Dan kalau korang aktif dalam dunia blog, nama Fanny dari blog dcatqueen.com pasti tak asing lagi. Kat mana-mana artikel pun pasti nampak nama Fanny.
Bahkan setiap kali aku buka ruangan komen, blog Fanny hampir tak pernah ketinggalan – memang blogger yang supportive! Kadang terharu guys sebab aku kan dah lama tak blogwalking. Aku baca ja komen dan artikel blogger yang lain cuma bab komen ja kurang sikit.
Siapa Fanny?
Fanny adalah travel blogger dari Indonesia yang dah lama aktif dalam dunia blog sehingga kini masih aktif menulis. Blognya sangat konsisten dan merangkumi pelbagai topik, menjadikannya antara blog yang seronok untuk diterokai.Apa Kandungan Menarik dalam Blog dcatqueen?
1. Travelogue dan Cerita Pengembaraan
Fanny banyak berkongsi pengalaman melancong – sama ada dalam negeri atau luar negara. Setiap entri lengkap dengan cerita peribadi, gambar-gambar menarik, dan tips yang berguna.2. Food Review & Kuliner
Bagi yang suka membaca tentang makanan, blog ni adalah syurga. Daripada street food ke fine dining, semuanya dikupas dengan gaya santai dan jujur.3. Produk & Lifestyle Review
Ada juga review produk, terutamanya skincare, makanan segera, atau produk tempatan dari Indonesia. Gaya penulisan Fanny sangat mesra, seolah-olah tengah sembang dengan kawan.4. Kehidupan Seharian & Coretan Peribadi
Sesekali, Fanny turut berkongsi kisah kehidupan, pengalaman, dan pandangan peribadi yang buat kita rasa lebih rapat dengan penulis.
Kenapa Blog Fanny Menarik?
- Layout blog simple dan responsive, mudah untuk baca di telefon. Cuma sedikit loading di desktop view.
- Gaya penulisan jujur, bersahaja dan penuh emosi – tak terlalu formal, tapi penuh informasi.
- Sangat interactive – Fanny bukan sekadar menulis, tapi juga aktif membaca dan menyokong blogger lain dengan komen yang thoughtful.
Sedikit Luahan Peribadi
Bagi aku, Fanny bukan sekadar blogger yang konsisten, tapi juga seorang komuniti builder yang menyemarakkan semangat berblogging.Pertama sekali, terima kasih Fanny sebab selalu hadir di ruangan komen blog ini. Aku tahu kamu pembaca dan komentor yang terbaik. daripada komen pun dah nampak kamu betul-betul membaca setiap patah kata dalam artikel yang ditulis.
Maaf sebab jarang blogwalking di blog Fanny sebab aku kurang baca genre traveling mungkin sebab tiada rezeki lagi kot nak pergi mana-mana tempat walaupun dalam Malaysia.
Tapi aku suka sangat dengan konten blog Fanny. Gambar pun banyak yang menarik dan makanan pun nampak enak. Sebagai tanda penghargaan sebab selalu komen di blog, terimalah review yang tidak seberapa ini.
semoga terus menulis dan menyebarkan inspirasi! Semoga dilimpahkan rezeki dan keberkatan umur buat Fanny sekeluarga. Aamiin...
Buat rakan blogger yang lain, jangan lupa singgah juga tau Blog Fanny!
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.