التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Berapa Kerap Sepatutnya Rawatan Karang Gigi Dilakukan

Assalamualaikum
Bismillah

Kini, sudah ramai yang mula mengambil berat akan kesihatan mulut dalam masyarakat kita. Prosedur cuci gigi sudah tidak asing lagi untuk menyingkirkan karang gigi, bahkan banyak ditawarkan di klinik gigi kerajaan dan swasta.

Apa itu cuci gigi?

Proses mencuci gigi ataupun scaling merupakan prosedur pembersihan plak gigi yang dilakukan oleh doktor gigi menggunakan alatan ultrasonik.

Karang gigi ialah pembentukan dan pengumpulan plak yang mengeras pada permukaan gigi. Ia boleh menyebabkan gigi tampak kuning dan tidak bersih.

Alat ultrasonik scaler akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi menjadi cebisan kecil di antara gigi.

Selain itu, ia juga boleh membersihkan karang gigi pada garis gusi yang sukar dibersihkan menggunakan berus gigi.

Semasa prosedur ini dijalankan, gusi boleh kelihatan bengkak, terasa ngilu bahkan berdarah. Hal ini kerana gusi dan gigi yang berkarang sedang menyesuaikan diri dengan proses tersebut.

Berapa Kerap Sepatutnya Scaling Gigi

Apakah itu karang gigi?

Karang gigi atau plak gigi adalah gabungan lapisan nipis bakteria dan zarah makanan yang lembut, melekit dan tidak berwarna yang sentiasa terbentuk pada gigi.

Bakteria yang terkumpul akan membiak dengan cepat dalam plak gigi dan mengakibatkan jangkitan pada gusi. Secara tidak langsung, gusi akan berasa sakit dan berdarah.

Sekiranya plak gigi tidak dibersihkan dalam tempoh 10 hingga 14 jam dengan memberus gigi, ia akan berubah menjadi kalkulus atau tartar.

Setelah dibentuk, kalkulus iaitu karang gigi tidak dapat disingkirkan dengan memberus gigi dan hanya boleh dibuang melalui prosedur scaling.

Keperluan prosedur mencuci gigi

Pembersihan gigi secara berkala oleh doktor gigi adalah penting untuk menyingkirkan karang gigi yang terus terbentuk walaupun dengan penjagaan gigi yang teliti.

Pembersihan profesional merangkumi mencuci dan menggilap gigi. Cuci gigi adalah rawatan bukan pembedahan yang biasa dilakukan untuk membuang karang gigi yang telah dijangkiti kuman.

Jika tidak dibuang, ia boleh membawa kepada penyakit periodontal atau gusi. Poket di antara gusi dan gigi akan menjadi lebih mendalam dan menyediakan persekitaran yang sempurna untuk bakteria tumbuh.

Bakteria mula membiak dengan cepat dan akan menjangkiti lebih banyak gusi. Hal ini boleh menyebabkan kelarutan tulang yang menyokong gigi dan menjadikan gigi semakin longgar.

Jika kejadian tersebut berlaku, rawatan akan menjadi lebih rumit untuk menyelamatkan gigi anda. Pembedahan gusi diperlukan untuk memastikan tisu di sekitar gigi sihat.

Berapa kerapkah prosedur ini dilakukan?

Pembentukan plak pada gigi adalah proses yang berterusan. Sekiranya ia tidak dibuang dengan memberus gigi, ia boleh membentuk karang gigi dengan lebih pantas.

Individu yang berada dalam keadaan tersebut mungkin memerlukan pembersihan gigi berkala, setiap 6 bulan atau lebih.

Namun, adalah lebih baik jikalau pemeriksaan gigi dilakukan secara rutin setiap 6 bulan supaya doktor gigi boleh memeriksa kesihatan mulut anda.

Ramai yang beranggapan bahawa prosedur pembersihan karang gigi boleh melemahkan dan menghakis gigi tetapi ia salah sama sekali.

Prosedur pembersihan gigi secara berkala boleh membantu mencegah penyakit gusi dalam jangka masa panjang.

Risiko prosedur pembersihan gigi

Selalunya, prosedur ini sangat selamat jika dijalankan oleh pakar gigi yang berpengalaman. Risikonya sangat rendah berbanding dengan prosedur yang lain.

Namun, ia boleh menyebabkan bakteria berbahaya masuk ke dalam aliran darah melalui luka semasa prosedur ini.

Selain itu, tisu gusi juga berisiko untuk dijangkiti kuman. Anda mungkin perlu mengambil antibiotik sebelum atau selepas prosedur jika mempunyai keadaan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.

Kumpulan individu yang perlu mengambil antibiotik untuk prosedur ini termasuklah :
  • Mempunyai masalah jantung tertentu yang berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman pada jantung (endokarditis)
  • Sistem imun badan yang lemah dan terjejas
  • Baru menjalani pembedahan yang besar terutama sekali melibatkan bahagian badan buatan manusia seperti pinggul buatan atau injap jantung


Kesimpulannya

Prosedur pembersihan karang gigi mudah untuk dijalankan dan boleh mengelak penyakit gusi daripada berlaku.

Selepas melakukan prosedur tersebut, anda boleh terus menjaga kesihatan mulut anda dengan melakukan langkah-langkah berikut :
  • Berus gigi dan flos secara berkala untuk mengelak plak gigi mengeras
  • Amalkan diet yang sihat, seimbang dan kurang gula
  • Berhenti merokok atau mengunyah tembakau untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Sumber : Hello Doktor 

تعليقات

  1. baru lepas buat scaling sebelum Ramadhan selepas beberapa tahun tak buat..rasanya lebih 5 tahun. semuanya sebab tak tahan nak dengar bunyi alat yang doctor guna tu. br dengar dah rasa ngilu

    ردحذف
  2. akak selalu buat 9 bulan sekali..sebab kalau 6 bulan tu cpt sgt gap nya..n selalu kalau buat 6 bulan sekali doc cakap gigi awak elok lagi ni...hehehe

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...