Assalamualaikum
Bismillah
Sebenarnya nama Resepi Sayur Kobis Telur Masak Sos Tiram aku reka sendiri saja hahaha. Korang bolehlah ikut resepi paling mudah dan simple ini sepanjang PKP 2.0. Resepi yang aku selalu kongsi ini resepi bajet tau sebab tak banyak bahan pun. Macam biasalah aku kan suka masak senang-senang saja.
Bahan-bahan
- 1 mangkuk kobis
- 1 tangkai cili merah - hiris
- 3 ulas bawang merah - hiris
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Sos tiram
Korang boleh tambah bahan lain seperti ayam, udang, fishball dan lain-lain. Like I said, resepi ini mudah sahaja. Tak nak letak bayak bahan sangat. Ikut selera korang ya.
Cara-cara memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang kekuningan dan wangi, masukkan telur. Masak macam korang masak telur dadar tau. Dah ada rupa macam telur dadar sikit baru korang hancurkan.
2. Masukkan sayur kubis dan kacau seketika.
3. Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan garam. Kalau nak ada kuah boleh tambah air.
4. Akhir sekali, masukkan cili merah. Gaul sehingga sayur sedikit layu. Siap untuk dihidang,
ini makan dgn nasi putih saja pun sedap !
ردحذفSedap makan dengan nasi putih panas panas
ردحذفkalau sis letak kicap sikit
ردحذفmkn dgn nasi putih dan ikan goreng dan sambal tumbuk
menu simple tp layaannn
yummiiiiii.... kesukaan saya nih sayur ini.
ردحذفFirst jumpa resepi yang gabungkan kubis dan telur. Nampak sedap dan mudah dimasak.
ردحذفkaella selalu masak macamni juga, sebabnya lebih suka beli sayur kobis sebab tahan lama sikit hihi
ردحذفSimple tapi sedap! hehe. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)
ردحذفKalau akak dapat masak lauk nie, akak ratah jea tanpa makan nasi.. hihihi
ردحذفkalau dah macam macam perisa macam ni..letak sedikit potongan dadu ayam..satu hidangan ni sudah cukup untuk satu periuk...burrrp
ردحذفtak pernah masak macam ni. biasa goreng biasa je. boleh la cuba resepi ni lain kali.
ردحذفmama tak penah letak telur. boleh try nanti
ردحذف