. Wahhh. Sedapnya. Tetiba craving pula 😋

    ردحذف
  15. salam dik
    sedapp ni feberett ramai kek pisang, harum semerbak kala dlm oven

    ردحذف
  16. woww, bestnyaa.. nak jugak. hihi

    ردحذف
  17. ada pisang nanti nak try buat gak nurul

    ردحذف
  18. teringin pula kek pisang, mau buat malas. mau beli pun payah. ahah

    ردحذف
  19. kalau kat kampung ni mmg dah try buat

    ردحذف
  20. Nampak mudah.. tapi xde Pisang la pulak

    ردحذف
  21. Sedapnya kek pisang..btapi kalau bakar memang tak teror.. heheh

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...