التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Cabaran 15 Hari | Difficult Time In My Life - Kemurungan (Major Depression)

Assalamualaikum
Bismillah


Difficult Time In My Life - Kemurungan (Major Depression)

Aku ingat lagi sepanjang hidup aku the most difficult time in my life when I was in Form 4. Aku selalu sebutkan benda ini sebagai kisah silam. Perkara paling down yang aku pernah hadapi selama hidup. 

Aku rasa semua orang ada fasa di mana dia rasa mahu putus asa macam tu. Masa itu aku menghadapi kemurungan (Major Depression). It happend almost a year jugalah. Tambahan pula masa tu kebanyakkan orang tidak aware sangat tentang kesihatan mental ini. Tidak macam zaman sekarang. 

Dan paling teruk masa tu aku ada perasaan mahu lari dari rumah dan bunuh diri. Astaghfirullah al'azim memang gila lah kalau fikir balik. But it's real. Kehilangan orang tersayang, financial and families problem, studies and relationship hit me that time. Semuanya berlaku serentak and I just can't handle the problems. Aku tak mahu ulas sangat sebab aku bukan pakar. 


Aku ingat lagi aku pernah bagitau kawan-kawan aku "Aku rasa mahu bunuh diri dan tidak tahan dengan hidup". Please guys, jangan ambil remeh kalau korang dengar siapa-siapa dalam kalangan kawan-kawan korang ataupun ahli keluarga cakap macam tu.

Malah ada yang ketawa dan terus label orang tu kurang iman. Betul memang masa tu aku rasa iman di hujung rambut. Fikiran yang ketika itu tidak dapat berfikir dengan waras. Tetapi ditertawakan pula. Someone need your help. Jangan kerana tindakan kita yang tidak aware dengan perasaan orang menyebabkan keadaan bertambah buruk. Kita tidak berada di situasi orang itu. 

Alhamdulillah sangat-sangat kerana kasih sayang dan rahmatNya aku masih bernafas sehingga sekarang. A lot of things happend in my life. Alhamdulillah, syukur semua yang terjadi memang ada hikmahnya.

Semua orang ada kisah tersendiri. Walaupun sekarang dah okay. Aku rasa ada side effect juga. Aku tak boleh berhadapan dengan perkara negatif seperti berita, too much toxic people on social media, ataupun orang-orang disekeliling yang terlalu berfikiran negatif. Boleh trigger benda-benda lampau.

Akhir kata sekiranya berhadapan dengan orang-orang seperti ini control diri dari cakap lebih-lebih pasal orang, takut-takut silap hari bulan terkena batang hidung sendiri atau orang terdekat kita. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Kita tak rasa apa yang mereka rasa.

Kita hanya melihat. Melihat dari jauh. Cukuplah kita doakan yang baik-baik untuk orang daripada bercakap buruk pasal orang. 


تعليقات

  1. Sejarah pahit yang jadi kenangan dan pengajaran buat kita.

    ردحذف
  2. Ramai lagi orang tak aware pasal kesihatan mental ni. Mungkin kehidupan dia serba serbi sempurna. Tapi bila orang voice out masalah then ada thoughts macam-macam, better we help accordingly. Sebab itu Eza tak suka grouping then membawang pasal orang, dengar pun rasa berdosa apatah lagi nak join sama nak tambah perisa. Big no! Eza lebih suka kawan dengan orang yang positif yang tak cerita pasal orang lain. :)

    ردحذف
  3. Pernah alami, rasa tidak semangat hendak hidup dan ada terfikir pasal bunuh diri. Tapi alhamdulillah walaupun tidak diluahkan pada orang, mungkin baca buku agama dan solat membantu.
    Itulah kalau dengar orang cakap hendak bunuh diri beri semangat tidak pun minta dia rujuk pada pakar.

    ردحذف
  4. betul, if someone ckp soal bunnuh diri ni, jgn ambil mudah.... jgn biarkan diorg berseorangan ..and keep checking on them :( i hope you keeping going to be strong k!

    ردحذف
  5. Tetap semangat mb, dibalik kesulitan akan ada kemudahan dan sebaliknya lagi. Bagai siang dan malam

    ردحذف
  6. Alhamdulillah kehidupan semakin ok. Betul tu, setuju! Doakan dan ucapkan yang baik baik :)

    ردحذف
  7. Fuh, kalo rasa nak lari rumah n nak bunuh diri dah masuk kategori depression ke? sometime I got that feeling. Such a loser.

    ردحذف
  8. I can feel you sis.. Apapun akak doakan yang awak sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya..

    ردحذف
  9. I feel the same when I decide to do a big decision and there in no one to support you. What they do is mocked and blamed what happen. Just stay strong sis. We can do it. Fighting.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...