Kali ni aku try order dari Nasi Ayam Haji Ali, yang terletak di Taman Sri Aman, Pontian. Aku nampak ramai juga orang local recommend tempat ni, especially kalau craving nasi ayam. Kalau tengok di Grab review macam okay.
Nasi dia ok, lembut tapi tak ada rasa istimewa sangat. Sambal pula tak terlalu pedas. Kalau korang jenis suka sambal yang padu dan menyengat, mungkin sambal ni agak mild untuk selera tu. Sup ayam dia pun kurang rasa—macam kurang perencah atau rebusan tak cukup lama. Rasa agak tawar dan hambar sikit.
Rasa keseluruhan dia kurang umph. Tapi mungkin okay untuk korang yang suka makanan kurang pedas dan simple.
Mee goreng ayam dia tak terlalu berminyak, Ayam goreng potong kecil-kecil dan banyak juga—boleh makan kenyang. Sesuai kalau nak something simple tapi mengenyangkan. Dari segi rasa kalau rindu masakan sabah, mee goreng ayam nie ada rasa macam tu sedikit. Tak terlalu pedas.
Servis & Delivery
Aku order guna Grabfood delivery platform. Makanan sampai dalam keadaan masih panas, packaging pun kemas dan bersih—tak tumpah langsung. Jadi dari segi servis, memang memuaskan.
Berbaloi Ke?
Dari segi harga, aku rasa masih berpatutan dengan portion dan servis. Mee Goreng Ayam tu definitely something I would reorder. Nasi Ayam Sambal tu pula maybe bukan untuk semua orang, especially kalau korang jenis suka rasa yang lebih kuat dan sambal yang pedas gila.
Kesimpulan
Kalau korang duduk area Pontian dan tengah fikir nak makan apa hari ni, boleh la try sendiri makanan dari Nasi Ayam Haji Ali, Pontian. Tak rugi cuba sekali—mana tahu kena dengan tekak korang.
Pernah try makan sini juga? Menu mana yang korang paling suka? Komen sikit kat bawah!
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.