التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Pengalaman Menginap di Pulau Manukan, Sabah | Beachside Suite, Sutera Sanctuary Lodges

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman menginap di Pulau Manukan, Sabah. Trip kali ini sangat berbeza daripada yang dikongsikan oleh orang lain sebab abang aku dapat Baucer Percuma untuk bermalam di Pulau Manukan, Sabah selama 2 hari 1 malam. Antara penginapan yang ditawarkan ialah Beachside Suite, Sutera Sanctuary Lodges. 


Abang aku bekerja sebagai Tour Guide, dan company dia ada buat cabutan bertuah. Alhamdulillah abang aku menang 2 baucer. Dan salah satunya ialah Pakej Penginapan 2 hari 1 malam di Pulau Manukan, Sabah.

Bertolak dari Sutera Habour Marina Jetty

Biasanya kalau korang pergi ke Pulau Manukan tanpa bermalam akan bertolak dari Jeti Jesselton Point kan. Tetapi kalau korang booking melalui Sutera Sanctuary Lodges, korang akan bertolak bermula dari Sutera Habour Marina Jetty. 

Cara nak ke jeti ini korang boleh naik grab, pandu sendiri, naik bas ataupun teksi. Sutera Harbour Marina Jetty ini berdekatan dengan Imago Shopping Mall je. 


Google Maps

Buat masa sekarang kalau nak melancong ke, nak short vacay pasti akan diperiksa suhu badan dahulu. Takut ada simptom Covid-19 tu. So, jangan lupa pakai mask ya guys kalau nak bercuti ke mana-mana especially di kawasan yang ramai pelancong luar. Kami pun tidak terkecuali juga daripada pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah lepas dan tidak ada masalah kesihatan ketika itu. 



Salah satu kelebihan apabila korang booking pakej penginapan macam ini. Penginapan termasuk sekali dengan harga tiket bot ke Pulau Manukan, Sabah. Dan pakej yang ditawarkan kepada kami adalah termasuk dengan harga tiket bot. 



Masa Perjalanan Dari Sutera Habour Marina Jetty - Pulau Manukan

Kami bertolak dari jeti pada pukul 1.30 tengah hari. Alhamdulillah, cuaca pada ketika itu sangat baik. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan hanya mengambil masa selama 10 - 15 minit sahaja. Lebih dekat berbanding dari Jesselton Point. 



Apabila tengok balik gambar ini masih tak boleh move on lah. Haha sebab cantik sangat. Yang bestnya masa ini hanya aku dan abang aku je dalam bot. Feeling like vvip lah konon. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami ke sana. 




Sampai sahaja di Jeti Pulau Manukan, kami disambut mesra oleh penyambut tetamu dan manager Sutera Sanctuary Lodges. Selain itu, kami juga diberikan tuala basah serta secawan air lemon. Aku rasa kagum dengan cara layanan staf Sutera Sanctuary Lodges yang mesra dan peramah. Selepas diberi briefing tentang penginapan, aktiviti di pulau dan tempat makan. Kami terus dibawa ke tempat penginapan. 

Untuk pengetahuan korang, terdapat 4 jenis penginapan di Pulau Manukan, Sabah iaitu :
  • Manukan Villa – Double Storey
  • Manukan Villa – Single Storey
  • Hillside Villa
  • Beachside Suite

Beachside Suite

Kami punya penginapan ialah di Beachside Suites berdekatan dengan pantai. Boleh nampak pemandangan laut dan pantai dari luar beranda. Beachside Suites menyediakan King Bed ataupun Twin Beds. Sangat perfect for couple traveller. Aku dan abang aku pilih twin beds. 



Ruang beranda mempunyai dua buah kerusi dan meja untuk bersantai sambil menikmati pemandangan laut dan pantai. 






Apa yang best menginap di sini di bahagian ruang tamu semuanya telah dilengkapi dengan :

  • Mini peti sejuk (4 tin minuman berkabonat, 4 botol mineral)
  • Pemanas air beserta pek minuman 
  • TV pelbagai siaran 
  • Free Wifi
  • Set sofa yang sangat selesa
  • Kipas siling dan pendingin hawa





Twin beds. Ada disediakan 4 buah bantal, selimut yang tebal, katil yang empuk dan sangat selesa. Ada lampu tidur di tengah. Soket pun dekat dengan katil. Nak charge handphone pun senang sebab sesetengah penginapan mempunyai kedudukan soket yang agak jauh dan tidak strategik. 


Kamar mandi pula dilengkapi dengan heated shower, set mandian (sabun dan shampoo), tuala, serta tandas.


Selain itu juga, dilengkapi dengan pengering rambut, berus gigi, pencukur dan sikat rambut. Kalau bermalam lebih lama ada juga tempat laundry. Staf Sutera Sanctuary Lodges akan buat housekeeping untuk guest yang menginap disini.

Dan paling penting sekali ada iron board dan seterika. Huhu... risau aku kalau benda ini takda. Rimas kalau tudung dan baju kusut.


Perahu Restaurant

Selepas simpan barang, kami terus ke Perahu Restaurant untuk makan tengah hari. Apa yang best bila makan di sini ialah menu yang disediakan juga memenuhi cita rasa aku yang suka makan makanan tradisonal berbanding western food. Harga memang agak mahal tetapi dari segi saiz hidangan juga sangat besar dan memang berbaloi lah. 






