Assalamualaikum
Bismillah
Pada 22 Mac 2020, Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan 7 Larangan Baharu sebagai langkah untuk menangani wabak Covid-19. Seperti yang korang sedia maklum, Sabah merupakan antara negeri yang mencatatkan rekod jangkitan Covid-19 tertinggi selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sumber : Berita RTM
7 Larangan Baharu sebagai langkah untuk menangani wabak Covid-19
1. Kompleks Custom Immigration Quarantine and Security (CIQS) Sindumin - Merapok sempadan Sabah Sarawak
Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan operasi Kompleks Custom Immigration Quarantine and Security (CIQS) Sindumin - Merapok di sempadan Sabah dan Sarawak bermula jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam berkuatkuasa pada 22 Mac 2020.
2. Waktu Operasi Perkhidmatan Jabatan Keretapi Negeri Sabah
Mengurangkan kekerapan perkhidmatan operasi Keretapi Negeri Sabah di mana untuk tujuan perkhidmatan yang perlu sahaja.
Jadual baru yang ditetapkan bermula 22 Mac 2020 adalah seperti berikut :
3. Isu Gelandangan
Gelandangan ditempatkan secara sementara di pusat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.
4. Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di Kampung dan Kawasan Bandar
Semua Ketua Kampung, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar hendaklah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah seliaan masing-masing.
5. Operasi Kilang Memproses Makanan dan Pengangkutan Bahan
Operasi kilang memproses makanan dan pengangkutan bahan seperti beras, sayur, ikan dan sebagainya untuk kegunaan domestik DIBENARKAN.
6. Perhimpunan Awam dan Majlis Keramaian
Kerajaan Negeri menegaskan supaya perhimpunan awam dan majlis keramaian seperti kenduri, perkahwinan dan acara-acara adat yang melihatkan orang ramai hendaklah DIBATALKAN.
7. Sekatan Jalan Raya
Sekatan jalan raya di seluruh Negeri Sabah dikuatkuasakan untuk memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi. Orang awam diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya.
Sumber : Berita RTM Sabah
Pesanan khidmat masyarakat ~
Please STAY AT HOME. DUDUK DI RUMAH.
Patuh arahan yang diberikan. Sayangi diri dan keluarga kita.
semoga semua ini akan segera berakhir,aamiin
ردحذفInsyaAllah .. aaminn
حذفhopefully this outbreak will end soon insyaAllah
ردحذفInsyaAllah.. May ALLAH ease everything to the world
حذفBetul tu .. Hopefully tiada lagi kes baharu dilaporkan di Sabah
ردحذفSama-sama doa agar orang kita ini fahamlah kenapa kerajaan buat macam ini.
ردحذفInsyaAllah.. Semoga semuanya cepat berakhir..
حذفSemoga Allah lindungi Kita semua
ردحذفAamin Ya Rabb..
حذفGelandangan diambil tahu.. bagusnya kerajaan negeri..
ردحذفAlhamdulillah kak .. Semoga isu covid dapat d'selesaikan secepat mungkin..
حذف