التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Cara Buat My Goals Dengan Cimb Clicks (Main Kutu Cara Paling Selamat)

Assalamualaikum
Bismillah

Baru-baru ini aku ada terbaca kat facebook tentang satu bahagian pada Cimb Clicks yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil  "My Goals". Aku perasan juga sebenarnya cuma tak pernah ambik tahu pun. 

Nak tekan pun takut-takut, manalah tau duit dalam bank tiba-tiba lesap ke. Kalau korang dah bosan nak main kutu dengan manusia, bolehlah guna cara ini. InsyaAllah selamat. Yang penting ada akaun cimb dan duit di dalam. 

Apa yang best pasal "My Goals" ini korang boleh tulis matlamat korang nak menyimpan ini sebab apa? Nak travel, beli emas, beli part kereta, bayar roadtax ke dan macam-macam lagi lah. Korang boleh set amaun berapa banyak duit setiap bulan. 

Cimb akan automatik tolak duit dari akaun korang. Apabila dah sampai tempoh yang telah ditetapkan, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke dalam akaun bank kita. Tiadalah kes duit hilang, mak kutu lari ke. InsyaAllah selamat.

Aku pun baru sahaja mula haha. Target aku nak kumpul duit kahwin lah konon. Manatau kan rezeki kahwin tahun ini haha. Ataupun time emergency bolehlah guna. So set lah ikut matlamat korang sendiri. 

Ikuti Cara Buat "My Goals" Dengan Cimb Clicks di bawah (rujuk gambar)

1. Korang buka apps Cimb Clicks (kat smartphone) korang. 

2. Klik Accounts (petak hijau). Setelah itu, korang akan jumpa "My Goals". Klik saja. 

Cara Buat "My Goals" Dengan Cimb Clicks (Main Kutu Cara Paling Selamat)

3. Kalau belum create goals klik saja OK

4. Kemudian pilih category. Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti travel, rainy day, shopping, health & fitness dan others. Tulislah matlamat korang nak apa. 

Pilih kategori apa korang nak. Tak payah nak serious sangat, pilih je apa-apa pun. 


5. Pada bahagian Goal Target tu pula berapa target korang nak menyimpan. 

6. Contoh macam aku sendiri sebagai permulaan RM300 (starting from Jan - June). Aku simpan tak banyak, at least adalah. Nanti dah cukup tempoh bolehlah aku keluarkan dan simpan di ASB kan. haha~ 

Aku boleh saja transfer terus ke ASB masalahnya. Aku pandai keluarkan balik. Aihh tak berdisiplin betul. 


7. Seterusnya, pada bahagian Auto Contribution dia akan auto tetapkan berapa amaun setiap bulan berdasarkan Goal Target aku tadi. Jadi setiap bulan pihak Cimb Bank akan tolak RM50 daripada akaun aku. 

8. Double check semua details dulu, kalau okay, dah puas hati, bolehlah klik proceed. 




Tadaa.. siap! Tabung kahwin aku. Hahaha~ Simpan ikut kemampuan saja. Apabila goal dah tercapai korang boleh ambil balik duit tu dan akan dimasukkan semula dalam akaun. Terus jadi kaya dengan usaha sendiri gitu. yeaayy!

Senang saja. Korang boleh cuba. Ada juga yang kata bagus simpan kat ASB sebab ada dividen atau Tabung Haji ke. Aku memang ada menyimpan juga kat ASB. 

Tetapi ASB sekarang pun dah boleh transfer dan keluarkan secara online. Jadi susah kadang pandai terguna tu duit. Nanti dah capai goals bolehlah transfer sekali ke ASB. 

Aku tak berani nak keluarkan kalau guna "My Goals" ini sebab ada yang kata kena potong duit korang. So, lagi selamat dan berdisiplin lah aku nak main kutu ni. hehe.

Apapun selamat mencuba~ 


تعليقات

  1. Sebenarnya 'My Goals' nie nak mendisplinkan kita untuk saving duit.. Di mana ada kemahuan di situlah ada jalan.. hihihi

    ردحذف
  2. this is a good one, tak pernah tahu pun ada ni.. so takyah susah susah nak main kutu kan.. dah boleh da guna ni jer

    ردحذف
  3. Waaaa. saya baru tahu ada function ni. Huhu

    ردحذف
  4. aSSALAMUALAIKUM.
    wah,, baru tahu laa pasal ni... lepas ni boleh la godek2 app cimb. terima kasih sinurul

    ردحذف
  5. takde acc cimb plak..kalau tak boleh jugak buat

    ردحذف
  6. wah bagusnyaa , baru tahu pula cimb ada macam ni :) thanks sebab bagitauuu

    ردحذف
  7. yang saya tau kutu yg ada kat atas kepala je. hihihihi

    ردحذف
  8. Oh baru tahu gunanya perkataan mygoals dlm apps tu ^_^
    baguslah..boleh mnyimpan cara cam ni pulak..tq nurul :)

    ردحذف
  9. Thanks share..dah lama usya2 mygoals ni tapi takut nak guna haha

    ردحذف
  10. Thanks share..dah lama duk usya2 mygoals tapi xbuat3 sbb takut nak guna hahahah

    ردحذف
  11. Untuk auto contribution tu xfaham lagi .. makna nya bulan2 akan potong duit yg dah ditetapkan Kat auto contribution la ?

    ردحذف
  12. Untuk auto contribution tu xfaham lagi .. makna nya bulan2 akan potong duit yg dah ditetapkan Kat auto contribution la ?

    ردحذف
  13. wow bagus main kutu cara moden ni

    ردحذف
  14. My goal ini adakah dikenakan interest?

    ردحذف
  15. Dah berjaya ke saving di my goa? Bulan2 cimb auto topup atau kita kena tekan sendiri add di mygoal?

    ردحذف
  16. Saya dah cuba buat my goals ni, tapi dia tak tolak pulak duit saya. Jadinya, dalam tabung my goals ni masih kosong. Kenapa ek jadi mcm tu??

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...