التخطي إلى المحتوى الرئيسي

7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah

Assalamualaikum
Bismillah

Masalah kesakitan gigi bukan sahaja boleh mengganggu aktiviti di siang hari, kadangkala nak tidur malam pun susah. Ada ke cara hilangkan sakit gigi dengan mudah?

Penjagaan oral sememangnya penting bagi memelihara kualiti hidup individu.

Oleh sebab masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai jenis faktor, rawatan boleh jadi berbeza mengikut asbab yang tersendiri.

7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah
https://siraplimau.com/

7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah!

1. Kumur dengan air garam, cara hilangkan sakit gigi yang mudah

Ini merupakan satu kaedah yang agak popular. Asal ada individu yang mengadu gigi sakit, pasti nasihat ini akan menyusul.

Air yang telah dilarutkan dengan garam mempunyai sifat disinfektan (anti bakteria) semula jadi.

Selain itu, ia juga merupakan medium yang boleh meloloskan sisa makanan yang tersekat di celahan gigi.

Tujuannya untuk mengurangkan proses keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka pada ruang oral.



2. Tuam bahagian yang sakit dengan kain sejuk/ ais

Anda pasti pernah menonton filem yang memaparkan penggunaan ais atau kain sejuk jika ada plot kesakitan gigi, kan?

Penggunaan kaedah ini tidak hanya tertumpu kepada kesakitan gigi sahaja.

Ia berupaya untuk menyebabkan salur darah pada permukaan kawasan terlibat untuk mengecut, justeru, mengurangkan rasa sakit.

Pelaksanaannya mudah, anda hanya perlu tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selamat 20 minit.

Walau bagaimanapun, kaedah ini sukar digunakan dalam keadaan tertentu, sebagai contoh, jika anda tidak boleh tidur kerana gigi sakit.

Jika letak ais, habis basahlah tempat tidur anda. Lagi tak selesa jadinya.


3. Gunakan uncang teh pudina untuk cara hilangkan sakit gigi

Mungkin ada yang tidak tahu, uncang teh pudina boleh diambil sebagai satu cara hilangkan sakit gigi.

Ia sesuai terutamanya kepada mereka yang mempunyai gigi sensitif memandangkan penggunaan ais boleh menyebabkan simptom sakit/ngilu.

Ambil uncang teh pudina suam dan tuamkan pada kawasan yang sakit.

Pastikan ia tidak panas dan jika anda lebih selesa dengan uncang teh sejuk, ia juga berkesan.

Anda boleh meletakkan uncang teh tersebut di dalam freezer untuk beberapa minit dan letakkan pada gigi yang sakit.


4. Bawang putih, herba yang banyak manfaatnya dalam rawatan sakit gigi

Mungkin ramai yang tidak suka makan atau bau bawang putih.

Oleh itu, petua ini tidak sesuai dengan semua individu. Sudah berkurun lamanya bawang putih dikenali sebagai herba yang boleh merawat pelbagai jenis keadaan kesihatan.

Khasiatnya disokong oleh kajian sains moden dan jika dilihat dalam konteks kesihatan oral, ia boleh membantu meredakan kesakitan gigi.

Oleh sebab bawang putih mempunyai sifat antibakteria yang bagus, ia boleh mengelakkan pembentukan plak gigi.

Anda boleh tumbuk bawang putih, campurkan dengan garam dan sapukan pada kawasan yang sakit. Atau jika nak ekstrem sikit, kunyah bawang putih tersebut mentah-mentah.


5. Gunakan pengkumur mulut, hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida boleh memberikan pelbagai jenis manfaat kepada penjagaan oral.

Ia boleh memberikan kelegaan daripada sakit gigi, mengurangkan keradangan, menghalang pembentukan plak dan menyembuhkan pendarahan gusi.

Kebanyakan produk pengkumur mulut di pasaran mempunyai kandungan hidrogen peroksida pada kepekatan rendah.

Jika anda dipreskripsikan dengan pengkumur mulut hidrogen peroksida pekat, pastikan anda campurkan dengan air.

Ikut arahan doktor gigi dan jangan telan cecair tersebut. Selepas kumur, buang.



6. Daun herba Itali, thyme

Jika anda suka gunakan daun taim (thyme) ke dalam masakan, ketahuilah bahawa ia boleh digunakan dalam rawatan sakit gigi.

Seperti herba yang lain, daun taim juga mempunyai sifat antioksida dan antibakteria yang kuat.

Ia kebiasaannya dijual dalam bentuk minyak pati dan boleh digunakan sebagai pengkumur mulut atau ubat sapu.

Pastikan anda campurkan minyak pati daun taim dengan segelas air kecil sebelum menggunakannya sebagai pengkumur mulut.


7. Cara hilangkan sakit gigi dengan bunga cengkih

Bunga cengkih merupakan salah satu rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan dan perubatan tradisional.

Ia mengandungi bahan antiseptik semula jadi yang dikenali sebagai eugenol.

Perkara ini membuatkan bunga cengkih berkesan dalam merawati masalah gigi dan radang mulut. Seperti minyak pati daun taim, minyak bunga cengkih juga boleh digunakan sebagai pengkumur mulut.

Campurkan ia dengan segelas air kecil dan kumur bagi membunuh bakteria dan melegakan kesakitan.

Kesimpulannya

Jika anda sukar menjalankan aktiviti harian kerana kesakitan gigi, boleh cuba amalkan 7 tip di atas.

Kalau tak berkesan juga, jangan ambil mudah, jumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan khidmat konsultasi dan rawatan.

Penjagaan oral merupakan sebahagian daripada faktor yang boleh mempengaruhi kualiti hidup individu.

Jangan abaikannya!

Sumber : Hello Doktor

تعليقات

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...