Tapi sejak kebelakangan ini, minat suami makin meluas — bukan lagi pada kereta besar semata-mata, tapi juga pada versi mini seperti Hot Wheels, RMZ City, Enigma dan pelbagai jenama die-cast lain.
Sekarang, setiap kali kami berjalan, memang dah jadi “pit stop” wajib selain Watson dan Guardian — mesti singgah tengok booth Hot Wheels dulu.
Booth Die Cast Model di Paradigm Mall, Johor Bahru
Ini koleksi kereta yang pertama suami beli. Kami jumpa di MR DIY dan harganya lebih kurang RM40–RM50. Dari sinilah bermula koleksi mini car suami.
Yang ni ada sentimental value. Aku beli di Shopee dengan harga sekitar RM70+. Sebabnya, masa tu kami baru beli kereta Toyota Starlet sebenar. Walaupun kereta Starlet tu tak sempat bertahan lama dengan kami (kurang sebulan dah jual balik), sekurang-kurangnya versi mini masih kekal sebagai kenangan.
Semasa event Hot Wheels di Angsana Mall, suami terjumpa model Pandem Civic EG6. Katanya, ini antara koleksi paling berharga setakat ini sebab harganya dalam RM80+.
Walaupun mahal sedikit berbanding yang lain, puas hati bila dapat simpan model idaman. Masa ni rasa sayang jugalah sebab tak beli Evo 3, harganya RM120.
Yang ni pula, suami beli di Vending Machine Hot Wheels. Harganya sekitar RM50.
Nak beli pun bukan sekali terus ambil — banyak kali fikir dulu. Tapi akhirnya terbeli juga, sebab siapa boleh tahan kalau nampak Nissan Skyline GT-R, kan?
Terbaru sekali, tambah lagi koleksi dari MR DIY. Harganya tak pasti, tapi yang penting, rak display makin penuh dengan kereta-kereta mini idaman.
Walaupun kecil, kereta-kereta mini ni bawa kepuasan yang besar. Mungkin selepas ini, koleksi kami akan terus berkembang. Dan siapa tahu, dari sekadar suka-suka, mungkin boleh jadi koleksi yang bernilai di masa depan.
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.