Terima Hadiah dari Blogger Etuza

Dah lama sangat nak kongsi post nie, cuma baru hari ini ada mood nak menaip. Pada bulan Februari yang lalu aku terpilih sebagai Top Commentator di blog Cikgu Etuza.

Bulan lalu memang gigih jugalah blogwalking sebab banyak masa free time. Start bulan Ramadan nie slow down sikit berblog sebab nak fokus dengan ramadan.

Tak lama lagi raya mungkin semakin berkurang juga update sebab sibuk beraya (walaupun tahun nie cuma beraya berdua di Johor)


Terima Hadiah dari Blogger Etuza

Aku memang fullblast jugalah mengomen di blog cikgu sebab suka baca perkongsian beliau semasa pergi umrah. Bila menang jadi Top Commentator ini, memang excited juga nak tahu dapat hadiah apa.

Selepas hadiah dipos, cikgu dah maklumkan hadiah apa yang diberikan. Memang teruja juga sebab dapat hadiah dari Makkah. Inilah hadiahnya — sejadah serta tasbih daripada pokok kurma.


Terima Hadiah dari Blogger Etuza

Bila saja hadiah sampai, terus guna sejadah itu untuk Solat Asar. Orang kata ambil berkat dulu. Mana tahu, rezeki kami pula dapat pergi Umrah nanti.

Apa pun, terima kasih banyak kepada Cikgu Etuza atas hadiah yang sangat istimewa ini. Semoga cikgu sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan terus berkongsi ilmu serta pengalaman yang bermanfaat di blog. Aamiin.


10 comments

  1. Alhamdulillah..syukur dah sampai menyeberang laut cina selatan..

    ReplyDelete
  2. Maaf tak seberapa indah..namun itu dari Melah ya..terima kasih menyenanginya..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..subahanallah..nampak cantik pula di blog ni..gembira hati nampak tasbi tu cantik ..

    ReplyDelete
  4. nak cakap satu lagi " Alhamdulillah"

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah dapat hadiah hasil rajin meninggalkan jejak. Semoga terus berblogging dan selamat hari raya

    ReplyDelete
  6. Whoa...Alhamdulillah...Tahniah ye...Semoga one dapat jejak kaki ke sana..InshaAllah..

    ReplyDelete
  7. hadiah yang istimewa.. tahniah nurul

    ReplyDelete
  8. uniknya tasbih dari pokok kurma. means setiap butir tu guna bijik kurma ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.