Ini Cara Paling Cepat Menulis Artikel Yang Banyak di Blog

Assalamualaikum
Bismillah

1. Tulis Sebelum Lupa

Inilah salah satu kunci aku menulis banyak artikel dalam blog. Setiap kali idea datang aku akan terus catat. Manusia ini kebiasaannya pelupa. Tetapi aku faham, bukan semua orang ada masa kan nak take note. Kadang-kala tengah lipat kain pun tiba-tiba ada idea nak menulis.

Nak buat macam mana? Kat mana nak simpan idea yang muncul tak diundang tu? 

Simpan Idea di Notes Smartphone Anda

Cara paling simple dan cepat ialah dengan simpan idea korang kat Notes di smartphone korang. Alaa.. takkan nak taip kat phone pun susah, hari-hari buka whatsapp, facebook, dan instagram mustahil cara ini korang tak boleh buat. Ada banyak jenis note taking yang boleh didapati di google playstore.

Kalau anda bekerja, cara ini adalah sesuai untuk korang gunakan. Tak kira di mana anda berada hanya perlu buka phone dan taip bila-bila masa. Tiada waktu spesifik kalau idea nak datang, tengah mandi dan gosok badan boleh pula terfikir "eh bagus pula sabun aku guna nie" kejap lagi nak buat review pasal sabun ni lah. 

Tengah fokus memandu tiba-tiba pula sebuah kereta ni masuk simpang tak bagi signal. Korang pun marahlah dan terus terfikir aku nak kongsilah "Ciri-ciri pemandu yang tidak berhemah". Ada masa lagi ke nak cari buku nota dan pen untuk tulis idea ni?


Suka Tulisan Tangan? Catat Di Buku Nota Anda

Cara kedua kalau korang seorang yang suka mencatat kat buku nota, planner atau jurnal, boleh terus catat idea di notebook korang. Biasanya orang yang suka jot down idea dia terus ke kertas sebab dia suka menulis by hand. 

Aku biasanya guna cara kedua ni, sebab aku memang banyak masa kat rumah. Aku sibuk pun mengemas dan masak je. Aku suka cara ini sebab aku ada banyak buku nota yang dibeli tapi tak digunakan. Untuk menghilangkan rasa serba salah sebab hanya tahu membeli tapi tak guna, aku cubalah cara ini setiap kali ada idea datang. 

2. Tulis Konten Berdasarkan Label

Kebiasaanya aku kategorikan beberapa idea aku berdasarkan tags atau labels yang ada dalam blog. Misalnya hari ini aku dapat idea tentang blogging, so aku akan fokuskan tajuk artikel aku semuanya berkenaan blog sahaja. Tujuan aku lakukan sedemikian supaya aku tidak menyimpang daripada topik asal yang aku cuba nak sampaikan. 

3. Idea Tak Perlu Perfect Baru Publish

Selama hampir 3 tahun berblog aku lebih suka taip terus apa yang ada dalam fikiran walaupun idea nampak kurang tersusun. Macam tulis karangan gitu, tulis isi penting dahulu apa yang kita nak sampaikan. Kemudian barulah kembangkan idea tersebut. Selagi mana apa yang hendak disampaikan itu difahami oleh pembaca tak perlu risau sangat tentang cara penulisan kita. 

Tiada yang betul atau salah dalam menulis sebenarnya. Cuma jangan menulis perkara yang tidak betul sahaja. ITU FITNAH namanya. Contohnya topik yang korang baca ini tidak semestinya betul pada pandangan korang sebab lain orang mungkin lain pengalaman tentang macam mana nak tulis artikel yang banyak dalam blog. Cuma cara ini mungkin salah satunya. 


Walaupun begitu, tidak bermaksud juga kita boleh tulis cincai ikut suka. Penulisan kita kalau boleh hendaklah sentiasa disemak dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Setiap orang pasti mahukan penulisan mereka nampak berkualiti dan lebih profesional. 

4. Tiru Idea Orang Lain

Eh kenapa pula nak tiru idea orang lain? Pernah kah korang nampak orang ini kongsi something di blog, then kita pun rasa macam menarik pula idea tu. Kita pun nak tulis benda yang sama tapi sebenarnya dengan cara dan gaya penulisan kita sendiri tanpa copy paste. Itulah cara aku mencedok idea melalui artikel orang lain. Orang lain mungkin cerita "Cara Cashout SUSHIVID", kita pula ceritalah pasal "Cashout SushiVid Kali Ke-3"

Macam mana nak tiru idea orang lain ni? 

Rajinkan diri blogwalking blogger lain. Yang selalu online sosial media mustahil lah takda cerita viral atau menarik kan?

Korang ada cara lain macam mana nak tulis banyak artikel di blog?

16 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Bergantung kepada masa terluang dan sumber bahan.
    Asalkan blog tidak bersawang, okaylah

    BalasPadam
  2. tips menarik. apa yang shu pernah buat. entry banyak dalam draf. hahahaha pastu dah blur xleh update.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sy lepas dah buat draf bila ada mood sy akan habiskan tulis draf

      Padam
  3. Saya update bila ada idea je hahaha. Happy Independence day btw! (^-^)v

    BalasPadam
  4. Kalau Naim sendiri, biar ada idea sendiri baru tulis cepat2 hehe

    BalasPadam
  5. Macam rabia,rabia kena ada gambar and kalau dah ada idea baru rabia menulis blog..

    BalasPadam
  6. Mcm.mama juga.. cecepat masukkan Dlm drag sebelum.teeluoa. cuma nak olah ayat je yg ikut mood

    BalasPadam
  7. Tak reti sangat guna notes dekat phone ni. Tapi kalau manual ada la juga buat

    BalasPadam
  8. Kadang-kadang baca online news pun boleh dapat idea nak update post baru kat blog.

    BalasPadam
  9. Good idea! Tapi akak ni tetap lembap bab menulis...very, very slowwww...;)

    BalasPadam
  10. Semua yang Nurul bagitahu ni, semuanya saya buat ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.