Bahan-bahan popia.
- Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
- Daun pudina
- Udang yang direbus dan dibuang kulit
- Lobak merah yang dipotong memanjang
- Bihun yang telah dicelur
- Timun batang yang dipotong halus memanjang
Bahan-bahan sos
- 4 sudu besar cuka
- 4 sudu besar sos ikan
- 1 cawan air
- 1 sudu besar gula
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
- Cili padi dipotong kecil-kecil
- Kacang tanah tumbuk
Cara-cara membuat popia
1. Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak.
2. Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll).
3. Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi.
4. Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
5. Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
6. Siap sedia untuk dihidang. Sajikan spring rolls ini bersama sosnya.
Cara-cara membuat sos
1. Masukkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sekejap sehingga gula larut.
Renyah kan nak buat dia?
ردحذف