التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Kucing Kesayangan Neko & Chibi Dah Mati

Assalamualaikum
Bismillah

Sedih aku nak menulis entri ni. Bulan Februari yang lalu aku dapat 4 ekor anak kucing yang diberi nama Neko, Chibi, Nino dan Kici. 

Hari Ahad yang lalu dua ekor kucing aku Neko dan Chibi jatuh sakit. Dorang tak makan dan minum. Neko muntah-muntah. Diberi makan pun muntah balik. Manakala Chibi pula tidak bermaya. 

Belum sempat nak rawat Neko dah mati dalam sangkar. Dan Chibi pula menyusul pagi tadi, mati di dalam kotak. 

Aku hanya dapat jaga 5 bulan sahaja. Hari-hari bagi makan dan minum. Dijaga, dibersihkan bulu, dan dibelikan tempat untuk bermain.

cat-canva

Sepanjang aku jaga kucing. Ini kali pertama aku menangis teresak-esak ibarat baru kehilangan anak. Sedih betul. Padahal kucing saja pun.

Tetapi merekalah yang menjadi teman aku di rumah ni ketika suami bekerja. Healing aku. Sangat terasa kehilangan dorang sebab Neko dan Chibi lah yang paling nakal.

Semoga setiap perbuatan yang dilakukan sepanjang menjaga dan membela mereka dikira sebagai ibadah dan pahala. 


تعليقات

  1. sedihnya tu pencinta haiwan je tahu mcm mana rasa nya tu..aduhh da besar da masing2 tu..

    ردحذف
  2. Allahualbar, sedihhnya, piluu ckknur faham sb dah lalui. bila masa thn 2021 bila kehilangan 4 ekor sekaligus. mula sekor, demi seekor. kalu. mula xnk mkn minum muntah dan lemah sakit parvo sakit berjangkit. . sejzjap je meragut nyawa. last moktam pun terkena jga. piluu tak terkata Allah yg tahu

    ردحذف
  3. Memang sedih bila kucing kesayangan kita mati

    ردحذف
  4. Hanya pencinta haiwan je tahu . mmg sedih kak

    ردحذف
  5. Aduh!! Yang membacapun sedih inikan pula yang melaluinya.. huhuhu

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...