Aku tak sempat nak gambar semua jenis-jenis menu sebab lapar kan. Jadi memang takda mood nak ambil gambar banyak-banyak hehe. 




Antara menu yang aku dan abang aku pilih. Total semua RM80 lebih termasuk minuman. Aku tak ingat sangat harga asal. Khusyuk nak makan je time tu. 


Menu for Breakfast

Pakej penginapan kami adalah termasuk sarapan pagi. Jadi ini adalah antara menu yang disediakan pada waktu sarapan. Dia punya banyak seolah-olah satu family yang makan hahaha~



Ada 6 jenis menu sahaja untuk sarapan. Tetapi kami pilih pancake. 


Salah satu kelebihan apabila menginap di Pulau Manukan, korang boleh melihat Sunset Point (1500m) yang terletak di hujung pulau ini. Kalau korang tak bermalam korang memang tak dapat tengok matahari terbenam kerana bot terakhir untuk balik adalah pada jam 5.00 petang. 

Dan suasana pada waktu malam di pulau juga lebih tenang dan nyaman berbanding siang hari kerana ramai pengunjung yang datang ke Pulau Manukan. Kalau cuaca pada malam hari agak baik korang juga boleh stargazing tau. Sangat cantik. 

Pada entri akan datang aku akan kongsi pula pasal Sunset Point, Manukan Island. Banyak nak cerita tapi macam dah kehabisan idea nak mengarang. Secara keseluruhan, aku sangat recommend korang untuk menginap di Pulau Manukan. Rasai pengalaman dan keindahan pulau pada waktu malam. Memang sangat best! 

Untuk maklumat lanjut tentang penginapan di Pulau Manukan, Sabah, korang boleh rujuk :

Laman rasmi : Sutera Sanctuary Lodges - https://www.suterasanctuarylodges.com.my/
For General Enquiries and Bookings: 
  • Tel : +6015 4876 1800
  • Email: info@suterasanctuarylodges.com.my


Main Office Address:
B-G-9, Block B, Ground Floor, Sutera Avenue, Lorong Lebuh Sutera, Sembulan, 88100, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Kinabalu Park Hotline: +6017 833 5322 (24hrs)
Poring Hot Spring Hotline: +6017 833 5799 (7am-10pm Daily)
Manukan Island Hotline: +6017 833 5022 (8am-10pm Daily)
Laban Rata Resthouse Hotline: +6013 833 2723 (7.30am – 7.30pm Daily)


تعليقات

  1. cantiknya Nurul, kak ana tak pernah sampai Sabah lagi :(

    ردحذف
    الردود
    1. Mmg lawa kak ana.. semoga dimurahkan rezeki buat kak ana..

      حذف
  2. Aritu pergi ke pulau ni, nk beli air mineral 1l, harga mak aiii rm7 hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha mmg mahal.. better beli kat Jesselton Point dulu..

      حذف
  3. Bestnyaa.. Tak pernah jejak Sabah lagi..

    ردحذف
  4. alaaa lawanya suite dia. iza tak pernah sampai sabah lagi. next time boleh la pergi sini. kita dah follow awak n klik iklan jugak. :D

    ردحذف
    الردود
    1. Yeaa.. suite dia mmg lawa sgat.. InsyaAllah semoga dimurahkan rezeki buat Iza ^^ ~ Thanks follow..

      حذف
  5. cantiknya nurul.. tu baru view kat resort, belum view pulau dan pantai lagi.. hihi

    ردحذف
    الردود
    1. Entri akan dtg letak view laut and pantai pula.. hehe

      حذف
  6. Cantiknya view kat resort. Ni kalau view kat pantai mesti lagi cantik, bestnyaa Sabah.

    ردحذف
    الردود
    1. Yeaa.. views di pantai pun lawa juga.. akan dtg akan update pasal sunset lgi ^^

      حذف
  7. ya Allah nurul cantiknya sana. Nama saja orang Sabah tapi endak pernah aku p sana bah. Maunya ke sana....

    ردحذف
    الردود
    1. Belum ada kesempatan dan rezeki.. InsyaAllah suatu saat nti pasti akan dapat dtg ke sini... sy pun dapat pi sini sbb baucer juga huhu

      حذف
  8. waah bestnya pergi pulau. lagi2 dapat penginapan percuma ni.

    ردحذف
  9. Bestnya. Saya cuba bercuti kat sana

    ردحذف
    الردود
    1. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki utk ke Sabah ^^

      حذف
  10. tempatnya sangat cantik kak.. keren

    ردحذف
    الردود
    1. I know right.. semoga dimurahkan rezeki utk ke Sabah pula

      حذف
  11. Ya Allah best sgt tgk ! tmpt dye cntik gila.

    ردحذف
  12. pulau di sabah ni banyak yg cantik-cantik belaka tapi belum ada kesempatan lagi untuk sampai ke sana. ♕Tiara Sapphire♕

    ردحذف
    الردود
    1. Sy pun xda kesempatan lg nak melawat pulau2 yg lain d'sabah.. Belum ada rezeki..

      حذف
  13. Cantiknya tempat ni. Nurul sempat stargazing. Bestnya dapat stargazing. Lagi-lagi dengan deruan ombak

    ردحذف
  14. wow. best nyer :)
    selesa bilik nyer tu, nurul.
    tempat nyer? sabah kan. memang la ada pemandangan yg gojes!
    aida lom pernah jejak kaki ke sabah. teringin.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...