Kembali dengan segmen review blog. Kali ini aku pilih untuk review Blog Ceritera Kehidupan atau Adnil Linda atau https://rizzlinn.blogspot.com. Tak pasti yang mana satu nama rasmi sebab semuanya digunakan serentak — jadi aku sebut ja semua sekali, haha.
Terima kasih Kak Linda sebab selalu singgah dan support blog aku. Semoga terus menulis dan menghidupkan komuniti blogger kita
Tiada sebab yang spesifik kenapa aku nak review blog kak Linda. Cuma aku perasan juga orangnya selalu komen kat blog ini.
Aku tak ingat sangat bila kami ber'friends' di blog atau siapa yang follow siapa dulu. Tapi sebab Kak Linda ni jenis rajin blogwalking dan suka berinteraksi, jadi nama dan blognya memang lekat dalam ingatan. Cuma kadang keliru dengan nama blog, nama url dengan nama profil tue ja. Hehe.
Review Blog Ceritera Kehidupan
Jom kita lihat ada apa dalam blog ini. Pertama sekali dari segi reka bentuk dan tema blog ini warna pink dengan template klasik. Kalau pergi blog akak nie mesti teringat zaman masa mula-mula berblog dulu.
Font yang digunakan sesuai dibaca di mobile, tapi kalau tengok dekat desktop, mungkin boleh gelapkan sikit warna font untuk mata yang kurang jelas. Tapi ini minor ja, tak ganggu sangat pun.
Gaya penulisan santai, peribadi dan mudah difahami. Sesuai untuk pembaca umum. Topik dalam blog pun pelbagai, tak fokus pada satu niche. Ada kisah kehidupan, aktiviti harian, cerita keluarga, ulasan produk, dan macam-macam lagi. Aku rasa ini jenis blog yang memang tulen dan jujur — menulis dari hati tanpa terlalu fikir soal niche.
Walaupun blog bermula aktif dari tahun 2022, tapi gaya penulisannya matang dan konsisten — macam blogger yang dah lama menulis. Aku suspek Kak Linda ni memang blogger otai yang comeback, betul tak kak?
Satu benda yang paling aku suka tentang blog Kak Linda ialah:
➡️ Setiap artikel mesti ada komen.
➡️ Meriah dan aktif.
Ini menunjukkan yang Kak Linda aktif berinteraksi dengan komuniti blogger. Dia bukan jenis tulis je lepas tu tinggal — memang ambil masa untuk support dan sambut pembaca. Seronok tengok blogger yang rajin macam ni
Penutup
Blog Ceritera Kehidupan ialah blog yang santai dan aktif. Paling best bila setiap artikel tu ada soul dan banyak komen — tak nampak sunyi. Walaupun reka bentuknya klasik, tapi isinya ada aura tersendiri.Terima kasih Kak Linda sebab selalu singgah dan support blog aku. Semoga terus menulis dan menghidupkan komuniti blogger kita
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.