التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Pertama Kali Dapat 30USD Sehari Google Adsense

Assalamualaikum
Bismillah

Blogger paling sukalah cerita pasal Google Adsense kan?

Aku sebenarnya bukan nak cerita yang aku dapat 30USD Google Adsense setiap hari. Tetapi apa yang aku mahu kongsi di sini ialah pencapaian earning paling tinggi aku pernah dapat dalam sehari ialah 32.90USD.

Excited dia tak tahulah nak bagitau macam mana. Bila buka sahaja akaun adsense tu terus melompat tengok earning. Hahaha~ 

Aku risau juga manalah tahu dapat invalid click ka, ataupun negara luar terjah blog ini kemudian spam iklan kat blog ini ka. Risau juga.

Alhamdulillah, bila tengok kat trafik blog macam biasa juga. Tekaan aku mungkin sebab artikel yang aku tulis tu Bid CPC dia tinggi kot. Susah nak faham dengan Google Adsense ni.

Jadi marilah kita sama-sama belajar terma atau istilah dalam Google Adsense ni. 


1. Page view


A page view is what Google counts in your reports every time a user views a page displaying Google ads. We will count one page view regardless of the number of ads displayed on that page.

Sebagai contoh, pembaca baca 1 halaman (page) akan dikira sebagai 1 page view. Walaupun dalam 1 halaman mempunyai 3 iklan (ads)

Dan sekiranya pembaca membaca 2 halaman (page) maka ia akan dikira sebagai 2 page views


2. Page RPM


Page revenue per thousand impressions (RPM) is calculated by dividing your estimated earnings by the number of page views you received, then multiplying by 1000.

Page RPM = (Estimated earnings / Number of page views) * 1000

Sebagai contoh, korang earn $0.15 dari 25 page views. Jadi korang punya page RPM =  $6.00


3. Impression RPM

The impression revenue per thousand impressions (RPM) is the average earnings per one thousand impressions.

Impression RPM = (Estimated earnings / Impressions) * 1000


4. Click

For standard content ads, we count a click when a user clicks on an ad.

Maksudnya, apabila ada user yang klik iklan tersebut maka akan dikira satu klik. Tetapi jangan pandai sangat klik iklan sendiri tau. Nanti kena banned lagi payah. 


5. Cost-per-click (CPC)

The cost-per-click (CPC) is the amount you earn each time a user clicks on your ad. The CPC for any ad is determined by the advertiser; some advertisers may be willing to pay more per click than others, depending on what they're advertising.

Kos per klik ini ialah nilai sebuah iklan. Jadi yang ini bergantung dengan advertiser lah. Setiap iklan yang terpapar di blog kita mempunyai nilai yang berbeza. Ada yang $0.05 untuk setiap iklan, ataupun $1. 

Oleh sebab tu ada blog yang pageview tak tinggi tapi earnings adsense tinggi. Ada juga blog yang pageviews tinggi tetapi earnings tak tinggi. 

Banyak benda yang diambil kira dalam adsense ni. 


6. Page CTR

The page clickthrough rate (CTR) is the number of ad clicks divided by the number of page views.

Page CTR = Clicks / Page views

Sebagai contoh, korang terima 2 klik untuk 250 page views. Korang punya CTR =  0.8%. (2/250=0.8%)


Ada banyak lagi istilah, tetapi yang ini adalah istilah asas korang kena faham dan hadam dulu. Maaflah aku ni lemah sangat Maths. Jadi korang buatlah kira-kira sendiri ya.

Semoga dengan perkongsian ini, korang lebih memahami bagaimana pengiraan dalam Google Adsense. 


تعليقات

  1. wahhhh gilalah sehari 30USD... tahniah nurul

    ردحذف
  2. Tahniah! Baru terbaca pasal terma ni. Terima kasih berkongsi ilmu.

    ردحذف
  3. Wahh tahniah 😍😍 banyak nya tu 30usd 😍

    ردحذف
  4. Wahhhhh.. Masheh perkongsian... Tahniahhh.. Best nyaaaaa 😍

    ردحذف
  5. best yer 30 usd tu. tabung adsense kita lagi sikit nak penuh..

    ردحذف
  6. Thanks for sharing, Nurul. Banyak dapat ilmu baru dari blog ni.

    ردحذف
  7. Tahniahhhh.. tengah nak hadamkan.. patutlah.. kdg PV rendah, tapi asSense naik dan begitulah sebaliknya.. haha

    ردحذف
  8. Wah! Awesome.. saya pun baru terbaca pasal ni. Tengah cari info pasal Google Adsense terjumpa pula blog ni.

    ردحذف
  9. Terima kasih sis share... Cuya banyak benda kena belajar, noobies kubies kite ni hehhe

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...