Alhamdulillah, blog ini terpilih sebagai Top Commentators di Blog Roziah Muhammad Nor atau lebih mesra dengan panggilan Cie.
Selalunya bila blogwalking, aku memang guna laptop. Bila tengok pada paparan biasa, jumlah komen nampak sekitar 30 lebih sahaja. Rupa-rupanya bila disemak semula, dah mencecah 106 komen!
Rupanya kalau view mobile lain lagi jumlah komen tu. Terkejut juga bila tahu jumlah sebenar.
Sebenarnya aku memang hampir setiap hari singgah ke blog Cie. Kalau ada masa lapang, bukan sahaja baca entri terbaru, malah selongkar juga entri lama. Antara yang paling aku suka mestilah perkongsian berkaitan Shopee. Seronok baca pengalaman orang lain membeli-belah — kadang-kadang boleh terpengaruh sama. hehe
Setiap bulan Cie memang konsisten umumkan senarai Top Commentators sebagai tanda penghargaan kepada pembaca yang aktif meninggalkan komen.
Sebenarnya, tahun ini baru sahaja aku follow blog Cie. Semuanya bermula bila aktif blogwalking dan perasan nama blognya sering muncul di ruangan komen blog lain.
Bagi yang belum pernah singgah, memang rugi. Blog Cie memang tak pernah kering dengan idea, terutamanya bab menu harian. Memang sesuai sangat untuk yang selalu buntu nak fikir nak masak apa.
Apa pun, terima kasih sekali lagi buat Cie atas penghargaan ini. Semoga blog Cie terus maju dan terus menjadi sumber inspirasi buat ramai orang. InsyaAllah.
Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua. Semoga dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik untuk beribadah, dan semoga segala amal diterima oleh-Nya. Moga ukhuwah yang terjalin dalam dunia blogging ini juga terus mekar dan diberkati.

Tahniah nurul. Akak kadang tenguk keadaan. Kadang rajin kadang tak sempat nak komen. jenguk gitu-gitu je kadang.
ReplyDeletetahniah Nurul..
ReplyDeleteTahniah, Nurul! 👏👏
ReplyDeleteTahniah! Banyak komennya tu.
ReplyDeleteTahniah..mencurah rezeki nurul ya..
ReplyDeleteTahniahhhhh Nurul. Back to back dapat hadiah commentors. Rezeki Ramadan ye
ReplyDeleteSaya pun suka baca blog kak cie, selalu masak2. Kak cie ni duta 7E cafe tau :p kalau bulan tak puasa kerap betul share cerita gi 7E beli makanan sampai saya terpengaruh haha
ReplyDeleteTahniah! :)
ReplyDeleteTahniah Nurul!
ReplyDeleteTahniah diucapkan
ReplyDeleteTahniah. Hadiah otw ye. Lambat pulak Shopee buat kerja. Dah klik dari 1hb lagi. Terima kasih jugak rajin singgah & komen. Widget tu kena refresh & clear history baru nampak real total comment.
ReplyDelete