Surat Dari Semesta by Sofia Roses

Sii Nurul
By -
0
Ada kalanya hidup membuat kita penat. Kita jatuh, terluka, lalu bertanya—adakah bahagia itu memang wujud untuk semua orang? Begitulah yang aku rasa ketika membaca Surat Dari Semesta karya Sofia Roses.
“Terimalah surat dari semesta sebagai suatu cara untuk kamu terus berdiri dan berjalan, untuk kamu bangkit dan terus kedepan... Kerana setiap dari kita, berhak untuk bahagia… cuma masih belum waktunya, tapi akan tetap ada waktunya.”
Surat Dari Semesta by Sofia Roses

Tentang Buku

Sofia Roses membawa pembaca menyelami dunia puisi yang bukan sahaja sekadar bait-bait kata, tetapi juga sebuah perjalanan emosi. Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu dengan gaya yang ringan, estetik, dan penuh motivasi.

Yang menarik, setiap puisi tidak terlalu “straight-forward” hingga terasa hambar, dan tidak juga terlalu berbunga-bunga sehingga sukar difahami. Gaya penulisannya berada di tengah —cukup sederhana, namun mampu meninggalkan kesan mendalam.

Sejak diterbitkan pada tahun 2022, buku ini mendapat perhatian hingga tersenarai antara buku puisi popular.


Surat Dari Semesta by Sofia Roses

Pengalaman Membaca Buku Surat Dari Semesta

Antara yang paling aku sukai ialah bagaimana penulis menggambarkan alam semesta sebagai tempat jiwa kembali tenang. Saat hati gusar, kita sering mendongak ke langit, memandang pepohon, atau mendengar ombak, dan semua itu memberi rasa damai yang sukar dijelaskan. 

Sofia Roses membawa pembaca menyedari bahawa semesta ini bukan sekadar indah dipandang, tetapi juga dicipta untuk menenangkan hati yang resah.

Buku ini juga kaya dengan pelbagai tema kehidupan—tentang luka yang tersimpan, harapan yang terpendam, cinta, pengampunan, dan kebahagiaan yang kita nantikan. Kerana variasi inilah ia sesuai untuk semua, tidak kira usia atau latar belakang. 

Cuma bagi pendapat aku, susunan puisi yang agak berterabur sedikit mengganggu aliran bacaan. Namun begitu, ia tidak menjejaskan keindahan keseluruhan karya yang tetap mampu menyentuh hati dan memberi makna mendalam.

Kesimpulan

Surat Dari Semesta adalah sebuah karya puisi yang tulus dan penuh jiwa. Bagi pencinta puisi, buku ini adalah bacaan yang wajib ada di rak. Keindahan kata-kata Sofia Roses menjadikan karya ini sangat bernilai untuk dibaca dan dihayati berulang kali.

⭐ Rating peribadi: 4.3/5.0


Maklumat Buku

  • Tajuk: Surat Dari Semesta
  • Penulis: Sofia Roses
  • Tahun Terbit: 2022
  • Penerbit: Zharf Press Enterprise
  • Jumlah Halaman: 187 muka surat
  • Harga: RM27 (Semenanjung Malaysia) / RM30 (Sabah & Sarawak)


Tags:

Post a Comment

0 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!