التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Fulltime Blogger Setiap Hari ke Dapat Kerja Blog?

Assalamualaikum
Bismillah

Secara amnya, sebagai seorang blogger sepenuh masa, aku banyak menghabiskan waktu untuk mengelola blog dan berusaha untuk menghasilkan konten secara teratur dan konsisten. Walaupun sering berhadapan dengan cabaran besar seperti MASA & MOTIVASI berblog. 

Namun, blogger sepenuh masa bukannya perlu bekerja setiap hari, kerana jadi blogger sepenuh masa mempunyai masa yang fleksibel untuk mengatur jadual bekerja sendiri. 

Ada segelintir blogger yang memilih untuk bekerja setiap hari, tetapi bagi aku pula lebih memilih untuk bekerja mengikut jadual. Hal ini demikian kerana aku telah tetapkan masa bila aku perlu menulis dan fokus dengan kegiatan lain berkenaan blogging seperti blogwalking, marketing, dan lain-lain. 

Adakah fulltime blogger setiap hari dapat kerja blog?

Jadi fulltime blogger nie setiap hari ke dapat job? Jawapannya - TIDAK.

Semenjak mendirikan rumahtangga, matlamat berblog aku berubah 100%.  Kalau dulu masa bujang kalau boleh semua jenis job nak tapau. Dari job menulis review produk, penulisan artikel SEO, teknikal, guest post, servis template blog, buat domain dan blog dan sebagainya.

Banyak dah jenis kerja blog aku buat cuma pergi event saja aku tak buat sebab aku bukan suka berjalan dan makan. 

Aku pernah dapat paling banyak 13 job blog dalam sebulan. Antara kerja blog yang biasa aku dapat ialah Guest post, penulisan review produk atau servis dan servis blog (teknikal, setting, template, domain, google adsense dan masalah blog yang lain).

Selebihnya aku bergantung dengan iklan dari Google Adsense dan Innity serta Program Affiliates. 

Kerja blog sangat menitikberatkan soal MASA. 

Sebagai contoh, kerja menulis artikel review produk mengambil banyak masa untuk disiapkan. Hal ini demikian kerana blogger perlu mencuba produk dahulu kemudian untuk melihat kesannya kena mengambil masa 3-7 hari. Bergantung dengan produk yang direview. 

Oleh sebab itulah sekiranya dapat kerja penulisan review aku limitkan sebulan mungkin 1 - 2 artikel sahaja. 

Manakala kerja blog seperti servis template, setting blog, domain dan masalah teknikal blog yang lain cuma mengambil masa 1 - 3 hari untuk disiapkan. Oleh itu, biasanya kerja servis blog aku dapat lebih banyak berbanding kerja menulis artikel. 

jana-pendapatan-dari-rumah
Rekod kerja blogging 2023

Semakin Banyak Kerja Blog Semakin Besar Pendapatan Blogger?

Adakah semakin banyak job blog kita dapat semakin besar pendapatan blogger? Jawapannya - TIDAK.

Ianya bergantung dengan jumlah bayaran yang dikenakan. Aku pernah dapat job menulis 2-3 sebulan tetapi pendapatan blog lebih dari RM1,000.

Dan kalau nak tahu penulisan artikel adalah kerja blogger yang paling mahal. Ada penulis yang kenakan bayaran RM100 - RM500 per artikel. 

Sebagai bukti ramai blogger yang join Intellifluence untuk jana pendapatan sampingan. Setiap artikel yang berjaya disiapkan akan dibayar sehingga 100USD, apabila ditukar ke Ringgit Malaysia akan mencecah lebih dari RM400. 

Ada juga beberapa penulisan review yang aku buat dibayar mahal sehingga RM300 - RM500 setiap artikel. Bergantung dengan klien dan rundingan yang boleh dicapai bersama. 

Banyak lagi kerja-kerja blog yang dibayar mahal. Lagi baik kedudukan blog, Domain Authority, Pageviews dan sebagainya lagi besar peluang untuk dapat kerja blog yang lumayan. 

Berbaloi Ke Jadi Blogger Sepenuh Masa

Alhamdulillah sepanjang menjadi blogger sepenuh masa ada saja rezeki yang Allah bagi dari arah yang tidak terduga. 

Pernah juga beberapa kali takda kerja langsung. Risau juga macam mana nak kirim mak ayah. Banyak benda yang difikirkan.Tetapi Allah sentiasa beri rezeki di waktu yang sangat tepat dan ketika kita betul-betul memerlukan. Jadi kena sentiasa yakin rezeki sentiasa ada. 

Berbaloi atau tidak jadi blogger sepenuh masa? Jawapannya - YA/TIDAK (bergantung dengan situasi korang)

Alhamdulillah untuk diri aku sendiri kerjaya sebagai blogger sangat berbaloi. Aku banyak masa di rumah urus rumahtangga. Manakala suami pula tanggungjawabnya mencari nafkah dan lebih suka aku duduk di rumah. 

Pendapatan blog aku sedikit sebanyak meringankan beban suami walaupun tak banyak. Aku juga boleh kirim keluarga di Sabah setiap bulan. 

Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Pilihan untuk menjadi blogger sepenuh masa tidak pernah buat aku menyesal. 

تعليقات

  1. alhamdulillah.. congrats & keep on blogging!!!

    ردحذف
  2. Cuya pon amik upah tulis artikel, itu pon suka2 je. Tak letakkan harga tinggi, sebab blog Cuya bukanlah blog yang popular dan sering dikunjungi orang.

    Buat pon suka2 kan...Jadi Cuya terima je apa2 bayaran

    ردحذف
  3. walaupun dah lama berblogging. sampai sekarang blog masih tapau lagi. masih kdg2 update. mungkin sebab tak tumpukan sepenuh perhatian dekat blog kan. apa2 pun tahniah nurul. semoga leyla pun dapat jdi mcm nurul juga dalam berblogging

    ردحذف
  4. alhamdulillah, banyak juga dapat rezeki dari berblog..tapi sekarang da berhenti da buat kerja2 review dan kolaborasi..fokus untuk diari harian aje..

    ردحذف
  5. Alhamdulillah punca pendapatan dgn menulis blog je dh cecah byk angka jgk

    ردحذف
  6. Ada join Intellifluence, tapi tu lah.. Tak berapa pandai sudahnya terbiar je.. Nak cuba juga jana pendapatan dengan blog ini.. Tak berapa berjaya.. kikiki..

    ردحذف
  7. tahniah Nurul. salute sbb pilih jadi blogger sepenuh masa. akak buat part time je sebab ada kerja tetap. buat secara part time ni pun kemalasan nak up entry tu agak menebal wpun antaranya job tulis artikel yg berbayar. aihhh..nasib lah sekarang dah kurang dpt offer. antara job blog yg akak suka guest post sbb copy & paste je. lps tu dpt byrn..hehe..

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...