التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Resepi Kek Kafe Untuk Bisnes Kafe

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak aku bergelar isteri ini, hobi kedua selepas blogging adalah memasak. Dan aku paling sukalah buat kek walaupun kek selalu tak jadi hehe. 

Kadang hairan juga, macam mana ya buat kek ala kafe macam kat kedai tu. Dulu tu ada keinginan mahu masuk kelas baking tetapi susah nak cari kelas untuk belajar buat kek. 

Alhamdulillah, sekarang nie dah makin mudah. Semua boleh belajar secara suka hati ikut masa sendiri saja. Tak perlu susah payah datang kelas jauh-jauh, jimat masa dan boleh praktik sendiri buat kek kat rumah sampai jadi. 

Kalau kek tak jadi pun tiada cikgu nak marah korang ataupun komen kalau kek tak sedap. Sendiri buat, sendiri makan.  Pasti ada antara korang yang suka makan kek, suka buat kek, atau teringin nak buka bakeri atau kefe sendiri kan.


Berita Baik! Belajar Resepi Kek Kafe Untuk Bisnes Kafe

Biasanya kalau nak join kelas membuat kek jarang sekali diadakan. Kalaupun ada yuran pula tinggi. Selain tu lokasi dan penyertaan pun terhad.

Alhamdulillah, dengan adanya Ebook Resipi Kek Kafe by Siti Hajar, korang boleh mempelajari resepi serta cara-cara membuat kek bertaraf kafe atau hotel melalui panduan ini. 

Siti Hajar, atau lebih mesra dipanggil Aja, merupakan seorang usahawan kek selama beberapa tahun. Pelbagai produk telah beliau hasilkan yang berjaya memenangi hati dan selera peminat-peminat kek. 

Selain itu, beliau juga pernah membuka sebuah kafe yang menjual pelbagai jenis kek seperti yang bakal korang pelajari daripada panduan ini. 

Pengalaman beliau mengambil tempahan kek bermula semasa beliau menuntut di Universiti Malaya
lagi (jurusan Kaunseling) untuk mencari duit sampingan bagi meneruskan pengajian. 

Akhirnya, beliau mendapat idea untuk menghasilkan ebook beserta video Resipi Kek Kafe, yang
dihasilkan dengan penuh teliti dan jelas. 

Kini, semua orang boleh belajar untuk membuat kek pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan masing-masing. 

Apa yang korang boleh pelajari dalam ebook Resipi Kek Kafe by Siti Hajar?

1. Dapat mempelajari 6 resepi kek utama 

Resipi Kek Kafe ini ada 6 resipi kek yang betul-betul standard kafe!! Biasa kita pergi ke baking class bayar beratus-ratus hanya dapat 1-2 resipi sahaja kan? Resipi Kek Kafe ini ada 6 resepi!
  • Pandan Gula Melaka Cake
  • Classic Red Velvet Cake
  • Pecan Butterscotch Cake
  • Victoria Sandwich Cake
  • Nutella Hazelnut Cake
  • Aja Special Brownies

Sebiji kek harga on average pun RM100 – 150! Brownies tu je 1 adunan dapat 1 kotak boleh jual RM70. Bayangkan kalau anda buat bisnes, dapat tempahan 10 kek je sebulan pun masyuk juga. 


2. Resepi yang unik tetapi sama seperti kek bertaraf kafe & hotel 

Tengok dari gambar pun dah tahu sedap. Kalau kena dengan gaya, boleh berniaga apa. Kalau tak berniaga pun, sesekali nak melayan selera ahli keluarga di rumah pun apa salahnya kan.

Nak bawa pergi hotel kadang tak mampu. Nak makan pun 1 slice je dah RM10-15 sekarang ni kan? Apa salahnya sesekali merasa kek buatan sendiri yang nampak 'class' gitu. Anak mesti happy punyalah!

3. Memahami cara membuat kek dengan mudah! Ebook dan video tutorial disediakan!

Bukan sahaja ebook, malah langkah demi langkah dalam bentuk video penerangan yang jelas, ringkas dan mudah difahami.juga disediakan. 


Apa yang aku suka dalam dalam video ini korang boleh belajar slow-slow ikut step tersebut. 

Panduan di dalam ebook disusun dengan kemas, dan video tutorial juga ditunjukkan dengan jelas langkahnya satu per satu. Korang pasti dapat memahami dan mengikutinya.

5. Mempunyai 'Secret Tips' untuk mendapatkan kek yang gebu, wangi, sekata dan cantik teksturnya.

Tips-tips buat kek yang 'standard' yang sangat berguna seperti tips frosting yang tidak dapat pada resepi lain.

Bukan itu sahaja, dalam ebook ini juga mempunyai senarai peralatan khas membuat kek, senarai kedai bahan bakeri yang popular beserta lokasi. Dan kebanyakkan resepi menjadi walaupun baru pertama kali mencubanya. 

Feedback Dari Pelanggan Mengenai Ebook Resepi Kek Ala-Ala Cafe




Tak lama lagi nak menjelang puasa kan, masa ini memang sesuailah belajar buat kek. Best tau pandai buat kek ni. Anak-anak dan suami suka, family suka dan mertua pun makin sayang gitu haha. 

Dan paling best, dapat jana pendapatan khasnya kepada suri rumah. Oleh itu, nak buat kek cafe ni perlu kemahiran dan ilmu.

Dapatkan Diskaun RM20 untuk EBook Resepi Kek Cafe Sekarang! 

Korang boleh dapatkan >>Ebook Resepi Kek Kafe<<  dan jangan lupa guna kod kupon "KEK20" untuk RM20 diskaun.


تعليقات

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...